Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah

airport klia2

Assalam, cuti sekolah haritu kami Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu Sabah, saya ni nama aje orang Sabah, tapi boleh dikira dengan jari berapa kali jejakkan kaki di Kota Kinabalu heheee. Last pergi masa tahun 1999 time tu tunggu keputusan SPM, gila lama dah kan hehehe, so dah cuti-cuti sekolah tak tahu nak bawa anak bercuti kemana, timbul idea nak bawa dorang jalan-jalan di Kota Kinabalu pula

Time ni takde tiket murah, redah ajelah hahaha, harga tiket dah boleh melancong ke luar negara huuuu, takpelah bukan selalu. asalkan big bos nak belanja hehehe. kami kat sana 4 hari 3 malam, kami naik flight dari sini pagi, perjalanan mengambil masa dalam 2 jam aje gitu.

kapal terbang air asia

Penginapan dan kereta sewa dah dibooking siap-siap 4 hari sebelum berlepas, alhamdulillah baik tuannya, servis terbaik. lupa pula nama ownernya, cuma yang ingatnye dia seorang ustazah, kalau jumpa detail nanti kita share ye.

kota kinabalu

Melancong di Negeri sendiri heheee

travel guide

Travel guide, ambik kat Airport, senang nak tau tempat tarikan disini

1 borneo servis apartment

Kami menginap di Servis Appartment 1 Borneo, view sangat menarik, kami kat tingkat berapa tah tak ingat tapi tingkat atas sangat sampai nampak view yang cantik. Apartment pun  cantik bersih, siap ada peralatan memasak, tapi kami tak masak pun, nama pun nak pergi bercuti kan. lengkap dengan peralatan mandi seperti sabun, berus gigi, tuala, sikat…

Layan view dulu…

pemandangan malam kota kinabalu 1

pemandangan malam kota kinabalu 2

apartment 1 borneo

Ini je yang ada, lupa snap lain2 hahhaa, Apartment ni 3 bilik, 2 bilik air

1borneo apartment

1borneo aparment

1 borneo aparment

kami check in dah petang, penat…rehat2 kat apartment, malam turun makan kat Mall 1Borneo

chicken rice shop 1 borneo

Makan malam pertama kami di Kota Kinabalu, kami sempat untuk turun ke mall 1Borneo sahaja, betul2 bawah Apartment, bagus betul ada mall hahhaa, terus juga pusing-pusing situ, shopping kat kasut kat situ hehee.

1borneo

Nah…ni je 1 gambar kat Mall 1Borneo Kota Kinabalu HAHAHHAA, jadiklah dari takde langsung kan hihihi

Lepas makan-makan, kami masuk Giant, beli Air Mineral dengan reroti, takut tengah malam anak lapar, plus beli bekalan makanan dijalanan untuk keesokkan harinya…kami ke….hehee nanti sambung, panjang sangat dah ni 🙂

You may also like

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge