Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL

Salam, baru-baru ni kami turun KL, cari Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL, mengidam nak makan tu, teringat-ingat kesedapannya, terus WhatsApp En.Suami yang time tu tengah keje, bagitau dia nak makan Kuey Teow Kerang yang sebelah dengan Ikan Bakar Pak Lang di Kampung Baru KL tu, meleleh-leleh air liur hahahaa..cakap kat En.Suami kalau boleh sebelum beranak nak makan Kuey Teow Kerang tu, siap WhatsApp gambar Kuey Teow Kerang tu kat dia, gambar tahun 2011 hahahaa.

char kuay teow

Gambar yang saya WhatsApp kat En.Suami hihihi, gambar tahun 2011, nasib masih ada kedai yang sama, legaaaa sesampai disini.

Last makan masa tahun 2011, saya ada entrykan dulu diblog ni, boleh baca SINI, alhamdulillah tertunai hasrat dihati bila En.Suami mengajak cari Kuey Teow Kerang tu malam tu juga. yelah kan….sebab cakap sebelum beranak nak makan, kang tetiba terberanak dulu sebelum makan kang kempunan pulak. Kesian juga kat En.Suami terpaksa drive malam-malam ke KL nuuu…kalau ikutkan kat Klang ni berlambak-lambak je kedai makan jual Kuey Teow Kerang tu, tapi apa nak buat tekak dan baby dalam perut ni nak juga yang kat Kampung Baru KL tu heheeee.

Kuey Teow Kerang Sedap Di Kampung Baru KL

Disebabkan malam tu Hero-hero semua dah makan malam, jadinya saya beli bungkus aje, beli 3 bungkus, 1 tu saya makan sesampai dirumah hahahaha, punyalah teringin, lagi 2 tu panaskan buat breakfast anak-anak, tak sampai hati nak makan sendiri-sendiri, kalau boleh apa yang masuk ke perut ni nak masuk juga keperut hero-hero ni.

cili jeruk

Cili jeruk ni sedappp, saya sampai google cara buat cili jeruk hahaha, padahal senang jee pun..

Apa yang istimewanya kuey Teow Kerang yang ni, dah tentulah ada kerang..tapi dia punya kerang tu memang meriah sungguh, banyak gila!!, pastu siap ada daging lagi, daging tu lembut empuk, kuey teow basah-basah gitu, memang tak jemu makan, pula tu gigit cili jeruk tu…perghhhh sodappp…cili jeruk anak-anak pun saya ambik makan hahhaa, yelah dorang tak makan pedas-pedas ni.

klcc waktu malam

Mujurlah tunggu order tak lama, dah setel beli kami terus balik Klang, lalu lah depan KLCC tu sebelum balik.

– Alhamdulillah tertunailah hajat dihati ^_^

Written by

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 comments / Add your comment below

Leave a Reply

CommentLuv badge