Syurga Handbag Di Johor Premium Outlet (JPO)

johor premium outlet jpo

Assalam, baru-baru ni kami Cuti-Cuti Johor Bahru, semestinyalah kali ni nak singgah ke Johor Premium Outlet, tahun lepas masa kami Bercuti ke Legoland kami lalu je JPO ni, saya tak berani nak cakap ke encik laki nak singgah sana hahaha, sebab bajet bercuti di Legoland pun boleh tahan juga, plus tak berapa teringin time tu.

Kali ni bila encik suami cakap, pilih lah tempat nak bercuti, cepat je cakap nak gi Johor, boleh Shopping Di Johor Premium Outlet (JPO). Encik laki tak tahu pun JPO tu apa, maybe dia google2, lepas tu dia reply, oo nak gi pasaraya ke? HAHHAHAA, daku iya kan aje. YEAYYY!! senyum sampai ke telinga petang tu hahaha.

kami tidur semalam di KSL Hotel & Resort esoknya kami ke Johor Premium Outlet tu hihihi. jarak dari penginapan dalam 30 minit je. macam biasa berpandukan google maps, tak suka guna waze hahaha.

butik gucci jpo

Kami sampai awal jugalah dalam pukul 11.30 rasanya kalau tak silap, sampai-sampai je…tudiaaaa dah macam kena histeria hahahhaa, mak datuk banyaknya butik-butik handbag, daku dah rambang mata, encik laki kata, nahhh yang mana? hehehee…time ni dah gelak2 macam orang tak betul, sengih2 ehekehekehiehihi…hahaha senyum je encik laki tengok, tah ke dalam hati dah kenapa bini aku ni hahaha

aduhhh memula masuk terus nampak butik Gucci hahaha, cuci mata dari luar, tak berani masuk hahaha. cakap kat laki tak mahu yang ni, kita pusing-pusing dulu kekekkee

butik fossil jpo

Pusing punya pusing tak menahan oooo, pastu masuk Butik Fossil, cakap kat laki nak masuk Fossil, katanya masuk jelah hahaha, kita tak boleh kalau dah masuk kena beli juga hehehe, ok kita dapat 2 barang kat sini.

Kita beli 1 handbag dan 1 wallet hihi, happy gila okeh!!, orang perempuan kan tipulah kalau tak happy dapat benda-benda macam ni selain makeup, periuk bagai hihihi

Lepas tu pusing balik kat bawah, lalu semula butik Coach, memang dah hajat masuk sana, tapi saja nak pusing atas dulu, last sebelum balik singgah semula butik Coach, encik laki dan anak-anak tunggu diluar, nasib baik!! hahahahaha, jadinya saya jelah dengan si kecik ni masuk dalam butik, amboii nak tahu, nak masuk pun kena beratur kat luar butik tu, punya ramai orang masuk butik Coach ni.

butik coach jpo

Masuk-masuk je, ya ALLAH kau selamatkanlah aku hahahhaa. rambang mata weii, collection Coach pun ada banyak compare kat outlet klcc, adududuuuu gerammm…lama juga duk dalam tu hehee

gucci jpo

Dan akhirnya dapat lagi 2 ketul handbag Coach hihihi, ni 1-2 tahun tak tukar dah lah handbag ni, bila nak pakai pun tak tahu hahhaa. kita memang hantu handbag adoiii sabar jelah, sapa ada penyakit macam ni? kita sama.

*1-2 tahun tak tukar handbag ni 😛

You may also like

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge