Assalam, kan baru ni kami jenjalan ke Berjaya Hills Bukit Tinggi, Pahang kan? selain Colmar Tropical Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang tu, 1 lagi tempat yang menarik kat sana iaitu Japanese Village juga merupakan tempat tumpuan pelancong dan orang ramai. Tapi mak datuk semput nak naik atas hahaha
Japanse Village Bukit Tinggi Pahang ini berkonsepkan Kawasan Perkampungan Jepun yang mana ianya pertama dan satu-satunya di dunia yang wujud di luar kawasan Jepun iaitu di Bukit Tinggi Pahang, kagum dan bangga kan??
Kami kesini menaiki Shuttle Bas dari Colmar Tropical, mengambil masa lebih kurang 10 minit macam tu, nasib baik encik suami tanya pemandu shuttle tu samada boleh naik kereta terus keatas ke atau tak, dan pemandu shuttle tu cakap better naik shuttle bas sebab kat atas tu susah sangat nak dapat parking. Dan nasib baiklah kami naik shuttle bus kalau tak jenuh encik laki cari parking, memang susah dah limited. tengok orang cari parking pusing2 mencari hahaha, so korang better naik shuttle bus aje okey dari Colmar Tropical tu. pergi tempat sekitarnya pun ada shuttle bus juga, jangan risau 🙂
Sebelum sampai atas ni kena naik tangga dulu, tudiaa tingginya tangga dengan ramai orang lagi hahaha, nak memanjat bukit dari bawah tu pun boleh tapi mau patah kaki hahaha, yang naik tangga tu pun bila sampai atas dia punya mengah kemain lagi hahaha, macam-macam ragam tau.
Hakak nak bagitau ni, sebaiknya takyah lah bawa mak pak kita yang dah berumur yang tak larat berjalan tu naik gi sini, kesian tau banyak stamina nak guna mendaki dan turun bukit tu, belum lagi naik tangga/turun tangga. Pastu jangan berangan nak pakai high heel gi sini hahaha, ada yang berkaki ayam kang kat sini kikiki.
Rehat duduk-duduk kejap, berlatar belakangkan tumbuhan hijau, dan air terjun kecil haha tak tau nak panggil apa
Tu ha air belakang tu panggil apa ye? air terjun ke? hahaha kecik je rendah tu 😀
Alaaa nampak gemuk pula kat pic ni hahaha (memang gemuk pun tak sedar diri) hahaha
Kekekeke nak lah juga tepek gambar sendiri hahaha, ingat nak sewa custom baju kimono tapi takut takde size hahaha kbaiii, if nak sewa bebaju tu RM20 aje kena bayar, pi lah merata dalam ni bergambar dengan kimono tu 🙂
Gambar by photographer, hakak ambik 2 keychain dan 1keping gambar size 5R, total RM40
Tengok jalan nak balik ni sedikit curam, kami tak pilih turun tangga, sebab penat kot gigil lutut tak hilang lagi, so pilih turun sampai kebawah dengan berjalan. sekali amik ko langsung takde brek, laju je turun hahaha. takut risau anak tergolek je kebawah, dah lah kat bawah tu ngam-ngam jalan untuk menunggu shuttle bas dan kereta-kereta parking.
Tapi hakak kesian dengan sorang makcik tu dah separuh jalan , sikit lagi nak sampai bawah, memang curam nak turun tu, makcik tu pula jalan macam dah tak boleh nak brek, tak larat pun sama, dah berdiri je dengan anak dia kot memikir nak turun macam mana, nak turun curam bahaya dengan orang tua tu, nak naik lagilah jenuh memanjat, jadi hakak hakak yang nak bawa mak ayah yang berusia kesini fikir banyak kali ye, kita yang muda ni pun gigil lutut, yang tua-tua ni lagi lah.
Lepas dari sini kami naik shuttle bas semula ke Colmar Tropical, kereta parking disana, waktu pun dah nak petang jadi kami turun dulu, makan tenghari pun tak lagi tu hahhaha, tak jumpa kedai makan, kalau waktu panjang lagi teringin juga nak bawa budak-budak ni gi animal park, tapi risau plak dah masuk tu tak mahu balik hahaha, biasa dorang gitu tau, pernah gi Zoon Negara dulu macam tu ler tak mahu balik, suka betul nengok menatang semua tu.
Gambar tak banyak coz hakak record video masa kat sini, Ok nanti sambung, banyak hakak nak hapdate ni, gambar terlampau banyak, kat blog ni jeler kita abadikan, cewaaahh gitu 😀
perkongsian pengalaman yang menarik ni. teringin nak pergi pula. boleh feeling ala-ala jepun gitew.
ira recently posted..Pameran Artifak Asli Rasulullah Saw Meruntun Jiwa
Pernah gak datang sini. Memang cantik dan indah Japanese Village tu.
Wan Syahida recently posted..Bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam – Day 2
Cantik dan menarik tempat ni. Tq kerana sudi share…
Selamat bercuti. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Bukit Tinggi
Cuti Umum recently posted..Senarai Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2017
Lama kak yan tak update blog
Nak dekat puasa banyak persiapan nak buat kan
Ibu Zaid recently posted..Betul ke Pakai Krim Siang Malam Bagus Untuk Kulit Cantik?
Pernah gak pegi sini..time zaman anak dara dulu. Memanjat kitorang berlagak tak naik shuttle. Skang ni baru lah nyesal pengalaman naik shuttle best orang kate..hehee..
Nor Hazmira recently posted..Latih Anak Puasa
Pernah gak pegi sini..time zaman anak dara dulu. Memanjat kitorang berlagak tak naik shuttle. Skang ni baru lah nyesal pengalaman naik shuttle best orang kate..hahah
Nor Hazmira recently posted..Latih Anak Puasa
Wahhh..nampaknya boleh ke sini dulu sebelum pergi ke jepun tu…merasa dulu “jepun-malaysia” hehehe
MaMa Chantique recently posted..Ubat Sakit Lutut Dan Sendi?? Betul ke Berkesan tu, Boleh Percaya Ke??
ikutkan tempat ni tak jauh mana pun. tapi tuler tak sampai2 lagi ke situ.
Insya Allah suatu hari nanti. 🙂
Ohhhh memang susah la nak bawak ma dan ayah sebab stamina diorang dah tak gah macam muda-muda dulu.. nak kena pergi sekali ni.. macam best pulak…
Hafizul recently posted..Guna Excel Buat Akaun Syarikat
Ibu teringin nak pergi jepun
Nampaknya dapat sampai sini pun fah bagus
Ibu zaid recently posted..Kawal Diabetes Ibu Mengandung Dengan Cara Ini
dulu, memang rajin pegi bukit tinggi nih.
dah kahwni ni, malas benar rasa.
rindu plak zaman bebujang dulu.
titan recently posted..Panduan Kerja di Singapura
penah p sekali dekat sini..memang best dan cantik untuk bergambar.owesome
kauthar mohd recently posted..Cara Hilangkan Jerawat yang Anda Perlu Tahu
seronok p sana tapi mengah gak nak mendaki…nampak sangat badan tak fit…hahaha..
Kalau teringin nak rasa suasana jepun, boleh datang kat sini kan
.
Sejuk je suasana
Mama Hakim recently posted..4 Pola Makan & Diet Sihat untuk Mengawal Diabetes
Mmg menarik dengan Japanese Tea House. Landscape pun cantik dengan konsep rekaan Jepun. Boleh la kalau nak tiru konsep utk rumah sendiri ye!
Penat tak jalan kaki sampai keatas tu kak yan?
.
Memang kena pakai jogging shoe ni
Mazni Azmi recently posted..7 Rahsia Menjaga Buah Pinggang Sihat & Vivix
2-3 kali naik ke Colmar ini bawa anak jalan-jalan. Tempat paling lama lepak di taman Arnab dan Rusa.
Cantiknya pemandangan dia. Hijau je. Selalu lalu je Bukit Tinggi tapi belum berkesempatan ‘explore’kawasan situ. InshaAllah, bkleh masuk dalam wishlish percutian nanti. 🙂
Seems like a great place to have a vacation.
sewa la kimono kak , baju tu besar kot memang ada size hahha syok la jalan2 .. kami bila nak pergi …
puanbee recently posted..Step by step pendaftaran E-Rezeki untuk mereka yang ingin menambah pendapatan dengan eRezeki
Hahaha tengok yang duk sewa tu badan jenis petit 😀
Badan jenis petit tu apa kak yan?
.
I Kenot under sten
Mazni Azmi recently posted..Makanan Anti Kanser Payudara & Vivix Shaklee
Xpe2. Lepas posa nanti boleh pi lagi sekali. Insyaallah time tu petite ke x petite ke dah bole sarung dah 🙂
Suri recently posted..Kurung Moden Raya 2017