dino waterpark ksl jb

Assalam, baru-baru ni kami ada short vacation ke Johor Bahru, tah suka betul kesana, kalau encik laki suruh pilih tempat mesti dalam kepala nak pegi JB hahaha, sabar jeler. Percutian last minit, petang tu juga buka website agoda buat tempahan sebab nak pergi keesokan harinya hehee

Alhamdulillah nasib baiklah ada Suite Apartment yang available tinggal 1 je, fuhhh nasib baik, bukan apa kami lebih prefer suite banding bilik, maklumlah anak2 dah besar so takleh tido sekali dah dengan mak pak, plus tak mahu book 2 bilik, nanti jauh pula bilik mak pak dengan anak, seriau kang anak buat macam-macam kat bilik tu. ishhh….

Jadi kalau kami bercuti memang kami akan cari suite/homestay yang boleh memuatkan kami semua, biar semua ada depan mata, baru lega.

Alhamdulillah proses tempahan mudah sangat melalui Agoda, kami menginap di Hotel & Resort KSL City, tempat yang strategik, cantik, siap attach dengan mall lagi, sama macam masa kamiย Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabahย haritu mall attach dengan penginapan.

Holiday time yeay!! Hari tu cuti sekolah en.laki keje. So kita qada cuti sekolah ??

A post shared by YANMIE (@yanmie) on

Layan video view bilik kat video atas tu ye, lupa ambik gambar hehehe

Suite yang tersangat besar, 4 bilik tidur, 4 bilik air, siap ada dapur boleh masak tapi tak masak pun, namapun nak pegi bercuti kan, kalau masak baiklah duk rumah je masak hahahha (ni feeling mak2 yang duk rumah kikikiki).

lepak-lepak kejap pastu anak ajak mandi kat Dino Waterpark kat bawah Suite ni, nanti cerita lain yang tu, nak cari gambar-gambar mana tah ku save hahaha, phone memory full adehhh pastu tetiba pula tak boleh nak pair macbook dengan iphone ni huhu sabar jeler, time2 nak update ni tak itu ini tak boleh

Totally menginap disini kami berpuas hati, bilik yang besar, bersih, dapat pula view ngam-ngam bawah tu Dino Waterpark.

Nanti kita update pasal Dini Waterpark ye ๐Ÿ™‚

 

 

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

10 thoughts on “Cuti-Cuti Johor Bahru – Menginap Di KSL Hotel & Resort Johor Bahru”
  1. Oh kalau dekat KSL ni dekat mall dia paling banyak tempat nak repair smartphone…Nginap tak pernah lagi kalau berbuka ada lah sekali

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge