Salam, alhamdulillah kali ni saya langsung Tiada Alahan Semasa Mengandung, pening muntah mabuk loya semua tu takde, alhamdulillah sihat aktif macam biasa, pernah sekali duk manjat sana sini pasang langsir, kemas punggah sana sini perabot, dah siap buat kerja baru teringat berbadan dua, alahai nasib baiklah tak jadi apa. yelah bila takde simpton mengandung macam ni, jadi lupa diri sekejap.

family yanmie

Kenangan gambar raya berlima, insyaALLAH tahun depan ada ahli baru pulak ^_^

Opsss!!! cumanya tak tahu kenapa tetiba tak gemar nak makan udang dan sotong, pelik sungguh haishh hehee, sebab sebelum ni memang tiap minggu nak shopping sotong dengan udang, udang sekilo rm44 pun sanggup beli, kali ni pandang udang pun tak mahu hahahha, kalau sotong tu belilah juga sebab Aiman suka makan, abang seafood ni kurang sikit, tapi makanlah juga kalau dah ada hidang atas meja. Itu jelah kot yang tak berapa nak lalu makan, tapi takdelah sampai nak termuntah tengok udang dengan sotong tu hihihi.

Kali ni beza sungguh berbeza, mengandung pun detect masa dah 7 minggu, scan 8-9 minggu tak nampak apa, tapi nampak rahim kembang, time ni macam-macam perasaan ada, nak nangis pun ada juga, tapi saya yakin saya mengandung sebabnya test UPT Positif cuma lambat detect aje.

Scan 3x untuk confirmkan dan akhirnya si Baby menampakkan kantungnya, kecik je lagi, nak nangis rasa time ni. sebak pun ada. 12 minggu macam tu saya ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik (Klinik Ibu Dan Anak), Alhamdulillah suami dan anak-anak temankan saya, bahagia rasanya ^_^

Cumanya bila takde alahan ni saya jadi risau pulak, normal ke? saya berdoa selalu agar ALLAH menjaga anak dalam kandungan saya, mungkin bagi orang lain normal, saya cuma risau melampau aje, maklumlah anak-anak yang lain dulu ada lah juga pening2 muntah loya mabuk, paling teruk time Alang Irfan, saya sampai demam-demam, bau nasi yang baru masak tu langsunglah tak boleh nak bau tau hahaha macam-macam kan..

yang ni alhamdulillah baik sangat, mungkin ALLAH ingin mempermudahkan saya kali ini, maklumlah anak 2 orang bersekolah pagi petang, Alang Irfan lagi kan..apa pun syukur sangat ALLAH berikan kekuatan dan kesihatan untuk saya dan juga baby dalam kandungan ini, tak sabar nak tunggu saat-saat melahirkannya nanti, doakan kami ye.

Oh ye nak tahu, selain takde mabuk loya pening semua tu, saya juga takde rasa mengidam nak makan macam-macam, cuma teringin nak makan benda-benda biasa je, yang saya sendiri boleh cari hahahahahaa, apa susah drive je pi cari benda yang teringin sangat tu kan, selagi boleh cari sendiri taknak susahkan en.suami, kesian dia pun penat berkerja juga, taknaklah tambah karenah yang kita sendiri boleh handle.

Doakan Saya selamat melahirkan ye, dan baby sihat dan selamat, tak lama dah lagi, lebih kurang 150 hari je lagi.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

50 thoughts on “Tiada Alahan Semasa Mengandung”
  1. Preggy ank ke4 ni risau sbb xde alahan.. mcm xrsa preggy pn.. rasa upt tu rosak adalah… huhu.. anyway, thanks sis utk entry ni.. lega sikit?

  2. Alhamdulillah..
    Ni anak pertama saya..dah 10minggu lebih usia kandungan tapi masih takde loya2 muntah..sampaikan org kiri kanan kazen mazen kawan2 pon heran sebab dorang tak pernah jumpa mcm ni.. cuma saya x bleh berada kat tempat org ramai yg lalu lalang mcm kat pasar sebab tetiba akan rasa pusing..part mengidam plak Alhamdulillah jgak sebab sskadar mengidam yg biasa2 yg sng didapati..mcm biskut kering n milo..hahaha..stakat ni telur yg sy sgt minati sebelum ni adalah mknan yg pling sy xnak makan sekarang..tpi bukanlah xdpt makan..hihi..
    Rupanya ada jugak org lain xalah mengandung..thanks utk entry awak..

  3. Great weblog right here! Also your web site a lot up fast!
    What host are you the usage of? Can I get your affiliate link for your host?
    I wish my website loaded up as fast as yours lol
    Weldon recently posted..WeldonMy Profile

  4. Hi there! This blog post couldn’t be written any better!
    Reading through this article reminds me of my previous roommate!
    He constantly kept talking about this. I most certainly will forward
    this post to him. Pretty sure he’ll have a very good read.
    I appreciate you for sharing!
    social media marketer recently posted..social media marketerMy Profile

  5. We’re a grkup off volunteers and opening a new scheme in our community.
    Your site provided us with valuable information to work on. You’ve done an impressive joob and our whole community will bbe thankful to
    you.
    Phillipp recently posted..PhillippMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge