MotoGP Sepang 2016

motogp sepang malaysia

Assalam, hahhaa aduhh basi dah kot cerita ni baru ada kerajinan nak entry, layankan jelah hehee. Wah lama gila daku tak jejak kaki kat Sepang tu sejak ada baby kecik ni ahahaha, last pegi sana MotoGP 4 tahun lalu, kesian kan? tu pun kena duduk dalam surau sebab Irfan time tu belum sampai setahun, dia takut dengan bunyi bising HAHAHHA, sabar jeler.

motogp sepang 2016

Lepas dari tu memang takde dahlah pergi motoGP sepang tu, pergi pun ada lah 1-2x kot untuk Saturday Night Fever huahua, dan selalu kalau pegi pun anak-anak dengan pak dorang je, daku tinggal kat rumah dengan baby hehee, lagipun ada baby ni jadi malas nak ikut, kang duduk dalam surau lagi, tapi kali ni en.laki beli tiket lebih, bawa kita sekali hehee, bawa juga baby ni, abistu takkan nak tinggal kan, plus baby Haiqal ni memang minat oooo dia dengan race ni, kalau buka tv kemain lagi terujanya, semua anak pun macam tu punya minat sama dengan bapak dorang.

Ku ingatkan kali ni takyah lepak surau, rupanya kena lepak surau juga hahaha, sebab Haiqal agak takut dengan bunyi bising plus dia ngantuk sangat, terpaksalah lepak 30 minit dalam surau, masuk-masuk je terus tido dia, kesian penat sangat hehehe

jomlah layan gambar, tak berapa nak banyak gambar sebab almaklumlah pegang baby kan…

race sepang 2016

irfan sepang

kami masuk dulu, mak datuk orang macam semut punyalah ramai gila macam biasa kalau MotoGP ni, en.laki cari parking tu yang gambar pun tak banyak nak snap, jaga 4 orang hero hahaha, nasib baik tak pitam, cuma memula tu cuaca agak panas terik, jadi memasing kehausan, dah ler sebelum sampai sepang pun jalan dan jem teruk. masuk dalam lagilah dengan parking takde, nak tau en.laki parking kat mana? hahaha jauh gila kami menapak jalan kaki ke kereta masa balik tu hahaha, nasib baik pakai kasut yang selesa kalau tak mau ku berkaki ayam je jalan ke tempat parking tu heehhe.

litar sepang

Lepas panas terik tu tetiba gelap hujan sekejap, nasib baiklah race diteruskan kalau tak rugi beli tiket hehee, en.laki beli tiket Main Grandstand, RM200 untuk 1 tiket, en.laki beli 4 tiket, sib baik Irfan dan Haiqal masih free kehkeh.

motogp sepang 2016

Ni paparan skrin kat tengah-tengah main grandstand

motogp sepang malaysia

Ni nak abis dah, saya dan haiqal lepak bawah, malas naik atas hahaha, sekali kena naik tengok ada race asia pula, en.laki kata takleh balik terus jalan jem, so lepak lagi lah tengok race asia, lepas tu baru balik menapak ko jalan ke parking hahaha, jauh gila!!

haiqal

my baby alololooo besar dah lah nak 2 tahun dah 😀

Tahun depan kalau takde baby boleh lah pergi lagi, takut ada baby baru je hahaha, lepak rumah ajelah gitu 😛

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

8 thoughts on “MotoGP Sepang 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge