Salam, kami ni boleh kata memang penggemar belacan kuala perlis, tak silap namanya DJ Belacan. Tekak ni kalau buat belacan guna belacan lain mesti tak berapa nak masuk tekak, macam busuk je bau belacan yang dibeli dari tempat lain tu. Tapi kalau dah siap dibuat sambal belacan contohnya di kedai makan tak pula bau hahahaha. Pelik kan???
Stock belacan kat rumah ni mesti dari Kuala Perlis, dah macam syurga belacan kot kat Kuala Perlis ni, kedai belacannya sebelah menyebelah je, ramai betul meniaga belacan kat sini, mungkin sebab duk di tepi laut kot.
Biasanya kalau balik ke Kedah, kami mesti singgah beli belacan di Kuala Perlis tu, macam saya cakap tadi, suka ke kedai DJ Belacan tu, sebab dah biasa ke kedai tu, plus belacan-belacan kuala perlis ni sedap, fresh gitu, bau pun sodaappp. Ataupun kalau mertua balik kedah, mesti singgah kuala perlis beli belacan untuk anak menantu. Biasanya kami beli memang banyak, stock berbulan-bulan, belacan pun tahan lama tak busuk, janji simpan dalam peti sejuk. Kalau stock belacan habis memang tak beli belacan kat tempat lain. Pernah beli kat nsk, dia punya bau tak boleh nak terima hahahaha.
Saya sempat melihat proses pembuatan Belacan tersebut. Masa datang ke kedai ni, dorang baru buat Belacan tu, kagum tengok semangat dorang berkerjasama menghasilkan belacan ni. Walaupun guna tenaga sepenuhnya, dorang sangat pantas dan cekap, kejap je siap. Seronok pulak tengok orang buat belacan ni.
Oklah dah alang-alang tu cerita pasal belacan ni, jom saya recap semula resepi sambal belacan sedap, ni kalau makan dengan nasi panas-panas memang tak pandang belakang hahahaha, nasi pun bertambah-tambah.
Bahan-bahan :-
* Belacan agak-agaklah ye
* Bawang Merah setengah ulas
* Cili padi ikut suka hati banyak mana
* Garam sikit
* Gula sikit
* Air asam/limau
Cara Menyediakan
Goreng bawang, belacan dan cili padi hingga naik bau dan bawang tu nampak lembik sikit. Angkat dan tumbuk, sambil tu masukkan garam dan gula tumbuk hingga lumat, tambahkan air asam dalam kuali, goreng lagi sekali sambal belacan tadi dengan sedikit minyak untuk bagi kick sikit rasanya. Dan Sedia untuk dihidang bersama nasi panas-panas phew~
Hoiii terliur nengok gambar sambal belacan hahahahaha. Stop dululah…lambat lagi nak habis pantang ni sob…sob…
Jenama Dj yer.. Minta kawan kat perlis belikan la..dah tekak melayu kannn
Nor hazmira recently posted..CARI SIDE INCOME?
Belacan Perlis memang favourite kami sekeluarga walaupun saya asal dari Pulau Pinang.
Ada yang pernah cuba beli belacan dari Tanjung Dawai, Merbok di Kedah?
Semalam baru dapat tahu dari sepupu suami…katanya belacan d sana pun sedap. Teringin nak cuba..
tak sama ke rasanya dengan belacan yang ada di gerai-gerai makan kg baru KL?
musadun recently posted..Sabah,Terengganu,Pahang Dilanda Tsunami Dalam 36 Jam
wahhh gambar begitu mengancammm. kena try niii. tq kongsi tempat yg best hehe
Nampak gambarnya tidak sedap kak…
wildanan recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
jauh macam tu sekali cari belacan 🙂
kedaibaru recently posted..Jom Aktifkan Mykad
dapat belacan seperti ini tak nak berhenti makan pun rasanya
islam di dadaku recently posted..Siapakah Orang-Orang Yang Sukses?
Kecur lidah tengok belacan… tak boleh makan banyak.. resdong..
Azlan recently posted..Asus Zenfone 2 Akan Hadir di Malaysia April Ini
saya orang negeri selatan, bab belacan ni x popular kat kawasan sini, boleh dikatakan setahun sekali nak jumpa atau makan pun x pernah, mungkin orang lain ada makan, tp keluarga saya belacan ni x jadi sebutan pun, hehhe
eBook Bisnes Online recently posted..Panduan dan Tips Lulus Cemerlang Exam MUET 2015
belacan asli yang ditumbuk sendiri memang sedap, kalau yang belacan jenis tambah pewarna tu MJ kurang gemar
Mak Jemah Jual Vitamin recently posted..Cerita Spray Rambut Prosante Suamiku
Sy pun penggemar belacan.. klu mkn dgn nasi panas pun dah berselera sangat smpai tak ingt dunia.. hehe
nur zayyani liman recently posted..3 Fungsi Vitamin C
tu dia. tengok pun rasa cam sedap.
kena balik rumah jumpa bini nih..
cepatlah cuti ohhh..
titan recently posted..Dari ZERO ke HERO Maharaja Lawak Mega 2014
Saya punya belaca peveret belacan buatan pak cik sy sendiri. Lokasi di Sg Tengar, Sabak Bernam.
Dia memang pembuat belacan.
razis recently posted..Kerjaya: 8 Pekerjaan Yang Bergaji Tinggi dan Menggembirakan
Nama pun tekak melayu kan.
Mesti tak boleh tinggal belacan punya la.
Rase hidangan makan tak sedap lak kalau takda belacan.
AZENI AHMAD recently posted..Aku Benci Subjek Kalkulus?!
sambal belacan memang susah dan sukar nak ditolak..tapi kat rumah ni tak boleh nak guna belacan sangat ada orang resdung hehe
Mak Jemah Jual Vitamin recently posted..Cara Penyimpanan Dan Pengurusan Susu Perahan (EBM)
entah kenapa gambar sambal belacan tu nmpk sedaaaap sgt. apakah?
(nie mesti sebab dah lama tak pekena sambal belacan.. :p )
Oja Samid recently posted..Masalah Hb Rendah Semasa Mengandung : Apa Nak Buat?
Sampai ke Perlis cari belacan. Siapalah tidak suka belacan kerana ia menyedapkan masakan.
akubiomed recently posted..Projek restore basikal BMX final
aduhai sedapnya sambal belacan. dulu teringat lagi masa kecik2 kt kg kami ada jiran ni memang buat belacan. bila ada bekalan yg udang kecik tu, dia buat sendiri guna bekas tumbuk yang besar tu, satu guni setiap kali sesi menumbuk tu..
Mak Jemah Jual Vitamin recently posted..Ankyloglossia Atau Tongue Tie Punca Bayi Sukar Menyusu?
makan dengan nasi letak kicap ngan telur mata kerbau…pergghhhhhh…terangkat
Alin Marlini recently posted..Langit Terbuka
Oittttt….ada yang langgar pantang jap lagi ni hahaha 😀
yanmie recently posted..Selamat Datang Orang Baru
tak pernah lagi sampai perlis…suka yang belacan yang basah sikit tu
Kisah si Dairy recently posted..Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
Belacan basah tu sedap, belacan kering yang bau busuk…bagi saya lah 😀
yanmie recently posted..Breastfeeding Journey Alang Irfan
huhu belancan memang sedap kalo buat cicah buat air asam kena plk dgn mgga muda perhhhhhhhhhh…hehehe
Arrhhhh serius terliur terus hahaha. Mujurlah masih dalam pantang kalau tak memang dah makan dah 😀
yanmie recently posted..Suntikan Cairkan Darah Beku Selepas Bersalin Secara Pembedahan
belacan memang penyedap makanan. nyum3
ada budu ada sambal belacan licin 😉
Que recently posted..Pengiraan Bonus Dividen Tabung Haji 2015 6.25% + 2%
Makan nasi tanpa sambal belacan macam tak lengkap je 😀
yanmie recently posted..Belacan Sedap Di Kuala Perlis
adoyai sambal belacan…takyah lauk lain dah, makan dengan nasi panas, telur goreng pun jadi..xleh nak berenti hehe
syahida yep recently posted..Bukan Tomyam Kung
Betul2 kalau makan sambal belacan dgn nasi panas memang susah nak berhenti. Tak sedar nasi bertambah2 hehee
yanmie recently posted..Belacan Sedap Di Kuala Perlis