Salam, mencuba Resepi Maggi Kari Ketam, boleh tahan juga sedapnya, lain dari yang lain. saya baru ni ada juga mencuba buat menu Maggi Kari Ketam ni, hasil mengoogle, tapi saya olah mengikut citarasa saya hihihi, layan~
Ini Maggie Kari Ketam saya heheee, suami lebih suka makan ketam dengan nasi, anak-anak pulak tak makan ketam, jadinya buat untuk saya sorang, perghhh~ sampai tak cukup-cukup dibuatnya hahahhaa.
Nak ke resepi? ok saya share ye, next time nak buat lagi ni, tapi guna seafood lain lah pulak, sebab ketam ni leceh nak makan, abis comot semua, teknik dan cara masak tu sama, sebab kuah tu sodaappp!
Resepi Maggi Kari Ketam
- Maggi Kari 1 bungkus
- Ketam 1 ekor
- Cili kisar 1 sudu (cili kering + bawang merah + bawang putih dikisar bersama, itu maksud cili kisar ye!)
- Santan 1 cawan
- Daun ketumbar
Cara memasak
-
Rebus dulu ketam, asingkan ketam dari air rebusan.
- Tumis cili kisar tadi, masukkan perencah kari maggi
- Masukkan santan
- Masukkan air rebusan
- Dan mendidih semua tu baru masukkan maggi, masak maggi macam biasa
- Masukkan ketam, kacau-kacau, tutup api dan tabur daun ketumbar
-
Siap untuk dihidang!
Licin sampai kuahnya tau…tapi comot sikitlah makan ni, guna sudu, garpu, kedua-dua tanga, tu pun abis meleleh kuah sampai kesiku, wakakka macam budak-budak -..-“
Senang je kan nak buatnya??, ok selamat mencuba ye~
Macam senang jugak ek.. tq tips nak buat lah nanti ujung minggu..
nor hazmira recently posted..Comment on Anak tak cukup nutrient – cabaran buat ibu bapa by Mira Hamzah
terliur tengok maggi ketam nih
ira recently posted..Info Produk-Carotomax
wah …. sedapnya , apalagi ditambah ketam tu
satu kombinasi yang sangat luar biasa.. mesti sedap punya nih..
zik recently posted..Siaran langsung Malaysia vs Cambodia, Piala AFF Suzuki 20/11/2016
Uisy…ni first time tengok ni. Kalau udang boleh tahan lagi. Ni ketam??? Dahsyat…
sisza recently posted..Tips turunkan suhu demam anak cepat dengan mudah dan berkesan
terima kasih resepi..
Malaysia Sentral recently posted..Cara Semak Daftar Pemilih Terkini
Berzaman dah tak makan megi dan ketam. Macam sedap?
nak kena try gak ni hehe
Malaysia Sentral recently posted..Senarai Air Terjun Di Negeri Pahang
Nampak macam best je….
terasa cam tersiksa aje makan ketam tu..hehe
encik bakul recently posted..Sudah RM2000++ duit yang saya dapat dari Jobdirumah.
Lepas nie akak guna MAGGI BIG KARI…. banyak sikit kan….tapi kuah pekat tu memang sedap kalau nak hirup macam tu jeee
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Mee Kicap Ayam LINDA ONN
nampak macam makan sorang-sorang je kak yan…heeee
Denaihati recently posted..Qurban kunci rezeki yang tidak disangka-sangka
suka makan ketam aje. maggi kurang suka sikit. hehe..
titan recently posted..Indera Putra kena ugut bunuh?
Sejak Aaron Aziz jadi duta Maggi, semua orang nak makan maggi..hehehe
Yus recently posted..Perodua Alza SE bakal dilancarkan
Kecur airliur saya kak Yan ooooiii… Nak jugak la.. Tapi ketam mahal kan sekarang.. ermm
amirnawawi recently posted..7 CPUV Nuffnang Datang Bertandang Ke Blog
Wah ! Bestnyaaaa . Kalau ganti dnegan udang beso2 boleh jugak kan?
Galah Panjang recently posted..Terseksanya Seorang Khunsa (Hukum Khunsa ingin berkahwin)
saya nak ketam yang besar… pastu maggi dua peket…
bungkus tau!!
KiD recently posted..Keenakan Lots of Lamb Kenny Rogers Roasters
aduuuh, suka betul blog ini dengan gambar makanan yg menggoda nafsu makan, heheh
Juan recently posted..Kadar Pinjaman Perumahan Terendah Di Malaysia
kalau guna Mee Segera Sedap perisa kari tak boleh ker?
asyik2 Maggi jer dapat nama…hehe.
ejam recently posted..Lembaran Promosi Shaklee Telah Diterima.
Baru semalam petang makan Maggi Big Kari tetapi tak ada ketamlah. 🙂
akubiomed recently posted..Monster High dan Universiti Limkokwing Universiti tunjukkan pendirian anti buli dengan cara kreatif
pergh… memang ditunggu-tunggu resipi ni.. pasti akan dicuba
Mus recently posted..Tempat Duduk Percuma AirAsia Sempena 2 Juta Like Facebook