Congrats Anak Ibu!

pemandangan gunung kinabalu

Assalam, alamak lupa nak entry pasal hari penyampaian hadiah si Abang hehee, alhamdulillah baru-baru ni Sekolah Rendah Agama anak ada buat majlis penyampaian hadiah kecemerlangan, alhamdulillah Abang merupakan salah seorang yang dapat anugerah pada hari tersebut, Congrats Anak Ibu!

hari penyampaian hadiah

Abang dapat No 1 dalam kelas, dengan paratusan yang sangat membanggakan, tahniah sekali lagi anak!!, ibu ayah gembira, teruskan usaha untuk lebih berjaya dimasa hadapan, insyaALLAH. Untuk sekolah rendah alhamdulillah pencapaian yang baik juga cuma tidak secemerlang pencapaian di SRA. Takpe perjalanan masih jauh, ibu ayah percaya u can do it!

gunung kinabalu

Nak sama besar dah budak 2 orang ni 🙂

Untuk angah walaupun tak dapat anugerah, ibu puas hati juga sebab angah dah cuba yang terbaik, takpe insyaALLAH teruskan usaha lagi ye. Ibu dan Ayah doa anak-anak semua berjaya dunia akhirat amin..

exam little caliphs

Amboii Alang kemain tau result dia hahaha

Untuk Alang, yang baru je 4 tahun tu di Tadika Little Caliphs pun alhamdulillah peroleh keputusan yang cemerlang, 4 subjek dapat 100%, lagi satu subjek dapat 86%, Alhamdulillah Ibu Ayah bangga, teruskan usaha. Tahun depan InsyaALLAH masuk 5 tahun dah, cepatnya anak ibu ni membesar.

kinabalu park

Dah macam kembar hehee

Untuk adik, hehehee tahniah sebab dah pandai bercakap sikit2, dah faham arahan. dan dah pandai merajuk-merajuk kikiki.

– Semoga menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat, insyaALLAH Amin…

You may also like

17 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge