Daftar Perniagaan/Syarikat Di SSM

Assalammualaikum, Ya Rabbi punyalah sibuk sampai lupa terus kat blog ni hahahhaa, adeiii!!!, inilah akibatnya bila dah terlalu fokus meniaga kekekekke, takpe blog ni hobi aje. Walaupun tak update, tapi alhamdulillah segala-galanya tentang blog ni maintain, cewahhh hihihi, apa susah keyword evergreen kan ada ^_^

ssm plaza alam sentral

Panjang pulak Mukadimah hihihi, nak ceritanya tentang Daftar Perniagaan/Syarikat Di SSM , Alhamdulillah ALLAH bukakan pintu hati dan rezeki untuk berniaga, jadinya setelah 2 bulan kot berniaga secara online ni, dan sambutan sangat memberangsangkan, serta dapat sokongan dari en.suami, makanya minggu lepas en.suami temankan saya ke SSM di Plaza Alam Sentral untuk membuka Daftar Perniagaan Syarikat.

ssm plaza alam sentral

Pening pilih nama Syarikat, semua pun dah ada orang guna, last-last guna nama “Butik YanMie Enterprise” hihihi, sajelah juga nak kekalkan nama tu, ehem hihihi.

Nak buat Daftar Perniagaan Di SSM ni sebenarnya boleh je buat secara online, tapi saya kurang faham, seminggu juga mentelaah website SSM tu, sudahnya tak mau pening-pening, set masa dengan en.suami, syukur juga time tu en.suami cuti, so pergi dengan dia. nak cari SSM di Plaza Alam Sentral Shah Alam ni pun sangatlah mudah. Saya suka servis mereka, tak lama menunggu, tak sampai sejam dapatlah daftar syarikat ni, Alhamdulillah ALLAH permudahkan, semuanya dengan Izin ALLAH, syukur.

butik baby ibu

Saya aktif berniaga online di Instagram, Facebook saya tak berapa nak fokus, saya suka Instagram!, mungkin sebab itu juga akaun peribadi Instagram saya gambar hampir mencecah 3K, gila banyak kan!! haahaha, so memang dah serasi dengan Instagram. Gambar atas tu akaun Instagram bisnes online saya (Butik Baby Ibu, milik sepenuhnya oleh Butik YanMie Enterprise), jom follow banyak item menarik kat sana, search aje #ButikBabyIbu ye hihihi.

Ok dah alang-alang tu, saya share cara Daftar Syarikat Di SSM

1. Bawa salinan Kad Pengenalan 1 helai

2. Isi borang, nak senang pergi saje kaunter amik nombor tu, cakap nak borang daftar syarikat, nanti kang diorang bagi segala mak nenek borang yang nak kena isi tu, adalah 3-4 helai kot kalau tak silap, lupa pulak nak snap pic. Tapi jangan risau, borang tu semua dah dikepilkan siap-siap. tinggal lagi nak isi saje.

3. Dah tentulah kena sediakan duit RM70 (pendaftaran + caj)

4. Tunggu saje nombor akan dipanggil

5. Setelah nombor dipanggil, mereka akan memeriksa nama carian, 3 pilihan carian nama, kalau tiga2 dah ada orang guna, kenalah cari nama lain.

6. Dah setel tu, diorang akan minta bayaran yang macam saya katakan tadi.

7. Duduk dan tunggu lagi untuk pemprosesan dan kelulusan

8. setel atas tu semua, boleh senyum sambil pegang helaian Daftar Syarikat, Tahniah!! sekarang anda sudah punya Syarikat sendiri hihihi.

Kann..tak susah mana pun nak daftar syarikat ni, nak senang buat aje secara online, tapi saya rasa susah hahaa, leceh nak faham. tak faham nak tanya siapa? jadi better ke kaunter aje, abis cerita!.

Berniaga secara haram tanpa mendaftarkan perniagaan boleh di dakwa mengikut seksyen 12 (1) (a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang mana boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau penjara 2 tahun jika sabit kesalahan.

Pheww~ jadi tunggu apa lagi, bagi mereka yang berniaga secara online, jangan pandang remeh perkara ini, silap haribulan kang jadi lain, jadi daftarlah perniagaan anda sekarang (ewahh dah macam pesanan penaja pulak) hehee.

- Lepas ni nak fikir daftar akaun syarikat di Bank pulak, ewahh besar betul cita-cita kikiki ^_^

24 Comments on Daftar Perniagaan/Syarikat Di SSM

  1. blog amir
    March 1, 2014 at 3:01 pm (6 months ago)

    saya pun cadangkan bagi mereka yang nak berbisnes online supaya mendaftarkan syarikat mereka. hehe.

    supaya lebih ramai lagi usahawan melayu wujud. amin.
    blog amir recently posted..Lelaki pun Jatuh Cinta dengan Shaklee tau!My Profile

    Reply
  2. AzreeRichCookies
    February 23, 2014 at 10:02 am (6 months ago)

    Salam Yanmin, Tahniah atas kejayaan dpt buka syarikat. saya doakan moga biz bertambah maju. Amiiinnnnn

    Reply
  3. Azmir Ismail
    February 23, 2014 at 10:02 am (6 months ago)

    Memang senang kalau daftar kat pejabat dia. Mungkin ambil masa lama di sana sebab tengok berapa ramai orang di sana. Saya pun daftar macam Cik Yanmie cakap, sekarang buat bisnes, mesti ada syarikat sah.

    Reply
  4. Coway Water Specialist
    February 23, 2014 at 9:59 am (6 months ago)

    Salam, tq for the info. Rupanya mudah saja nak settle dgn SSM ni.. ;)

    Reply
  5. reezluv
    February 19, 2014 at 11:39 am (6 months ago)

    supermak yang bizi..pasni superbisnesmak yang bizi..ehehee

    Reply
  6. puanbee
    February 13, 2014 at 9:25 pm (7 months ago)

    nak combine dengan syarikat abg je …tp dia pulak takde masa nak masukkan jenis perniagaan disitu alahai .. kena pergi buka sendiri lah jugak ko ..tp abg ada akaun bank syarikat … tu yg mahei ..
    puanbee recently posted..Bandung dari mata sayaMy Profile

    Reply
    • RinnAzrinah
      February 11, 2014 at 8:24 am (7 months ago)

      boleh kalo nak register w/pun penjawat awam.. tapi, make sure kena declare ngan ketua jabatan.. dan, ketua jabatan membenarkan….
      RinnAzrinah recently posted..Teratakarmoo..My Profile

      Reply
  7. zie fauzi
    February 6, 2014 at 8:06 pm (7 months ago)

    Chaiiyokk kak yan… tahniah… semoga maju dan terus maju…. :)
    zie fauzi recently posted..Ubat Penghapus PijatMy Profile

    Reply
  8. myvitrd
    February 6, 2014 at 12:08 pm (7 months ago)

    Tahniah kak sebab dah mula berniaga online ni.. ari tu pun daftarkan isteri ssm ni register pakai online je.. mula2 tu gelabah juga.. tapi lama-lama oklah.. try & error juga.. kalau nak senang berniaga ni memang kena register company senang nak apply akaun bank syarikat nanti.. :-)
    myvitrd recently posted..Tarif Premium Insurans Motor 2014 Dan Cara PengiraanMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge