Mee Basah Sabah Sedap

Salam, akhirnya setelah mengidam 2-3 tahun lepas (lama gila mengidam hahaha), dapat juga merasa Mee Basah Sabah. Bukan tak pandai buat, boleh je masak Mee Basah Sabah ni, cuma tekak nak yang original punya, yang made in Sabah gitu hehee.

Kedai mee basah di sandakan

So baru-baru-baru ini kami balik kampung, dapatlah merasa, Ya Rabbi sedappppnyaaa hihihi, sekali pandang orang ingat mee hailam gitu, tapi sebenarnya bukan, rasa tu lain sangat.

mee basah sabah

Mak kata ada kedai Mee Basah yang paling sedap kat Bandar Sandakan tu, apa lagi besoknya kami anak beranak terjah sana terus, sambil tu tapau untuk orang rumah sekali. Bukan tak boleh nak pergi semua, masing-masing sibuk dan penat time ni (sehari lepas adik kahwin).

Kedai Mee Basah yang kami pergi ni terletak berhadapan dengan laut, sederet dengan pejalan kaki menghala ke Harbour Mall, tak silap nama Restoran ni, HCG Cafe ke apa tah, adeii lupa sungguhlah nama kedai ni, tapi staffnya pakai uniform baju warna merah heheee.

Kedai mee basah di sandakan

Budak kecik ni makan Pau Kacang je muehehe kesian -..-“

Ok dah alang-alang tu, saya sharekan lagi semula Resepi Mee Basah Sabah yang pernah saya entrykan tidak lama dulu, boleh terjah entry saya yang ni Resepi Mee Basah Sabah

Bahan-bahannya :-

  • Mee Kuning (Kalau di Sabah ada Mee khas untuk Mee Basah ni)
  • Isi Ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Bawang Putih
  • Lada Putih
  • Sos Tiram
  • Fishball, fishcake
  • Tepung Jagung sedikit untuk pemekat kuah, (bancuh dahulu)
  • Sayur Sawi
  • Air
  • Bahan perasa

Cara Memasak:-

  • Goreng dahulu Mee Kuning tanpa minyak di atas kuali, biar ada hangit-hangit sedikit ataupun kekuningan, dah siap ketepikan.
  • Dalam kuali/periuk tumis bawang putih, kulit kayu manis.
  • Masukkan air (terpulang nak kuah banyak mana), biarkan menggelegak.
  • Dah menggelegak kuah tadi, masukkan sos tiram, ayam, udang, sotong, fishball, fishcake
  • Masukkan sayur sawi, bahan perasa, tepung jagung untuk memekatkan kuah, masukkan bahan perasadan lada putih.
  • Siap untuk dihidang, cedok mee dalam pinggan dan tuang kuah yang dimasak tadi.

Ingat jangan masak terlalu lama sebab takut nanti ayam, udang, sotong, fishball, fishcake dan sayur tu nanti terlebih masak.

Kalau ke Sandakan jangan lupa mencuba Mee Basah ni, Sodaapppp!!

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

13 Replies to “Mee Basah Sabah Sedap

  1. x pernah rasa mee basah sabah..tapi bila tgk pic…rupe macam msk ” ketiauw kungfu” beza mee dengan ketiauw je…tapi kena rasa nie…nyum nyum

    1. Oh kalau kat KK akak tak tau kat mana, tapi mee basah ni memang popular di Sabah. KK akak pernah jejak 2-3 kali je kot, tu pun masa kecik2 dulu hehee.

      Tapi kalau di Sandakan banyak kedai yang jual, tapi nak dapat yang sedap tu susah, salah satu kedai yang jual mee basah sedah yang akak rekomen dalam entry ni.
      yanmie recently posted..Mee Basah Sabah SedapMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge