Aku Dan Kereta Pink

Assalammualaikum, Baru-baru ini saya ke pejabat pos untuk urusan renew Roadtax dengan Insuran Kenderaan En.Suami, punyalah leceh buat urusan ni, banyak masa terbuang. hari pertama pergi tu kemain tunggu lama lagi, sejam menunggu last-last staff pejabat pos cakap “Maaf, sistem JPJ down”, tak ke menyirap darah dengar hahahahaa, nak marah pun tak boleh, geram jelah makan hati huhuuu. Hari ke 2 saya pergi barulah dapat selesaikan urusan tersebut.

richplan4u

Dah setel semua tu, balik rumah buka FB, nampak SalamMedia.my ada share tentang Richplan4u.com ni, kalaulah dapat tahu awal sedikit, senang urusan renew Cukai Jalan (roadtax) dengan insuran huhuhuuu…takpe-takpe lepas ni confirm guna aje perkhidmatan Richplan4u.com ni, tak kuasa makcik nak berurusan kesana kemari, banyak masa terbuang, mana nak terkejar-kejar ambik anak balik sekolah lagi heheee.

jadinya sesiapa yang nak renew roadtax, beli insuran ataupun konsultasi berkenaan ini, saya cadangkan guna aje perkhidmatan yang disediakan oleh mereka, punyalah senang goyang kaki aje, semua2 tu mereka uruskan. tak perlu lagi nak kesana kemari. Dah tu siap ada Promosi lagi, 15% potongan harga keatas NCD sedia ada, tempahan bermula sekarang hinggalah 31 Mac ini. Rugi rasanya dapat tahu tentang ni sehari selepas renew  cukai jalan dan beli insuran sob…sob…

kereta

Kekasih “Purple Love Pink” hehehe (Abaikan budak kecik 2 orang tu)

Oh ye, untuk makluman ada contest dari Richplan4u.com, terima kasih SalamMedia bagi peluang untuk kami join contest menarik dari Richplan4u ini, mana tau boleh menang iPad Mini kan…kan…cuba dulu hihihi, Ok saya join yeee…

contest salammedia

Jom baca kisah menarik saya “Aku Dan Kereta Pink”

Bulan lepas saya dapat hadiah dari Encik Suami, dapat sebijik kereta pink, alaaa kereta second hand aje, itupun dah seronok sangat sebab Encik Suami bagi kejutan hihihi, yang bestnya kereta atas nama sendiri, Encik Suami beli Cash!, siap hand carry duit beribu..ribu…ribu…(banyaknya ribu hahahahaa).

Saya mengaku yang saya tidak cekap memandu kereta Transmisi Manual, mungkin sebab itu jugalah En.Suami membelikan saya kereta Transmisi Auto hihihi, jadi bila dia tinggalkan saya dengan anak-anak nanti tidaklah dia risau. pernah saya memandu kereta En.Suami, nyaris terlanggar pagar rumah orang HAHAHAHA. bukan apa, saya ni lambat pickup dengan kereta manual, mula lah gelabah sana sini, kalau en.suami ada disebelah takpe juga, buatnya masa sensorang huhuuu…mau meraung bawa kereta manual, boleh pun drive ke MyMydin kat depan ni je, hahahaa.

Dah dapat kereta Auto ni, manjang lah kaki jadi panjang…Sorry Abang!! hahahahaa, merata pergi dengan kereta Pink ni, sayang woooo walaupun kereta second hand, tetap bernilai dan berguna, pendek kata ada sentimental value hihihi.

Seminggu lepas dapat kereta, suami pulak outstation ke Myanmar sebulan, hah…nah amik ko!! tak sempat en.suami nak ajar teknikal kereta Pink ni, yelah saya tahu bawa aje, lain-lain En.Suami buat semua, cuba bayangkan yang saya sendiri tak pernah mengisi minyak kereta hahahahhaa.

Saya WhatsApp En.Suami yang ketika itu baru sahaja sampai di bumi Myanmar, tanya dia macam mana cara nak isi minyak?? hahahahaa, suami cakap “Sayang duduk kat pam minyak 30 minit, tengok orang isi minyak macam mana” hahahahhaa, ok itu suami buat lawak ok!. last-last saya pergi kaunter je, sambil gendong Baby Irfan, hulur duit RM50 “Kak, pam no 2 ye RM50” dengan confidentnya hahahhaa, sekali akak tu cakap, takpe kak nanti kita tolong isikan sebab akak pegang baby. Dalam hati..wahhhhh selamat hahahahahahaa, staff Caltex tolong isikan minyak, muehehehe macam tau je saya tak reti nak isi minyak kikikiki. tapi lepas-lepas tu isi sendiri aje, punyalah takut-takut nak isi sendiri hahahaa. yelah seumur hidup memandu sebelum ni, suami memang dah isi minyak sesiap hihihi.

2-3 hari macam tu sembang dengan Suami melalui WhatsApp, nah kau!! dia suruh cek minyak hitam hahahha, duduk tang mana minyak hitam tu pun tak tau.

whatsapp

Perbualan laki bini kikiki, Suami ajar melalui WhatsApp

whatsapp2

Sembang dengan makcik-makcik, nah kau!!! kena gelak dengan Makcik senior muehehehe

Dan Alhamdulillah disebabkan Suami Oustation, banyak benda saya belajar, yang selama ini saya buat tak ambil kisah pun jadi ambil kisah.

Dijadikan cerita, saya tidak pernah memandu waktu malam, sekitar pukul 11 malam, anak saya demam sehingga panas badan mencecah 40.7 darjah, saya yang ketika itu tanpa suami disisi, terus angkat semua anak-anak masuk dalam kereta dan terus memecut ke Klinik Kesihatan Botanik yang mana buka sehingga pukul 11 malam, sesampai disana, anak pulak terpaksa dikejarkan dengan Ambulan ke Hospital Klang. Saya Follow belakang Ambulan, tapi tah kena tinggal pulak dengan Ambulan HAHAHHAHAA.

hospital klang

Angah Operation, terima kasih Kereta Pink banyak membantu semasa ketiadaan suami disisi

Sampai di Hospital Klang pulak takde parking, Ya Rabbi dugaan betul, dahlah menggigil memandu malam-malam, parking pulak takde, bila dah jumpa parking yang ada nya side parking, serius cakap saya tak reti nak side parking hahahahhaa (sorok muka). Tapi lepas insiden ni, terus jadi pandai side parking muehehee.

side parking

Bukti dah pandai side parking hihihi

Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, saya jadi berdikari dan berani. Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan saya sepanjang suami tidak berada disisi.

Oh ye, nak tahu tak?? saya sebenarnya dah 5 tahun dapat lesen kereta, tapi…tapi….HAHAHHA nak tulis pun malu HAHAHA, saya sebenarnya masih memasang stiker “P” hahaha, bukan apa jadi takut bila takde sticker “P” tu, biarlah orang ingat saya baru dapat lesen, sekurang-kurangnya bila saya masih guna sticker “P” tu, pemandu lain boleh berhati-hati dengan saya muehehee, tah bila nak buang sticker tu pun tak tau hahaha, layan jeler….

Bersyukur juga, dengan Kereta Pink ini saya dapat belajar macam-macam. Yang bestnya kaki makin panjangggg!! hahahaa, macehhh abang belikan kereta Pink ni, suka sangat hikhik boleh gi Shopping selalu, ginilah kalau rumah sebelah dengan shopping complex hahahaa.

haziq irfan

Muka seronok dapat jenjalan muehehee

Oklah takat ni jelah, banyak lagi nak entry ni tapi Baby Irfan ni ngengada tak boleh tengok ibu duduk depan laptop ni, mesti nak kacau uhukk. Jadi korang kalau teringin nak ber-iPad Mini boleh cuba masuk contest ni, senang betul!!, cepat masih ada masa lagi ni. Klik aje link SalamMedia.my diatas ye.

– Pink = Kenari hihihi ^_^

You may also like

17 Comments

  1. Reynolds Architecture takes pride in the relationships it
    has with the top fabricators, installers and manufacturers of everything from plumbing fixtures,
    widows, marble, ceramic tile, and custom cabinetry to name a few.
    3 Speed- Even though this is the lightest hand held mixer and
    the one with the fewest speeds, this is by no means a weak mixer.
    You should have a healthy breakfast because you will require energy to carry out your tasks.

    my page: Gardena R40 Robotklippare
    Gardena R40 Robotklippare recently posted..Gardena R40 RobotklippareMy Profile

  2. Salam kak yanmie
    Lama xjenguk sini..mmg kalau suami xde kena bdkari.sama la saya suami seafarer..drpd zero to hero..smua buatvsndri survive sndiri huhu mana yg tatau gugel or tya abg2 jela..dh mcm supermak kakyan kan hehe
    maiza recently posted..Bio Emas Event mac 2014My Profile

  3. Tentu cantik kereta pink kak Yanmie… Apabila baca entri ini teringat dekat lagu masa kecil-kecil dulu…

    Papaku pulang dari kota,
    Papaku belikan kereta,
    Kereta besar warna pink,
    boleh ku bawa jalan-jalan..

    Pon…Pon…Pon..Pon… X3..
    Kereta besar ku berbunyi,
    Marilah adik mari naik,
    Mari ku bawa jumpa nenek..

    hehehe…
    Anuar recently posted..Hobi Terbaru Isteri saya Cantik tak? (Bahagian 37)My Profile

  4. Yes! This is just what is was looking for. Have been looking arond for a time now,
    and eventually I found this. Thanks a whole lot for writing this blog post.
    Youu truly did a terrific job here with your website. I will keep
    third website.
    Elvira recently posted..ElviraMy Profile

  5. Dulu kata takut dpt kereta pink…akhirnya jd kenyataan…hehe.
    Kemudian terus jatuh cinta dgn cik pink tu yer.
    Betul apa yg yan tulis tu, setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.
    Lepas ni sila ambil tahu tentang kereta dari abang yer…hehe
    ejam recently posted..Sabotaj Tudung Mama.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge