Dah Besar Rupanya Alang Irfan

Salam, wah-wah sejak dah jadi abang-abang ni kemain dia punya bergaya, abanglah sangat hahahhaha. kejapnya masa berlalu, dah besar sangat anak ibu ni, akal pun panjang, cakap memang lancar, takde pelat-pelat pun, sebut perkataan sebiji-sebiji, kagum kejap hahahha, banding dengan abang-abangnya umur 4 tahun gitu kot baru boleh cakap dengan betul.

yanmieonline

Cepatnya masa berlalu, dah nak masuk 3 tahun

Sekarang ni nak berjalan kemana-mana dia pilih sendiri baju apa nak pakai adoiiii, asiklah pakai baju yang sama je, nak melaram baju sama warna dengan dia macam dulu-dulu pun dah susah -..-“

budak comel

gaya tu bikin geram…HAHAHAHA

Pergi Jusco dengan mak hari tu pun kemain dia tunjuk baju-baju, sudahnya maknye ni geram nengok baju-baju saiznya hahaha, tak pepasal tau 6 set baju untuk dia, untuk baby Haiqal tak beli apa pun hahahha. takde baju yang ngam dengan Baby Haiqal…sian dia, pakai baju-baju yang ibu jual je hehee, samalah jugakan, bezanya duit tak keluar heheee.

shopping di gm klang

Dapat jam dan kasut, oh bahagianya hidup…

Baru-baru ni sebelum mak bali kampung, bawa mak shopping di GM Klang, dia pun tak  nak rugi juga, nak juga tu shopping untuk diri sendiri…ohooohaaiii…dia berjaya mencairkan hati ibu bila dia pujuk-pujuk kata kasut tu cantik, katanya dia nak… “ini ibu cantik, nak”..”ibu bayar sana”, sambil tunjuk ke cashier, tak terkata apa saya hahahahha, try punya try comel lah pulak dia pakai kasut tu hahaha, RM45 melayang.

shopping kasut kanak-kanak di gm klang

Belek kasut pula hahahaha

beli jam kanak-kanak

Belek jam, pukul berapa datuk harimau??

Sesambil shopping tu singgah belikan Abang dan Angah Jam Tangan, dorang pesan nak jam tangan, masuk kedai jam tangan, belek punya belek sekali tu dia pun nak…alahaiii terkena lagi dengan dia, nak juga jam, nasiblah jam harga rm5 aje hehee, sabar jelah hahahaa, seminggu tu jalan dengan dia asiklah kena pow aje aduhai…

model kanak-kanak

Hah…tapi comel pulak tengok dia bergaya hahahaa, sejuk hati ^_^

Dulu-dulu time abang-abangnya besar gini tak pandai minta itu ini, tapi Alang ni, erm….minat nak bergaya, asal jalan je sekarang ni mesti nak pakai kasut, sayang betul dia dengan kasutnya hahaha, nanti ibu beli boronglah pula kasut macam ni, sambil pakai sambil jual, heheee bijak tak??, beli 1 mahal, so kita beli borong kekekeke

– Irfan panggil Baby Haiqal “Abang” apa nak jadi ni…. -..-“

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

8 thoughts on “Dah Besar Rupanya Alang Irfan

  1. Aik alang irfan tak dapat terima kenyataan dia dah jadi abang ker? boleh pula diserahkan pangkat abang pada adik haiqal…hehe.

    Memang bergaya betul ler alang ni, nampak bertambah comelnya.
    Bijak alang ni, lepas ni boleh ler selalu paw ibu yer…hehe
    EjamOthman recently posted..Seragam Tidur Ke Tempat Kerja.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge