Melawat Ladang Teh Sabah

Assalam, Hari tu Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah kan kami sempat Melawat Ladang Teh Sabah, kalau ke Sabah jangan lupa singgah sini tau. merupakan salah satu tempat tarikan di Sabah juga, tapi takde lah besar macam Cameron Highland tu, hakak pun 1st time sampai sini juga, nama je anak jati Sabah hehee. Kami sampai haritu cuaca agak redup berangin. lalu lah juga tempat pemprosesan daun teh tu, tapi tak masuk pun, tengok aje dari luar.

ladang teh sabah

Pemandangan yang indah, Subahannallah

Ok sebelum bercerita lanjut, dalam perjalanan tu nak singgah cari kedai makan, ya Rabbi susahnya cari kedai makan hahhaa, bekal pun tak bawa ni, nasib baik ada beli air kat Desa Dairy Farm Kundasang sebelum tu, tapi muak sebab susu.

kundasang

Sebelum ke Ladang Teh Sabah, kami lalu Pasar Kundasang ni, pasar ke apa nak panggil ni haha tak reti, ada macam-macam makanan dijual disini, sayur-sayur, buah fresh, makanan tradisional, kraftangan dan macam-macam lagi. Tapi tak turun pun hihi.

ranau

Lepastu teringat dulu-dulu kalau ke Kota Kinabalu kami akan singgah makan di Ranau sebab tu je kedai makan halal yang ada, jadi kami singgah makan dulu di Ranau. Nasiblah ada kedai makan juga tu pun limited, kami takde pusing lain dah, perut dah kriuk kriukk berbunyi hahaha.

Ok lepas dari makan ni kami meneruskan perjalanan ke Ladang Teh Sabah berpandukan GPS pada phone. Banyak sebenarnya tempat menarik disekitarnya tapi masa mencemburui kami, plus tak larat sangat dah lah penat, pening dengan perjalan yang bengkang bengkok hahha, nasib baik jalan dah elok, kalau masa hakak kecik-kecik dulu jalan nak kesini dari arah Sandakan ya ALLAH menakutkan hehee, sekarang thumbs up lah, cantikk jalannya, mat-mat motor kalau dapat jalan macam ni mesti suka layan corner 😀

ladang teh sabah

Ini kami dah sampai di Kawasan Ladang Teh, kami tengah memanjat naik keatas, tinggi juga nak sampai ke atas tu. Tak ramai orang, kebanyakkannya yang kat atas tu pelancong-pelancong macam kami juga 😀

Jomlah layan gambar 😉

ladang teh sabah

nyaman je sampai kat sini, sejuk mata memandang

ladang teh sabah zaman kegemukan diri waktu ni hahahhaa, Ya ALLAH “bidakkknya” haha

ladang teh sabah

Adik pun dah besar ^-^

ladang teh sabah

Kenapa tu -..-“

ladang teh sabah

Kau kunci cintaku di Teko hahaha, banyak juga kunci cinta kat teko ni 😀

Hakak dengan anak-anak je bergambar, encik laki tido dalam kereta, kesian kepenatan, lagi-lagi memandu disiang hari, jalan pula bengkang bengkok mestilah member tu ngantuk kan kesian hihi.

Kalau ikutkan nak juga pergi main ikan di kolam ikan kampung luanti tu tapi hakak sendiri pun rasa dah pening-pening lalat rasa nak muntah. terus cakap jomlah kita balik hahaha.

Tapinya lepas dari sini kami tak balik terus pun, kami singgah rumah terbalik di Kota Kinabalu pula hahhaa, nanti hakak update ya 😀

Written by

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

7 comments / Add your comment below

Leave a Reply

CommentLuv badge