Salam, banyak soalan pelik-pelik orang tanya bila Menyusukan Anak Semasa Mengandung, maksudnya disini menyusukan anak kecil yang masih menyusu susu ibu dan dalam masa yang sama juga si ibu sedang mengandung. Boleh ke Menyusukan Anak Semasa Mengandung? hah! saya sendiri dulu pun dalam dilema juga samada meneruskan penyusuan susu ibu pada anak kecil yang sedia ada atau pun tak perlu.

Menyusukan Anak Semasa Mengandung

Banyak soalan yang berlegar-legar di kepala tentang perkara tersebut, mula lah fikir bahaya ke menyusukan anak semasa mengandung, efek pada bayi dalam kandungan ke tak? alahaiiii serius hati dan mental kena kuat kalau bab-bab penyusuan ni. Sebab time ni target saya ingin menyusukan Alang Irfan selama 2 tahun. dan yang paling tak tahan bila orang sekeliling suka sangat cakap, “eh tak boleh susukan anak kalau tengah mengandung ni”, eh nanti baby dalam perut tak membesar dengan baik…eiiii macam-macam ok, jadi macam saya katakan tadi, hati kena cekal, kita yang melaluinya, anggap aje kritikan-kritikan orang lain tu cuma angin lalu hahahaha.

nursing cover

Kenangan menyusukan Alang Irfan di Public

Dilema sama ada meneruskan atau wean off kan Alang Irfan, tapi niat dihati ingin meneruskan penyusuan susu ibu pada Alang, sebelum tu saya dah berklinik ibu mengandung dahulu di klinik swasta, saya tanya doktor diklinik tersebut samada boleh ke tak menyusukan anak semasa mengandung?, doktor cakap takde masalah, janji ibu kena sihat dan makan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran anak dalam kandungan dan untuk penghasilan susu yang berkhasiat untuk anak yang disusukan.

Semasa buat buku merah di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung dan Anak, nurse ada tanya sejarah penyusuan anak-anak terdahulu, saya cakap sekarang saya masih menyusukan anak yang umurnya waktu itu 1 tahun berapa bulan tah…lupa dah heheee, terkejut nurse tu dengar saya cakap macam tu, Apaaa??? eh mana boleh susukan anak lagi puan, puan kan tengah mengandung, jangan susukan nanti baby dalam perut tak cukup zat, mula lah nurse tu takut-takutkan saya, hahahahhaa. masa nurse tu cakap kena berhentikan penyusuan Alang, laju je air mata ni mengalir…hahahha cengeng kan??

Tak puas hati dengan apa yang nurse tu katakan, tiba masa untuk masuk ke bilik doktor pula, saya tanya lagi doktor dalam tu samada boleh susukan anak ke tak semasa mengandung ni, dan alhamdulillah jawapan yang sangat memuaskan hati, doktor kata boleh je susukan anak macam biasa masa mengandung ni, janji ibu kena sihat, kena minum susu, makan vitamin, tak boleh penat. Legaaaa dengar jawapan dari doktor tersebut. Hati gembira ALLAH jelah yang tahu. sebab waktu tu saya masih berhutang susu ibu beberapa bulan dengan Alang. Target 2 tahun susukan dia. dan alhamdulillah target tersebut dah pun tercapai, syukur…syukur…syukur, betapa indahnya Breastfeeding Journey Alang Irfan. Terima kasih Ya ALLAH kerana Engkau memudahkan niatku ini demi anak tersayang.

suite hotel vistana penang

Sehinggalah umur alang 2 tahun waktu itu masih lagi menyusu sebab baby dalam perut belum keluar, dalam hati biarlah dia menyusu puas-puas, adik dah keluar nanti bagi peluang dengan adik pula. Dan alhamdulillah alang berjaya menyusu susu ibu selama 2 tahun lebih.

Disini, apa pun yang kita nak buat, hati kena cekal dan kuat, kalau tak tahu bab penyusuan ni boleh rujuk kepada pakar, jangan malu untuk bertanya, berikan anak hak nya.

Alhamdulillah berjaya menyusukan anak selama 2 tahun lebih dan dalam masa yang sama sedang mengandung. jadi mengandung je bukanlah alasan untuk tidak meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak. jangan takut ye, insyaALLAH ALLAH permudahkan untuk kita.

Satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup, menyusukan anak dalam masa yang sama sedang mengandung, pertama kali dalam hidup punya kenangan seperti ini, betapa bersemangatnya diri untuk menunaikan niat untuk sianak. (puji diri hehee, sapa lagi nak puji kan?).

Menyusukan anak semasa mengandung ni tersangat-sangat mencabar, mencabar tang menahan kesakitan pada nipple tu, pedih sakit ALLAH je yang tahu, tapi ku gagahkan juga demi anak. dan apa yang saya lihat dan rasa, lepas bersalin ni Alhamdulillah saya tidak ada masalah penyusuan dengan anak yang baru lahir ni, susu banyak dan pengaliran air susu juga lancar. tak macam dulu bengkak-bengkak sebab susu tak berapa nak keluar, saluran tutup dan tersumbat, ibarat gitulah, tapi kali ni alhamdulillah semuanya lancar. Terima kasih Alang dah tolong ibu juga ^_^

Sekarang ni Alang dan wean off, fokus pada penyusuan esklusif adiknya pula insyaALLAH. tapi nak wean offkan alang tu sangat mencabar haahhaha, nanti saya cerita tentang cara wean off (cerai susu) alang pula ye. Alang berjaya wean off pada umurnya 2 tahun 1 bulan.

haiqal

Baby Haiqal hari ni 22 hari, alhamdulillah susu ibu meriah, syukur

Ok jadi mak-mak diluar sana, jangan risau ye, mengandung juga boleh menyusukan anak, tapi sekiranya ada pendarahan semasa mengandung, cepat-cepat minta pendapat doktor ye, takut pendarahan tu datangnya dari penyusuan si anak tadi, beringat ajelah. syukur saya tidak ada masalah sepanjang mengandung sambil menyusukan Alang. syukur….syukur…syukur…

kebaikkan penyusuan ibu Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Kebaikkan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Kalau kita yang suri rumah ni tak dapat susukan anak dengan susu ibu memanglah “harus” malu dengan Ibu yang berkerjaya yang dapat memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi mereka.

– Happy Breastfeeding ^_^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

28 thoughts on “Menyusukan Anak Semasa Mengandung”
  1. alhamdulillah Allah permudahkan niat baik sis. hihi…rindunya nak preggy & susukan baby lagi. skrg anak bongsu dah 5 tahun. dah sekolah. dah takde yang kecik kat rumah nak gentel-gentel.

    semoga tahun ni ada extra rezeki. nak baby baru. insya Allah.
    Nazlin Decenza recently posted..Blouse Cotton Labuh ZafiraMy Profile

  2. Saya alami situasi yang sama juga.
    Masa tue anak sulung berumur hampir 3 tahun dan sedang mengandung.
    Mmg saya terus kan penyusuan macam biasa. Cuma masa tue anak yang sulung on off sahaja bf.
    Bila selepas bersalin, secara natural terus dia stop bf.
    AZENI AHMAD recently posted..Buku Panduan NutrisiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge