Salam, sabtu lepas kami ke Penang lagi, kali ke 2 sampai Penang, kali ni tak lepaskan peluang untuk merasa sendiri makanan top famous kat Sungai Dua Penang tu, apa lagi kalau bukan Mee Udang Sungai Dua, bak kata orang kalau dah sampai Sungai Dua ni tak lengkap rasanya kalau tak pekena Mee Udangnya.

mee udang sungai dua penang

Restoran Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Penang

Oh tapi tudiaaaa belambak-lambak Restoran yang jual Mee Udang ni, sampai tak tahu nak makan kat Restoran yang mana satu, mujur juga Owner Homestay yang kami duduk tu ada bagi cadangan Restoran Mee Udang yang Popular di sana sedap katanya, cuma sedia duit jelah nak bayar sebab udang tu besar-besar, kena timbang dulu ngeh…ngeh..ngeh…

Semasa dalam perjalanan kami dari Klang Ke Penang, saya cakap dengan En.Suami nak makan Mee Udang Sungai Dua, teringin. Malam tu En.Suami bawa gi makan Mee Udang yang Popular di Sungai Dua tu, hihihi bahagiaaanyaaaaa rasa anak tekak ni, dapat apa yang dihajati. Alhamdulillah.

Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua

Malam tu kami dinner dengan family abang ipar sekali, meriahnya makan ramai-ramai, kami dewasa 4 orang je, tapi anak-anak ada 7, anak-anak tulah yang buat meriah hihihi.

Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua

Kami order Mee Udang, Tomyam, Sayur, Telur dadar, ikutkan En.Suami nak order ikan, tapi time ni ikan semua dah habis, jadinya order jelah apa yang ada, janji dapat merasa Mee Udang tu…itu yang penting heheee

Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua

Close up sikit, Udang tu timbang dulu, kami ambil 11 ekor kena RM70 macam tu, udang je tau!, so kiralah 1 ekor tu berapa RM ye hahaha, tapi puas hatilah sebab udangnya besar-besar, fresh lagi tu!, memang puas hati.

Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua

Kami order Air Milo Suam 1 Jug, Air Suam 1 Jug dan Air kelapa ni RM5 untuk saya heheehee

Puas hati makan semuanya berselera, abis licin semua, kuah Mee udang tu pun licin, sampai tonggeng mangkuk nak ambik kuah hahahaa. oh ye Tomyam pun sodaaappp.

Total untuk makan malam kami di Restoran Mee Udang Medan Selera Sri Tambang Sungai Dua Penang ni, RM160. Oklah kot harganya, biasa kami 1 famili makan pun bayar dalam rm70-80 gitu, ni 2 family kira ngam lah kan..

Bulan 2 tahun depan nak turun Penang lagi, nak try Char Kuey Teow Sungai Dua pula, itupun kalau dah lepas pantang…erm…hahaha, harapnya laaaa

– Alhamdulillah tertunai sudah hajat dihati kikiki

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Mee Udang Sungai Dua Penang”
  1. Salam Kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: http://www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

  2. pergh memang masyuk kot..pernah skli pergi makan kt tempat nie.mula2 tengok harga RMa pastu bkn main layan lagi tp bila bayar jadi RMb..rupaya salah oder size mee udang..terkona den..haha..pape mmg terbaik..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge