Hai semua!! sekarang ni nak shopping senang sangat dah kan?, semuanya dihujung jari je, tapi pernah tak korang terfikir untuk membeli pakaian atau barangan secara online tetapi tidak menemui laman web yang menjual pakaian Muslimah yang diinginkan contohnya macam blaus, skirt labuh, seluar palazzo, tudung bawal kosong atau corak dan juga beg tangan yang cun melecun?

zolace malaysia

Hah kalau tak tau kat mana, meh nak bagitau, saya baru je shopping online di web Zolace, huishh macam-macam barang keperluan dan perhiasan diri ada dijual disana, betul-betul rambang mata dibuatnya hahahaha. Zolace ni laman web membeli-belah dengan banyak koleksi hebat pakaian Muslimah berserta barang aksesori yang lain tau. Yang bestnya apa tau?, ni semua buyers pun suka hehehee, sebab Zolace menawarkan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei! bestkan??

Di Zolace ni korang dapat tengok banyak tawaran hebat pelbagai barangan dan pakaian Muslimah setiap hari berserta koleksi terbaru dan menarik setiap minggu. Jadi tunggu apa lagi tu, mehla lawat Zolace Malaysia dan mula membeli-belah disana, macam saya heheee

Selalunya bila saya pergi shopping di kompleks membeli-belah atau kedai, susah tau nak dapat yang betul-betul berkenan dihati, kalau jalan dengan suami mau stress je dia masuk satu kedai ke satu kedai tapi apa pun tak beli hahahha, kejam kannn??, macam buang masa, tenaga dan wang ringgit tetapi pulang dengan tangan kosong huhuhu, paling sadis tu sebab tak nak kena bebel masuk kedai tu…kedai tu tak beli apa, jadinya beli lah juga baju yang tak berapa berkenan dihati, sadis kan? hahahaha, tapi selalunya bila beli online ni memang ngam lah dengan citarasa, plus design barangan online ni tak sama dengan yang ada dikedai-kedai luar sana.

Jadi sebab inilah saya mencari alternatif lain dan akhirnya menemui laman web Zolace yang memberi penyelesaian kepada masalah tersebut. Macam-macam barangan dan pakaian Muslimah yang sangat menarik di sini. Kalau tak berkenan pun dengan mana-mana koleksi, tak rasalah bazir masa dan tenaga. Tak ada koleksi berkenan hari ini, esok lusa mungkin jatuh hati dengan koleksi terbarunya.

tudung bawal zolace malaysia

Comel juga pakai tudung bawal chiffon ni heheee

Tudung bawal yang dijual di Zolace menarik minat dan perhatian dengan harga yang berpatutan dan juga coraknya yang tersendiri dan cantik. Semuanya cantik-cantik belaka! Rambang mata dibuatnya. Saya pun ada 2 koleksi Tudung bawal bercorak ni dari Zolace, memang selesa pakai, feeling macam muda-muda gitu heheee, terdapat juga pelbagai corak cantik yang sangat menarik dan menawan hati seperti Daylong Date, Sunburst Chiffon, Wild Rose Chiffon, Bunga Raya Chiffon dan Day by the Bay. Bukan sahaja harga berpatutan, malah kualiti kain tudung juga sangat memuaskan hati. Berbaloi-baloi! Kalau tak nak tudung bercorak, tudung plain kosong juga ada dijual di sini, kualitinya juga sama, bagus dan memuaskan hati.

Selain Jubah, Blaus juga merupakan pakaian kegemaran saya apabila ingin keluar pada hujung minggu bersama keluarga tercinta ni, tapikan sekarang ni susah juga nak jumpa blaus yang menepati cita rasa dan kehendak kan?? ada pun tak ngam dengan badanku ni haaa huuu. tapi bila tengok koleksi blaus yang dijual di Zolace ini, haishhh laaa hati meronta-ronta nak klik butang buy tu hahaha. Semua blausnya bergaya dan dan cantik-cantik, betul-betul buat rambang mata. cantik-cantik koleksi Blaus Zolace ni, seperti Band in Line, Colour Me Surprise, Endless Possibilities, Ethereal Blouse, Lacy Evening, Love at First Sight, Rise and Line Blaus dan banyak lagi. Semuanya cantik dan bergaya. Kalau dipadankan dengan tudung-tudungnya, mesti lagi cantik dan menarik kan??  Sekarang ni, saya hanya tunggu koleksi terbaru blaus dari Zolace supaya tak ketinggalan fesyen terbarunya hehee…meh lah cuci mata, confirm berkenan punya hihi

Nak cari seluar macam skirt tu pun ada kat Zolace ni, apa namanya tu??…Palazzo kann, hah ada koleksi Palazzo juga di Zolace ni, saya tengok orang lain yang menutup aurat tu bila pakai nampak comel je, masih menutup aurat dan tidak ketat, terdapat seluar palazzo yang bercorak dan yang kosong. Coraknya pun sederhana dan tidak keterlaluan, palazzo yang kosong dengan warna-warna yang menarik dan cantik. hah korang gi usha sendirilah kat sana, macam-macam jenis koleksi seluar palazzo yang boleh korang pilih mengikut idaman masing-masing seperti Best of Spirits yang bercorak, Every Opportunity, Lively Before an Audience, dan Luxuriously Laid-Back yang mempunyai warna-warna cantik dan menawan. senangkan sekarang ni semuanya boleh belek-belek online je, berkenan je terus beli, semuanya dihujung jari gitu 🙂

handbag zolace malaysia

Handbag dari Zolace Malaysia, serius cantik dan berkualiti, jatuh hati sungguh!

handbag zolace malaysia

Gambar seminggu sebelum bersalin, handbag dan Tudung bawal dari Zolace Malaysia

Keluar ke mana-mana tanpa handbag memang tak sah, macam janggal pun ada hehehe, yelah beg tangan dah macam ‘kawan baik’ orang perempuan kan??, tidak kiralah sama ada yang tua ataupun yang muda. Oleh sebab itu, Zolace juga turut menawarkan koleksi hebat beg tangan yang versatil dan sesuai untuk semua acara yang dihadiri. Ada ‘sling beg’, ‘clutch’, ‘tote bag’, ‘satchel bag’, ‘backpack’ dan banyak lagi. Semua beg di sini cantik-cantik belaka dan berkualiti tau. Saya sendiri shopping 2 handbag di Zolace ni hihi, puas hati betul. Hah..Dompet pun ada juga dijual di sini, senanglah nak padankan dompet dengan handbag tu kan??, Sejak mengenali laman web membeli-belah Zolace ini, ia banyak menjimatkan masa, tenaga dan wang. Semua boleh di dapati terus dari laman webnya. Malah, harga dan kualitinya juga memuaskan hati. Lebih penting, ia sememangnya direka khas untuk fesyenista Muslimah.

Sebagai seorang wanita, memang mudah untuk terpengaruh dengan pelbagai fesyen menarik. Sekarang boleh dikatakan perkembangan fesyen adalah pada setiap hari dan masa. Tetapi, masa yang tidak mengizinkan kadang-kadang menyebabkan kita ketinggalan dengan perkembangan fesyen terkini, betul tak? hahaha…. tapi kini sedikit berbeza selepas menemui laman web Zolace yang menarik ini, bukan sahaja menjual pelbagai koleksi pakaian Muslimah dan aksesori, malah turut menyediakan blog dengan info-info menarik dan terkini. Zolace juga ada blog tau, macam-macam info berguna dan menarik ada disana, bukan sahaja pada fesyen, malah berkenaan kecantikan, kehidupan, dan kesejahteraan. Mudah, pantas dan bermanfaat. Bila ada masa lapang atau tercari-cari maklumat menarik, kunjungi blog Zolace ni ye, insyaALLAH pasti tak menyesal.

Zaman sekarang semuanya canggih dah. Media sosial pun dah berlambak sekarang. Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest, Google+ sudah tidak asing lagi sebagai satu media sosial yang popular. Kalau ingin kekal berhubung dan tidak ketinggalan dengan sebarang maklumat terkini di blog Zolace ataupun melihat tawaran istimewa dan koleksi terbaru di laman membeli-belah Zolace, hanya klik butang ‘follow’ pada mana-mana media sosial milik Zolace kat bawah ni ye

Semuanya mudah dan sudah tersedia. Jangan tunggu lama-lama, klik dan ikuti sahaja perkembangan dan tawaran hebat dari Zolace ini. Tak rugi apa-apa pun.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

26 thoughts on “Shopping Online Di Butik Baju Muslimah Zolace Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge