Salam, wah-wahhhhh kemain viral sana sini tentang Jeruk Mangga Asam Boi ni kan??, meh saya share Resepi Jeruk Mangga Asam Boi, takdelah susah mana nak buatnya, senang je…tutup mata pun boleh, ecehhhh hihihi.
Sebenarnya Jeruk Mangga Asam Boi ni dah lama tau, sejak tahun 2012 lagi, tak sangka baru viral sekarang ni, makan tahun juga nak viral ye hahahaha. Buka Facebook sana sini orang post gambar Jeruk Mangga Asam Boi ni. mengundang sungguh nak suruh orang buat hehehee
Jeruk Buah Mangga Asam Boi 2012
Sampaikan saya sendiri yang pernah merasa Jeruk Mangga Asam Boi ni pun boleh lupa yang saya pernah makan dan entrykan diblog ini pada tahun 2012 dulu.Punyalah dah lama huuuu~
Ni semalam kebetulan beli barang dapur, beli sekalilah Buah Mangga ni, dah teringin kan, padahal bukannya minat sangatpun makan asam-asam ni, ni sebab tak tahan nengok Jeruk Buah Mangga Asam Boi memenuhi Timeline Facebook HAHAHA.
Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi
- Mangga Muda (Suka hati banyak mana korang nak buat), saya buat 2 biji besar
- 1 bekas Asam Boi (RM3)
- Cili Padi potong kecil (Ikutlah nak pedas buh banyak sikit, saya letak sikit je)
- Gula Dan Garam (Gula tu lebihkan, garam sedikit je)
Cara-cara buat Jeruk Mangga Asam Boi
- Basuh dan Potong Mangga muda tadi mengikut citarasa anda
- Potong juga cili padi, nak lebih pedas letak banyak sikit, saya letak sikit je sebab makan dengan en.suami, dia tak suka sangat pedas-pedas ni.
- Satu kan semua bahan dan letakkan dalam 1 bekas, tutup rapat dan sejukkan didalam peti sejuk selama 4-5 jam, lagi lama lagi sedap.
Senang je kan buatnya??? sambil-sambil menaip ni sambil makan, sodaaapppp…tinggal sikit je tu, ada lagi 2 biji mangga tu, tapi asam boi pula dah habis hahahhaa, buat cicah dengan kicap jelah kikiki, sedap juga.
Ok selamat mencuba ^_^
bab masam2 nih yang tak boleh
If you are interested in topic: best way to earn money online in pakistan in english – you should read about Bucksflooder first
Sandra recently posted..Sandra
Kalau nak beli jeruk buah secara online, & atas talian laman sesawang, buat pertama kami di Malaysia, perniagaan jeruk buah di pasaran online …tempah sekarang!
INGAT JB INGAT JERUK BUAH, http://www.jerukbuah.com
Malaysia Fruits pickles delivery
Want to copy articles from other pages rewrite them in seconds and post on your site, or
use for contextual backlinks? You can save a lot of writing work, just
type in gogle:
Daradess’s Rewriter
Isabelle recently posted..Isabelle
Mak aih.. Kecur air liur tengok resepi jeruk asam boi ni.
Ish3.. Kus semangat
Mazni Azmi recently posted..Kain Tudung Yang Sesuai Untuk Cuaca Panas
menggiurkan…saya kena tnggu habis pantang ni bru leh makan
mama solehah recently posted..Testimoni set gemuk shaklee
Sedapnya kak, terliur saya melihat asam jeruk yang kak buat
Linda recently posted..What to Look for in Anti Aging Creams
Amboi sedapnyaaa. membuat lidah terjulur-julur
setya recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari
Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur
Jeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.
Ada 2 saiz bekas :
Saiz kecil – RM 5.00
Saiz Besar – RM 10.00
Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
Beli banyak ada diskaun lagi.
? boleh request tahap kepedasan?
– Extra pedas
– Sederhana pedas
– Kurang pedas
Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.
Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.
kau ni dah kenapa who i am… kalau dh x suka xpyh la tgk.ko ni spoilll lahh.. xperlu kut cakap nonsence like that… annoyingg giler kut.. dah ko tu pandai sgt bak sini resepi ko.aku nk try sikit.nk tgkk sedak ke x mcm ko punya nonsence tu.k sekian
dah xder benda lain ke nk buat???? aq tiap2 petang makan atas “jemorey” kat halaman rumah!!!! huhhhhh nonsesnseeeZZZ
masih belum terbuka hati untuk mencuba…. hehehe
syamila recently posted..@Resepi : Kek Karamel Pelangi Sedap
terima kasih ye kongsi resepi. dok tgk org share kt fb, tp nk buat tak reti (tak penah makan pun sbnrnya. hihi). nampaknya senang juga nk membuatnya. rajin tak rajin je lah, kan? 😀
Oja Samid recently posted..Destinasi Percutian Idaman Saya
Sedapnya tengok … ble cuba .. tk sangka jd trending pulak #manggaasamboi ni ye
razif recently posted..Alternator Avanza Kawan Rosak
tak susah buat benda nih.
dah biasa buat.
tapi kalau nak sedap..asam boi tu memang kena pilih yang sesuai. baru terasa sedap asammnya..
cili plak..cari yang paling pedas punya. hoho..
ohcikgu recently posted..Exam Online PTD 2014
x pernah makan lagi, tp dapat agak rasanya macam mana
myrujukan recently posted..Beza Teknik Tarik Trafik Antara PPC dan SEO
Beruntung hari ini sebab kawan ada bawa ke pejabat untuk dirasa.
akubiomed recently posted..Contoh soalan peperiksaan PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
fuhhh mengancam jeruk asam boi ni… glamer sungguh skrg kat facebook ye..
Fatihah recently posted..Kepentingan Serat dalam diet
yep jeruk ni dah lama, cuma baru2 ni je viral di fb. timeline penuh dgn jeruk ni..tak menahan sungguh 😀
yanmie recently posted..Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi
rasa juga mengidam jeruk ni. nak cari buah mangga muda tu susah ckit.. terima kasih resepi 🙂
Fatihah recently posted..Vitamin Shaklee untuk Kulit