Salam, hari ni hari ke 14 berpantang, alhamdulillah badan rasa semakin sihat, cumanya luka jahitan Czer tu masih lagi terasa, seksanya bila batuk atau bersin, automatik luka jahitan sakit menyucuk sebab tertarik dek batuk dengan bersin tadi huhuuu.

image

Oh ye nak tahu, sekarang ni sesiapa yang bersalin cara opret wajib mengambil Suntikan Cairkan Darah Beku Selepas Bersalin. Dulu masa tahun 2012 bersalinkan Alang Irfan secara czer juga, tak pula kena suntik-suntik di peha ni. Mungkin sekarang ni baru start kot.

image

Kalau time tu masih duduk dalam wad, nurse sendiri yang akan injek kan, dan bila dah balik rumah kena buat sendiri…huiii ngeri ok cucuk sendiri!. Kena cucuk 7 hari berturut-turut, sehari 2 kali, pagi dan petang/malam.

Memandangkan kat hospital nurse sempat cucukkan 2 kali, jadi belen 6 hari kena buat sediri huuuu….tapi sebelum tu memang nurse ada ajar cara gunakan dan cara cucuk jarum tu.

Dah balik rumah tu, saya tak berani nak cucuk sendiri, en.suami yang jadi doktor tolong injek kan hahahaha. Tu pun en.suami siap cakap “betul ni nak cucuk??” Hahahaa en.suami pun gigil tangan ok!

Dah banyak hari tu barulah saya try cucuk sendiri sambil diperhatikan oleh en.suami, anak-anak dan juga mak hahaha. Paling kelakar anak-anak dengan mak, dorang siap tutup-tutup muka tak nak tengok tapi nak tengok hahahaha.

Huiii sakit toksah cakaplah bila ubat tu dah masuk dalam peha. Abis lebam kedua-dua peha ni. Dah tu time cucuk tu takde dibekalkan alcohol swab. Kalau tak berasa gaklah sejuk-sejuk dulu kan…hahaha (alasan).

Dah habis injek tu, jarum-jarum tak boleh buang gitu je, kena letak dalam 1 bekas dan hantar ke klinik kesihatan untuk dihapuskan.

Dengarnya nurse cakap, suntikan ni untuk cairkan darah beku. Maklumlah darah beku ni bahaya dan boleh membawa maut. Tapi memang sungguhlah dalam masa duk cucuk tu boleh nampak perubahan. Darah banyak keluar, dah habis suntikan tu darah pun tak keluar dah.

image

My new born baby, abis pantang kang baru tempek mukanya yang handsome boy tu ye hihi.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

26 thoughts on “Suntikan Cairkan Darah Beku Selepas Bersalin Secara Pembedahan”
  1. 2018 now sme hosptl dh wajibkan rasanya sbb kwn brsalin normal pun kena, sy baru bersalin 1st time inject sendiri tu agak mengelabah? ngeri..takut sme ada haha mau x takut nk cucuk diri sendiri gagah jgk la takut punye pasal dengar doctor cakap sebab ada maut sebab darah beku. Adik sy nurse kwn dia lps 5 hari czer meninggal ? darah beku naik jantung x leh pump! Innalillah.. so mak2 jangan takut2 sayangi diri kita take care sme ??

  2. Saya baru jer bersalin secara czer, nurse dgn doktor advise ambil clexane, katanya ada fatwa bolehkan ambil clexane walaupun ada unsur khinzir, tapi bila saya Saya check rupanya takdpun fatwa tu sbb ada ubat yg takde unsur khinzir, menyesal ambil clexane, yg Mana belum terkena jgn termakan kata2 nurse atau doktor, doktor Islam pulak tu..

    1. Tidak tahu apa apa mintak senyap.
      Menggunakan ubat yang menggandungi lemak babi adalah tidak mengapa, jika teramat memerlukannya. Kerana apa yang diharamkan pada babi itu adalah memakannya ;

      Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi,…

  3. sy skrg mSih di ward. bru lpas bersalin secara czer. mmg doc srankan ambil claxin.. tp sy x stuju sbb trg2 kandungan dia mngandungi ekstra khinzir wlaupun doc maklum telah disaring dan dna terakhir mngatakan dia bersih dr ekstrak tersebut.. sy ambil keputusan untuk ambil inj heparin.. wlaupun prosedur skrg perlu suntik 2 hri sekali selama 10 hri.. jika dibandingkan dgn claxin hya sehari sekali shj..

    1. Tidak tahu apa apa mintak senyap.
      Menggunakan ubat yang menggandungi lemak babi adalah tidak mengapa, jika teramat memerlukannya. Kerana apa yang diharamkan pada babi itu adalah memakannya ;

      Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi

  4. Nak tanya, missy kata kalau after that imjection suddenly darah keluar banyak kena pergi hospital, berapa banyak consider banyak? I dah hari ke-11 selepas bersalin, pagi tadi period if compared to last 10days consider lebih, so normal ke? Heparins tu dah habis inject 3 days ago.

  5. Sya baru je bersalin normal pd 6.9.15… tapi kne cucuk gak ubat cair darah tu… misi kata sebab umur 35 thn keatas dan anak lebih dari 3…

  6. Saye pun ambik injksen tu lepas czer anak yg ke3 bln 11 lalu tp 6hari bturut2 je..yg sblom ni pun czer 2010 tp xde lagi injksen ni..msa dktor nak bg injksen kali ptama saye dberi pilihan..samade nak injksen yg 2kali shari atau skali shari..tp yg skali shari tu ade unsur hinzir.dktor tu kte dah dluluskan pihak jais..saye pilih yg 2kali shari tu dan xnak yg skali shari tu..baru2 ni ipar saye czer jugak.dktor pksa die ambik injksen yg skali shari tu dgn alasan bdan die tlalu kurang berat.dos yg 2kali shari tu tlalu kuat,xde dos kecik..kalau yg skali shari tu ade dos kecik..

    1. Tidak tahu apa apa mintak senyap.
      Menggunakan ubat yang menggandungi lemak babi adalah tidak mengapa, jika teramat memerlukannya. Kerana apa yang diharamkan pada babi itu adalah memakannya ;

      Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi

  7. Ikut pengalaman sy kerja hospital, Dr akan bagi sama ada heparin atau clexane bergantung kepada case. clexane tu lagi mudah nak cucuk sebab cara cucuk tu macam tekan pen. Bagi sesiapa yang tak berani cucuk sendiri, bole pergi klinik kesihatan berdekatan minta tolong nurse kat situ cucukkan
    Nadiah Othman recently posted..Kurang Nutrisi Punca Anak SakitMy Profile

      1. Nves plak…sya plak akn dczer insya-Allah hari jumat ni…dktor da trangkn…ngeri plak nk suntik2 ni..ktanya bkn d paha tp inject kat tmpat luka czer 2..7 ari bturut2 plak 2..nk tnya sakit sgt ke ble kna suntik 2..?? Da cm sa kna suntik ambik darah ke…?? Huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge