Salam, sekarang ni rasa macam tak sihat sebabnya Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome), dan alhamdulillah sekarang ni tunggu masa aje nak bersalin, cepatnya masa berlalu, berdebar-debar pun ada juga ni heheee, insyaALLAH kalau takde masalah Januari 2015 dapatlah cium bau baby.
Tapi tulah macam saya katakan awal tadi, rasa sakit tangan yang tak menahan, tak selesa sungguh. ingatkan kebas biasa aje, rupanya ianya adalah Penyakit Carpal Tunnel Syndrome. Ni 1st time kena, masa anak-anak dulu takpernah pun kena macam ni.
Gagah research pasal penyakit ni, rupanya ianya adalah normal bagi wanita yang mengandung, legalah sikit bila baca macam tu. Penyakit Carpal Tunnel Syndrome ni hanya sementara untuk ibu mengandung dan ianya akan hilang sendirinya selepas bersalin, tetapi sekiranya lepas bersalin masih ada rasa sakit tersebut, ianya adalah serius, mungkin memerlukan pembedahan ataupun suntikan bagi menghilangkan/mengurangkan rasa sakit. wuwuwuuu seramnyaaa~
Bagi wanita mengandung ianya terjadi disebabkan water rentention yang mana ianya melibatkan pertambahan berat badan akibat pengumpulan air dalam badan, dan kebiasaannya bagi wanita mengandung mengalami sakit/kebas dikedua-dua belah tangan, nasib jugalah saya hanya sakit disebelah tangan aje, kalau dua-dua tak tau nak kata macam mana, yang satu ni pun dah rasa sakit dan tak selesa inikan pula kalau kedua belah tangan huhuhu.
Erm macam mana nak cakap ye pasal rasa sakit ni, sebenarnya ianya bukanlah kebas macam biasa tu yang kebas rasa menebal dan tidak merasa apa-apa langsung walaupun tangan tu digigit hahaha, bukan….bukan macam tu…tak rasa kebas gitu pun, ni rasanya macam menyucuk-nyucuk, semakin ditekan atau buat regangan akan terasa sakit menyucuk tu, macam terasa panas pun ye menarik dan menyucuk-nyucuk…erm…tak tau nak cerita macam mana, tapi dalam bahasa inggerisnya lebih tepat dengan nama “Tingling Sensation”
sekarang ni duk rajin buat gini jelah nak bagi kurangkan rasa sakit, pastu urut-urut sikit huuuu~
Pesakit Carpal Tunnel Syndrome ni juga tak boleh buat pergerakan yang sama berulang-ulang, tak boleh angkat benda yang bergetar, ataupun pendek kata tak boleh ada tekanan pada tangan tersebut. sekarang ni waktu tidur malam saya tak lena, bukan sebab tak selesa dengan perut besar, tapi tak selesa dengan keadaan tangan ni, silap sikit je tangan mula rasa kebas menyucuk tu, terpaksalah gerak-gerakkan dan kipas-kipaskan tangan sambil meluruskan tapak tangan dengan jari jemari, gitu je caranya nak bagi kurangkan rasa sakit. kesiankannn??? harapnya taklah serius sangat dan cepat-cepatlah hilang lepas bersalin nanti.
Kalau kena opret gini gayanya…eeuuuwww serammmm~
– 22hb ni nak jumpa pakar, harapnya tak terlupalah nak tanyakan pasal penyakit ni
Belajar CTS ni waktu dok kerja jadi safety officer dulu. Jumpa sorang mommy preggy dengan CTS ni.. sian dia susah nak buat kerja
Nor Hazmira recently posted..Anak Tertelan Ubat – Overdose!
Sya pon rasa sakit 2 belah lagi klu nk buat kje nk kua air mata huhuhu lagi2 klu pegang pisau atau pen tuhan jer tau rasa nya
slm puan…sy skrg 30 weeks…dlm seminggu nie kena skit cm nie…dh p brurut bidan..tetapi smkin truk…ltak minyak panas pun truk lgi…jmpa dr bgi ubat than skt dn ubt sapu shja..siap jmpa perubatan islam…tapi skrg sy sgt lega bila ada d klgan ibu yg mgalami nsib yg sama.. skit yg tramat sgt…wktu mlm sblh pgi smkin brdenyut…skrg sy lega dn cuba brtahan bla fikirkn pembawaan…nie my 3rd baby…n its girls..b4 this 2 heros…trima ksih.
macam mak jemah pun ada juga sakit tangan mcm ni. rasa macam kesan asyik dok pegang hp pun ye. tp dia ada masanya jugak, kadang bila tiba rasa tu jd tak boleh nk gagahkan tangan
Mak Jemah Jual Vitamin recently posted..Teknik Saiko Anak Berhenti Makan Gula-Gula Serta Merta
lepas baca entry nie baru perasan tangan kiri saya kerap ada denyut2 sakit yang susah nak explain rasanya camne. risau juga kalau ada carpal tunnel syndrome nie sebab memang selalu ngadap laptop kan..huhu
Oja Samid recently posted..Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil
memang kadang-kadang leh sakit tahan tu..
encik plow recently posted..Jobdirumah Tak Tipu. Jobdirumah memang BEST.
Semoga segera setelah melahirkan segera sembuh kak.
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
seramnya gambar lastu kan , kak? mudah2an lepas bersalin terus hilang sakitnya..seksa juga nak buat apa2 kalau ada prob nie kan.
Oja Samid recently posted..Makeup Remover Shaklee Hilangkan Blackhead dengan Mudah
Betapa kerapnya menggunakan mouse sampai kebas macam tue yea sis.
Lepas nie kena rileks la takyah pakai mouse.
Saya mengandung dulu anak pertama ada jadi mcm nie jugak.
Kebas-kebas lenguh mcm tue.
Memang kena ambik bcompeks, kalsium dan minyak ikan.
So far selepas bersalin dah ok dah.
AZENI AHMAD recently posted..Petua Untuk Sembuhkan Batuk dan Selesema Kanak- Kanak Secara Alami
Sejam mengandung ni boleh kira berapa kali je on laptop dan pegang mouse, blog pernah langsung tak update sebulan, so memang kurang menggunakan mouse sepanjang hampir 9 bulan ni.
maybe pembawaan budak plus berat badan semakin naik, jadi doktor cakap ianya disebabkan oleh water retention.
yanmie recently posted..Seronoknya Shopping Di Padang Besar, Perlis
Saya pernah kena Carpal Tunnel ni. Nasib dapat kesan awal, paling teruk kena operate pergelangan tangan. Saya disebabkan oleh selalu guna laptop. Doktor suh makan vitamin B kompleks dan bagi ubat saraf. Alhamdulillah sekarang dah sembuh.
Fatihah Salleh recently posted..Apakah Face mask yang sesuai mengikut jenis kulit muka?
semoga akak dapat melahirkan baby comel dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan.
ApaRasa recently posted..Limau Kasturi Serbuk Asamboi.
harap2 ini pembawaan sahaja, lepas bersalin nanti hilanglah hendaknya.
apa-apa pun tanya doktor biar mereka bagi diagnosis awal sebab dan punca.
EjamOthman recently posted..Masalah Bunyi Pada Perodua Axia.
singgah sini 🙂
http://www.blogparihh.com/
parihh recently posted..Rumpai Miang Mexico Tumbuh Di Pahang
hihii..geng…kite jumpe lagi..tapi alam maya..wahhh jeles dgn ko! jeles sangat! tahu-tahu nak delivered dah…hope semuanya berjalan dgn lancar k, Aku jer masih sepasang…hahahahh…
Allah, scary nya..scary…
*scary sebab tengok gambar yang last tu.
Qider recently posted..Sosej Ayam Mudah, Rangup dan Sedap
Greate pieces. Keep posting such kind of information on your page.
Im really impressed by your blog.
Hi there, You’ve done an excellent job. I will certainly
digg it and for my part suggest to my friends. I am confident
they will be benefited from this web site.
Jannie recently posted..Jannie
Nampak gaya tidak boleh kerap selalu mengunakan mouse.
akubiomed recently posted..Promosi MURAH email autoresponder Emelmatik
Lama juga saya xon laptop. Baru2 ni aje…tu pun buka kejap. Lepas update blog je tutup laptop. Tp mmg yelah xblh sgt online. Tgn xblh buat kerja yg sama berulang2.
yanmie recently posted..Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome)
u take care ya, if perlu cadangan suplemen just contact me.
Raihanah Ahmad recently posted..Promosi Collagen Powder memang berbaloi
Okies noted. Tq ya 🙂
yanmie recently posted..Sakit Tangan Semasa Mengandung (Carpal Tunnel Syndrome)