Bahaya Skincare Krim Kilo/Timbang

Asssalam, baru-baru ni kan viral pasal Skincare Tati yang mana dikatakan mengandungi bahan berbahaya (Produk Tinggi Merkuri). KKM pun dah keluarkan notis pemberitahuan, sejujurnya hakak juga sebelum ini pengguna Skincare Tati, dan ianya berkesan pada hakak. tapi hakak dah berhenti guna pakai sebelum Viral isu Skincare Tati tu lagi. Sebab rasa dah ok so berhenti kononnya, nasib baik muka tak breakout tapi ada lah baru-baru ni jeragat naik, hakak is terkejut, tak banyak…sikitlah, insyaALLAH boleh dirawat, nasib baiklah terdetik hati scan kulit tengok apa problem huhuhu. Tapi biasalah kot bila dah berhenti akan ada kesan, bergantung pada kulit individu itu sendiri.

krim kilo

Bahaya Skincare Krim Kilo/Timbang

Ok berbalik pada Bahaya Skincare Krim Kilo, barulah tahu ada kewujudan krim Kilo timbang macam ni, serius sangat terkejut, Bahan yang belum tentu dijamin keselamatannya bila digunakan, terlampau banyak lambakkan krim kilo di Negara Jiran.

#krimkilo

Baru kejap tadi juga stalk Instagram dengan hashtag #krimkilo mak datuk hakak terkejut sangat, banyaknya produk-produk yang dihasilkan dari krim kilo tu, siap rebranding (penjenamaan semula)  produk semula. korang ada modal bagi je duit then dapat brand sendiri. aduduuuduuu macam-macam pening hakak. dah lah tengok krim-krim hakak guna sebelum ni banyak sama kat hashtag krimkilo tu huahuahua. terus tak percaya dah skincare local macam ni terutamanya yang ada krim siang, malam…bla..bla..kalau yang natural organic takde pun siang malam khas macam ni -..-“

krim kilo

Sejak akhir-akhir ni juga terlampau banyak lambakan skincare seperti krim timbang kilo ni buktinya terlampau banyak brand yang keluar tapi bahan semua lebih kurang sama. Diharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membanteras lambakan brand yang tidak mempunyai kelulusan KKM, bahaya wooo untuk orang ramai, maklumlah orang perempuan ramai nak cantik, lagi pula disajikan di testimoni-testimoni muka licin cantik putih semua tu, wanita mana yang tak nak kan?

Jom kengkawan wanita semua buka mata, jom beralih kepada produk yang selamat, banyak lagi produk selamat lain yang kita boleh guna, yang dah Laboratory Tested contohnya macam Simplysiti dan banyak lagi yang dijual di Drugstore / Farmasi. Biar lambat asal selamat. kalau berhenti guna pun still ok muka tak rosak banding guna produk yang takde kelulusan KKM ni macam-macam campuran ada aduhh pening. bahan apa, proses macam mana pun tak tahu. Dan kalau produk tu selamat dah tentu boleh masuk drugstore / farmasi.

Dan baru-baru ni juga ada kawan yang pernah ke Negara Jiran bagitahu yang krim kilo ni dijual di negara jiran dengan harga sangat murah sebabtu dia pun tak percaya Skincare rebranding macam ni dan sebab itu juga dia tak guna krim-krim macam ni, yelah sebab tahu asal usul krim ni dari mana, kenapala hakak baru tahu, adoii sedih.

Dah lah kan adik beradik, mak semua guna Skincare yang Viral sebelum ni, harap-harap muka dorang ok lah, rasa bersalah pula sebab rekemen dorang :(, dan diharap pihak Skincare tersebut dapat berikan penjelasan bahawa produk mereka selamat dan tidak termasuk dalam golongan Krim Kilo ni -..-“

Oh ye, bukan krim je ada timbang kilo, macam-macam lagi tau macam serum, toner, sabun, lipstick matte, ishhh banyak lagilah. korang gi search hashtag #KrimKilo di Instagram, jangan terkejut okey -..-“

Dan sekarang hakak dah tak guna produk local macam ni, back to organic and natural je, biar lambat asal selamat. janji tak tepek racun kat muka yang chemical banyak. erm…..sehingga kini masih menunggu penjelasan dari pihak skincare tersebut berkenaan isu yang KKM dah keluarkan, tapi apa yang hakak baca di page mereka hanyalah penjelasan isu fake dan ori. Tapi kalau dah KKM keluarkan Notis amaran itu bermaksud mereka test yang ori bukan fake, ntahlah…mereka pun senyap je.

Yang pasti tatatititutu…tq pernah buat muka hakak flawless selama 7 bulan yang lalu, sekarang dah kusam balik hahaha, pakai yang organic take time tapi takpe janji selamat insyaALLAH.

Written by

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

14 comments / Add your comment below

    1. tulah baru tahu, sedih betul. sekarang ni dah guna lain, alhamdulillah muka tak jadi teruk macam orang lain, now guna product yang insyaALLAH dijamin terbaik untuk kulit berbanding yang sebelum ni. takpelah biar lambat asal selamat. takutlah nak tepek benda tak jelas. takut jadi lain
      yanmie recently posted..Bahaya Skincare Krim Kilo/TimbangMy Profile

    1. betul2, sejak buat #atkinsdietyanmie rasa badan sihat kulit cantik heheee coz more to healthy food and real food, yang jelas2 tinggi nilai nutrisnya pada anggota badan.

      before this sebab selalu jumpa skincare yang tak sesuai, bila dh jumpa yang sesuai gini pula jadinya, takpelah slow2 back to natural insyaALLAH
      yanmie recently posted..Bahaya Skincare Krim Kilo/TimbangMy Profile

    1. iye betul tu mazni, back to asal, before this guna brand luar tapi biasaah kesan lambat tapi tak terfikir pula yang local banyak testimoni ni rupanya tak selamat erm…

      now dah tukar yang lain, biar lambat asal selamat, takut dah lah serik jadinya, mailah produk lain yang testimoni lagi elok kalau namanya local seumpa ni memang tak guna lah… -..-”
      yanmie recently posted..Bahaya Skincare Krim Kilo/TimbangMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge