Lenovo Vibe X2 Telefon Pintar Pertama Layered Di Dunia

Salam, ehemmm terima kasih Lenovo Malaysia, dapat juga jadi antara yang terawal menggunakan Lenovo Vibe X2 Telefon Pintar Pertama Layered Di Dunia. Sebenarnya Smartphone Lenovo Vibe X2 ni saya dapat lama dah, dah puas pakai, memang terbaiklah, so nak share dengan pembaca blog ni tentang Phone Lenovo Vibe X2 yang mana mendapat jolokan telefon kuih lapis kerana bentuknya designnya yang berlapis-lapis.

VIBE X2

1st impression dapat pegang phone ni, wowwww nipis ringan laaaaa….memang semua pun gadget-gadget yang macam ni dari Lenovo semuanya ringan-ringan, tak rabak poket kalau letak phone dalam tu hihihi. Dah 2 bulan saya guna, setakat ni puas hati.

Datang dengan 3 pilihan warna, saya dapat warna merah yeay!!! macam tau-tau je saya minat merah heheee. Design Smartphone Lenovo kali ni memang unik, selain layered, bentuknya juga unik, empat segi, dan bukannya melengkung di bahagian empat penjuru tu. mula-mula guna agak kekok juga hahaha, dah lama-lama tu sedap pula pegang, cuma licinlah macam iphone tu, kena guna cover. maklumlah kang tak pepasal nangis, berdarah hidung kalau phone jatuh hahahaa. Maklumlah ada pengalaman ngeri tentang gadget jatuh sampai berderai kaca screen tu…huhhuhuhu

Ok jom cuci mata dulu lah….layan gambar bawah ni ^_^

lenovo vibe x2

Dengan Pemproses MediaTek MT6595m True8Core, RAM 2 Gigabyte

skrin lenovo vibe x2

Dengan paparan skrin 5″ LCD FHD (441 ppi)

kamera lenovo vibe x2

Kamera Utama/Belakang 13 MP, Kamera Depan 5MP, wweeehhhoo~

speaker lenovo vibe x2

Single Speaker, kalau buka lagu perghhhh kuat sungguh bunyinya, syiok layan video anak gelak heheee.

usb lenovo vibe x2

Slot Usb

pandangan tepi lenovo vibe x2

Pandangan tepi, casing yang berlapis-lapis

pandangan atas lenovo x2

Pandangan atas, slot ear phone

slot simcard lenovo vibe x2

Slot Simcard, Dwi SIM  Mikro + Nano 4G LTE

 Uniknya kali ni Smartphone keluaran Lenovo ini, Baterinya built in, tak boleh cabut, tapi kalau tetiba phone hang dan terfikir tak boleh nak cabut?, senang je boleh tekan button tepi tu lama-lama sikit, nanti dia akan off sendiri, atau boleh tekan serentak dalam 10 saat.

Slot Memory kad tidak disediakan, tapi phone ni dah tersedia dengan memory built in 32 gigabyte, banyak juga tu, so tak perlu risau kalau takde slot memory MikroSD tu.

Sejujurnya saya tidaklah mementingkan sangat teknikal phone tu, janji kamera cantik…saya beli hahahhaa, ini namanya hantu selfie, jadi korang kalau hantu selfie macam saya, phone ni sangatlah sesuai…serius cakap..sesuai..tak payah nak downlod apps 360 tu kikiki.

– Banyakkkkk koleksi gambar selfie ni, nak tengok tak?? hahaa

You may also like

28 Comments

  1. cantiknya warna tu..sesuai dengan yan..saya pun rasa macam nak try lenovo pulak lepas ni..tengah mencari model mana yang sesuai..kena ikut poket jugak..hehehh

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge