Salam, baru-baru ini saya ada bawa anak ke Dr Choong Eye Specialist Bukit Tinggi Klang untuk membuat pemeriksaan mata, saya dan suami memang dah tahu yang si Abang ni ada masalah rabun, ingatkan takdelah teruk sangat. Bersalah jugalah rasa sebab sambil lewa je, maafkan mak pak nakkk!! huhuhu.

kedai spek mata di klang

Dah tau yang si Abang ni kena pakai spek mata, so pergilah buat kaca mata dengan dia, suami kerja so macam biasalah saya akan ambil alih, namapun SUPERMAK kan heheheee. (Tolong suami, besar pahala)

mata rabun dan silau

Ini adalah bacaan Rabun dan Silau mata si Abang, tudiaaa silau sampai 300, sangat tinggi pada kalangan kanak-kanak, Doktor pun terkejut. So memang takleh nak ngelak lah, Doktor cakap memang kena pakai juga spek mata tu sebab mata pun rabun.

Nak buat spek mata pun banyak kedai kami pergi, mula tu kebetulan balik kampung, pergilah cari kedai spek mata disana, memang berlambak tapinya takde pun 1 kedai yang ada power macam si Abang tu, terpaksa tempah dan tunggu sehingga seminggu, lama pulak…

Balik Klang semula, cari lagi..banyak kedai spek kat sini, belambak-lambak, pilih je. Tapi macam tadi jugalah masalahnya, power tinggi so memang kena tempah khas, nak pulak time tu catuan air, optometris kata tak janji boleh siap cepat sebab air kena catu (apa kena mengena dengan air kena catu ye? heheheee).

budak sekolah agama

Sebelum bawa si Abang ke Specialist Mata :-

  • Si Abang selalu mengadu “Abang tak nampaklah, tak boleh baca”
  • Pening dan sakit kepala
  • Kerap membawa balik buku kawan, tiru apa yang kawan tulis sebab tak nampak apa yang cikgu tulis di papan hitam

Penyebab Rabun & Silau pada si Abang :-

  • Mungkin sebelum ni banyak menghadap iPad time cuti sekolah -..-“
  • Suka tengok TV dekat-dekat (TERLALU DEKAT)

Saya percaya dengan zaman teknologi serba canggih ni, ramai anak-anak kita yang terdedah dengan Rabun Silau ni, jadi kalau rasa anak-anak ada simpton-simpton yang melibatkan penglihatan, sebaiknya bawa berjumpa specialist, dapatkan konsultasi dan juga rawatan, kesian kalau kecik-kecik dah pakai spek mata ni huhuhuuu.

– Aktiviti sekolah pun jadi terbatas sob..sob…

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

28 thoughts on “Mata Anak Rabun Dan Silau”
  1. YaAllah ank saya baru nak masuk prasekokah ni…mata da rabun.kanan 600 kiri 300.silau pon tinggi…akibat suka main game kat tab…dan sy terperasan pon sbb bila tgok tv dua terkebil2 je…cepat2 g cek…kesian kecik2 da kena pakai spac

  2. Kesian dekat Abang.. Kecil-kecil dah terpaksa pakai cermin mata… Risau juga saya tengok anak saya.. Asyik mengadap television, komputer dan main game… Adakalanya bila dah tersedar dengan risiko keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa pemantauan, saya akan menegur anak saya… Tapi sekejap tegur dan sekejap tak tegur…. Harap lepas ni saya boleh jadi lebih tegas lagi untuk kebaikan anak-anak…
    Anuar recently posted..1.33% daripada 30 juta Mykad rakyat Malaysia telah diaktifkanMy Profile

  3. Rasanya pernah nampak Kak Yan post gambar anak tengok TV dengan jarak yang sangat dekat…
    Memang terlalu dekat…
    Iktibar untuk diri saya…
    Terima kasih share…

    1. Anak memang suka tengok TV dekat2, walaupun TV yang kecik dulunya dah ditukar ke yang besar, masih juga nak tengok TV dekat-dekat, sampailah sekarang ni.

      Hari2 diorang kena bebel sebab tengok TV dekat2 -..-”
      yanmie recently posted..Mata Anak Rabun Dan SilauMy Profile

  4. betul. Sya dulu nak rabun pun macam tu lah, silau tak nampak apa cikgu tulis. dah lah duduk belakang.

    kalau anak mengadu tak nampak, memang kena cepat2 bawa pergi check. kalau tak, bila power dah tinggi baru nak pakai spek, memang tak boleh baik rabun tu. semakin bertambah power nanti seiring dengan peningkatan usia.

    kalau baru rabun sikit, dah pakai spek cepat2, insyaAllah, boleh hilang rabun.
    Baju Kurung recently posted..BAJU KURUNG PAHANG KOLEKSI RAYA 2014 MURAH DAN CANTIKMy Profile

    1. Aiman macam kakyan, rabun silau, silau memang tinggi, kakyan sendiri tak confident nak drive malam2.

      masalahnya dah terlambat…kenalah juga bergantung dengan spek mata ni, kesian dia coz masih budak lagi
      yanmie recently posted..Mata Anak Rabun Dan SilauMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge