Resepi Maggi Kari Ketam

Salam, mencuba Resepi Maggi Kari Ketam, boleh tahan juga sedapnya, lain dari yang lain. saya baru ni ada juga mencuba buat menu Maggi Kari Ketam ni, hasil mengoogle, tapi saya olah mengikut citarasa saya hihihi, layan~

maggie kari ketam

Ini Maggie Kari Ketam saya heheee, suami lebih suka makan ketam dengan nasi, anak-anak pulak tak makan ketam, jadinya buat untuk saya sorang, perghhh~ sampai  tak cukup-cukup dibuatnya hahahhaa.

maggie kari ketam

Nak ke resepi? ok saya share ye, next time nak buat lagi ni, tapi guna seafood lain lah pulak, sebab ketam ni leceh nak makan, abis comot semua, teknik dan cara masak tu sama, sebab kuah tu sodaappp!

maggie kari ketam

Resepi Maggi Kari Ketam

  • Maggi Kari 1 bungkus
  • Ketam 1 ekor
  • Cili kisar 1 sudu (cili kering + bawang merah + bawang putih dikisar bersama, itu maksud cili kisar ye!)
  • Santan 1 cawan
  • Daun ketumbar

Cara memasak

  • Rebus dulu ketam, asingkan ketam dari air rebusan.

  • Tumis cili kisar tadi, masukkan perencah kari maggi
  • Masukkan santan
  • Masukkan air rebusan
  • Dan mendidih semua tu baru masukkan maggi, masak maggi macam biasa
  • Masukkan ketam, kacau-kacau, tutup api dan tabur daun ketumbar
  • Siap untuk dihidang!

maggie kari ketam

Licin sampai kuahnya tau…tapi comot sikitlah makan ni, guna sudu, garpu, kedua-dua tanga, tu pun abis meleleh kuah sampai kesiku, wakakka macam budak-budak -..-“

Senang je kan nak buatnya??, ok selamat mencuba ye~

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 Replies to “Resepi Maggi Kari Ketam

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge