Wajib Makan Kalau Balik Sabah

mee basah sabah sedap

Assalam, baru-baru ni kami balik Sabah, semestinya kalau balik sana haruslah pekena Mee Basah barulah lengkap rasanya hidup berada di Sandakan Sabah tu hehee, sampai macam tu kan heeee, seminggu sebelum balik tu memang dah terbayang Mee Basah tu haahhaha, teruk betul perangai 😛

pearl harbour cafe sandakan

Alang tu muka macam tak puas hati je -..-“

Kami balik sabah pun kejap je, 3 hari 2 malam, memang tak sempatlah nak kemana-mana pun, kami balik Sandakan raya ke 4, raya ke 5 tu adik kenduri, so balik memang untuk kenduri tu jelah.

pearl harbour cafe

Siang tu makan lauk kenduri, malam makan kedai, tak lalu dah lah makan ayam daging segala hehehe, makan luar dengan adik beradik di Restoran Pearl Harbour Cafe Sandakan, untuk mak ayah pun kami tapaukan sekali, dorang pun penat tak larat nak ikut sama.

mee basah sabah

Ni dia makanan kegemaran, tiap kali balik Sandakan mesti nak makan ni, en.suami pun order mee basah juga, kat restoran ni kali ke 3 kami makan, macam biasa time balik je dapat makan 😀

Kasik zoom sikit mehhh…

mee basah sabah sedap

Sepinggan tu harga tak sampai RM10, sedappp…tapi mak datukkkkkkkkk banyak gila!!, kami semua pun makan tak habis. sedap pastu banyak pula. daku yang makan banyak ni pun surrender HAHAHHAHA. Pastu Aiman ada order nasi pataya, tu pun dia makan tak habis, biasanya tak cukup hahhaa. last-last share dengan haziq, haziq punya tapau bawa balik. banyak gila kuantiti makanan dalam pinggan tu. berbaloi-baloi.

Dah alang-alang tu kan, saya share lagi semula Resepi Mee Basah Sabah

Mee Basah Sabah

Bahan-bahannya :-

  • Mee Kuning (Kalau di Sabah ada Mee khas untuk Mee Basah ni)
  • Isi Ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Bawang Putih
  • Lada Putih
  • Sos Tiram
  • Fishball, fishcake
  • Tepung Jagung sedikit untuk pemekat kuah, (bancuh dahulu)
  • Sayur Sawi
  • Air
  • Bahan perasa

Cara Memasak:-

  • Goreng dahulu Mee Kuning tanpa minyak di atas kuali, biar ada hangit-hangit sedikit ataupun kekuningan, dah siap ketepikan.
  • Dalam kuali/periuk tumis bawang putih, kulit kayu manis.
  • Masukkan air (terpulang nak kuah banyak mana), biarkan menggelegak.
  • Dah menggelegak kuah tadi, masukkan sos tiram, ayam, udang, sotong, fishball, fishcake
  • Masukkan sayur sawi, bahan perasa, tepung jagung untuk memekatkan kuah, masukkan bahan perasadan lada putih.
  • Siap untuk dihidang, cedok mee dalam pinggan dan tuang kuah yang dimasak tadi.

Ingat jangan masak terlalu lama sebab takut nanti ayam, udang, sotong, fishball, fishcake dan sayur tu nanti terlebih masak.

sos cili padi sabah

*Nak sedap lagi, masa makan tu tuang sedikit cuka, kicap dan Sos Cili Padi Mee Sabah

Selamat mencuba ^_^

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

14 Replies to “Wajib Makan Kalau Balik Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge