Koleksi Tudung Warda (Suri Hati Mr Pilot) Naelofar Hijab

Assalam, masih ada yang tengah demam Suri Hati Mr Pilot ke? hehee, dah lah nak cerita pasal Koleksi Tudung Warda (Suri Hati Mr Pilot)  Naelofar Hijab ni je hahaha, cecantik semua koksi tudung yang Neelofa pakai dalam drama tu kan?, sampai daku pun dah terjebak untuk dapatkan koleksi tudung warda Neelofa ni, bajet acah-acah #wardasayapunya hahahah, limited edition kan

tudung warda naelofar hijab

Yeayyy my 1st collections tudung dari Naelofar Hijab, try pakai, waaaaahhh selesa gitu, terus jatuh hati tau, ni yang nak beli lagi koleksi tudung kak lofa tu hihihi. Tapi baru ni ajak en.laki gi butik beli lagi, sayangnya dah tak banyak pilihan, tinggal yang ada pun saya dah ada 4 ketul atas tu hehehee, sudahnya beli instant shawl memurah cantik…beli lebih bagi adik beradik 😀

tudung warda naelofar hijab

Gemuknya muka ku hahahaa, senang hati kot 😛

Ok memang best pakai tudung lofa ni, selesa, kain terletak elok je, takde nak tarik-tarik sampai tudung serabai haha, eii sukalah, ringan plak tu kat kepala hehee.

tudung warda

boleh laras nak panjang pendek, tapi memula pakai salah teknik hahaha, tengok video tutorial barulah pakai betul hahaha, patut cam pelik je tak sama comel macam lofa kekekeke

starbucks

Sudut tepi, cun kan? bertingkat-tingkat gitu hahaha, daku tak reti berfesyen jadi memang ngamlah kalau dapat tudung macam ni, tak perlu nak belit-belit bagai.

Ada 3 jenis koleksi warda by neelofa ni, ada shawl, semi instant dan instant, yang saya beli ni semi instant, tinggal pinkan je. nak instant tapi dah habis pula. Totally dah jatuh hati dengan tudung neelofa, now tudung neelofa no 1, tudung bella ammara no 2 hehee.

– Neelofa pakai tuala simpul kat kepala pun come, gerammmm je cunnn sangat!! 😀

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

13 Comments on “Koleksi Tudung Warda (Suri Hati Mr Pilot) Naelofar Hijab”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge