Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014

Salam, lebih kurang tinggal seminggu je lagi cuti sekolah kan? mesti mak pak dah plan cuti-cuti sekolah untuk anak-anak kan?, kami belum ada apa-apa perancangan, perut makin sarat ni, nak kemana-mana pun macam tak berapa nak larat sangat, cumanya dah daftarkan anak-anak dalam Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014.

program bersunat 2014

InsyaALLAH 22.11.2014 ini nanti anak-anak akan berkhatan di Surau Bandar Puteri Klang, harapnya program tersebut berjalan dengan lancar, amin….

Sebelum ni ada juga mencari klinik untuk berkhatan/bersunat untuk anak-anak, tapinya ada pun jauh dari rumah, macam masalah pula nak bawa anak balik dari berkhatan tu, takut kesakitan masa dalam perjalanan balik tu, dah ada program ni elok sangatlah, surau pun kat area rumah ni je. Alhamdulillah.

Untuk Program berkhatan ini, Doktor yang akan mengendalikannya iaitu Doktor Salleh Dari Poliklinik MyMedik, yang mana sebelum ni beliau pernah mengkhatankan kanak-kanak lebih dari 100 orang, jadi saya amat yakin dengan kendalian program tersebut dibawah tanggungjawab beliau. Tahun lepas Team Johara ERA juga turut bersama Dr Salleh bagi menjayakan program berkhatan ni.

Dan kaedah yang digunakan dalam Berkhatan/Bersunat ini menggunakan kaedah Laser, bukannya gunting, kalau gunting macam takut kot anak-anak ni HAHAHAHA, ada juga tunjuk video kanak-kanak berkhatan di youtube, meraung-raung diorang cakap tak nak kena potong heheee.

Tapi kali ni nak tak nak kena sunatkan jugalah dorang tu, dah besar dah kot memang patut sunatkan je hahahaha. Dan alhamdulillah kali ni bila tanya nak sunat ke tak, diorang cakap nak…lega lah tak payah dah nak paksa-paksa lagi. setel 1 problem.

Nak bersunat di klinik MyMedik pun boleh cuma RM120 sahaja, untuk keterangan lanjut telefon ke 03-80651839 atau 03-80515451 untuk tempahan slot.

Saya pula yang berdebar-debar anak nak sunat ni hahaha, tunggu dan lihat ragam diorang

– Opss~ Irfan belum lagi hihihi

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at [email protected] , thank you :)

View all posts by yanmie

2 Comments on “Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah 2014”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge