Assalammualaikum, ehemmm kita baru je lepas Shopping Online Di Sea Taobao, beli baju dan mainan untuk baby Irfan, rambang mata tak boleh tahan jadinya nengok barang baby ni, best pulak shopping Online di Sea Taobao tu, banyak pilihan barang dan murah-murah pulak tu.

Nak RMB500? saya dan Sea Taobao nak bagi ni, (RMB500 untuk 3 orang, setiap seorang menerima RMB500), baca entry ni sampai habis ok ^_^

sea taobao

http://sea.taobao.com/

Actually web Sea Taobao ni dalam bahasa Cina, tapi jangan risau sebab boleh guna traslator, boleh translate pelbagai jenis bahasa. takpe saya tunjuk step-stepnya supaya mudah untuk anda membeli belah di Sea Taobao nanti.

taobao

Mula-mula anda create akaun dulu, gambar atas ni untuk login/sign up, dah setel yang tu boleh lah anda mula cari barang yang anda berkenan tu.

shopping online di sea taobao

Beli mainan Fisher Price untuk baby Irfan

shopping online di sea taobao

Total barang yang saya shopping untuk baby Irfan, kira hadiah Birthday lah ni untuk dia hehee, urusan jual beli dari Sea Taobao ini menggunakan nilai Watawang China Renminbi (RMB), jangan risau bayar je guna kad kredit hihihi abis cerita, tapi untuk ini saya guna kaedah Paypal Shopping Card Alipay.

Dah setel pilih barang, masuk ke cart, dan tick barang yang anda nak beli tu untuk proses pembayaran.

Shopping Online Di Sea Taobao

Klik kotak hijau (New) untuk memilih syarikat ejen penghantaran anda. Setelah itu akan keluar 1 pop out untuk anda masukkan alamat untuk penghantaran, pilih oversea untuk penghantaran ke Malaysia, dan isi ruangan yang disediakan, dan untuk pengetahuan anda, sekiranya button hijau diatas tidak boleh diklik, apa yang perlu anda buat, tukar bahasa ke original sahaja dan langkah seterusnya setelah itu barulah anda boleh memilih ejen penghantaran yang anda inginkan.

shopping online di sea taobao

Ini Pop Out page yang tidak mempunyai Translator, tapi jangan risau!, sebab anda hanya perlu memilih ajen penghantaran, dan klik button oren untuk langkah seterusnya.

shopping online di sea taobao

Setelah selesai urusan pemilihan ejen penghantaran, step seterusnya untuk membuat pembayaran, anda akan dibawa ke 1 page baru seperti diatas dan pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan, ada menu untuk kredit kad tu!. saya guna Paypal Shopping Card Alipay.

payment sea taobao

Sekiranya tidak ada masalah, payment ada akan diproses dan traksaksi telah berjaya.

shopping online di sea taobao

Ini contoh antara beberapa barang yang saya beli

Setelah itu masuk semula ke Profile Sea.taobao.com anda dan klik pada “My Order” sekiranya button tersebut berwarna hijau, itu bermakna anda telah memilih ejen penghantaran anda, sekiranya tidak, apa yang perlu anda  lakukan hanya meminta untuk refund dan ulang semula pembelian anda. Saya menggunakan ejen penghantaran 4PX. melihatkan pada status diatas, barang ada yang dah dihantar dan ada yang masih lagi menanti untuk seller hantar ke warehouse.

Sekiranya barang yang kita beli tadi dah dihantar ke Warehouse, kita akan diberitahu berapakah pula caj penghantaran yang dikenakan dari ejen yang kita pilih tadi, dan selepas itu bolehlah kita membuat pembayaran caj penghantaran, untuk harga caj penghantaran boleh tengok kat bawah ni:-

forwarding fees calculator1

forwarding fees calculator

Hahhhhh tak mahal mana caj penghantarannya, murah juga untuk sekilo.

Dan bila semuanya dah selesai, anda hanya perlu tunggu barang sampai depan rumah hihihi, Ok ini 1st time saya shopping online luar dari Malaysia, excited juga nak tunggu barang sampai, nanti dah sampai kita cerita lain ye.

sea taobao contest

Sea Taobao Contest

Ok saya nak share dengan kengkawan, sekarang ni Sea Taobao ada buat Contest tau, boleh menang hadiah RMB10,000 tau!, banyak tu barang boleh beli!!, cepat join sebelum terlambat, masih ada masa lagi!

Opsss…tunggu!!!!!!

Dah tengok website Sea Taobao?? ada tak barang yang anda berkenan?, sebabnya saya dan Sea Taobao nak bagi RMB500 untuk 3 orang (RMB500 untuk setiap seorang).

Caranya mudah sahaja, hanya perlu Tinggalkan komen dibawah dan beritahu apa barang yang anda nak Sea Taobao berikan, dan beritahu kenapa nak barang tu?, sila tinggalkan komen berserta email ye, pemenang akan dihubungi melalui email, dan Contest ini akan tamat pada 5 Januari 2014 nanti.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

41 thoughts on “Shopping Online Di Sea Taobao”
  1. Syarikat Kami menawarkan khidmat PEMBELIAN BORONG dan PENGHANTARAN ke Malaysia tanpa kuantiti minimum dari CHINA
    • Tempoh Penghantaran dalam masa 7 hari hingga 14 hari sampai ke Malaysia dari CHINA
    • Pembelian secara borong boleh dilakukan di website http://www.taobao.com.
    http://www.taobao.com adalah laman web online shopping yang terbesar di negara China.
    • Tahukah anda ia mempunyai 800 juta pilihan produk untuk anda pilih dan beli di dalam website online shopping http://list.taobao.com/?
    • Anda boleh mengorder di website ini. hanya type ape yang anda mahu. *seeloknya, guna google chrome utk translate.
    • Dengan hanya sebab itu sahaja membuatkan ia menjadi website online shopping No.1 di China.
    • Paling seronok anda akan dapat membeli pada harga borong dengan minimum kuantiti hanya 1 barang sahaja
    Sila layari http://www.taobao.com, gedung membeli belah secara online dengan pembelian tanpa MOQ.
    ——————————————————————————
    TAPI BAGAIMANA INGIN MEMBELI DAN MENGHANTAR BARANG YANG DIPESAN KE MALAYSIA?
    • Daftar sistem logistik kami. Kami akan uruskan segala penghantaran barang anda terus ke pelanggan anda (door to door)
    • Kini anda boleh bisness tanpa mengeluarkan modal barang. (Dropship Method)
    • Segala transaksi pembelian hanya menggunakan “Local Banking” seperti Maybank, CIMB ataupun RHB.
    Klik link untuk mendaftar.
    http://www.parcels.com.my/pricing.php

  2. macam mana nak beli online dari taobao ye. blh ajar tak?
    dah try register & beli berjaya. cuma yang tak jmpa cara urus international forwarder.

  3. Assalam..Saya cuma ingin bertanya.Bolehkah sis jadi orang tengah saya untuk dapatkan item tersebut?Saya masih tidak mahir dengan semua ini.Pasal penghantaran dan pembayaran.Terima kasih.

  4. salam..sis,sy dah try..sampai “the seller has shipped”, pastu dia bg tau lg “The current transfer status: parcel being sent to the transit warehouse, freight forwarding, please pay promptly upon receipt of transhipment warehouse”. tapi kat situ takde pun tulis kat mana nak kena bayar utk cas penghantaran. Sy confuse la. Mcm mana nak buat eh?

  5. saya nak tanya..
    sy nak beli power bank drpd taobao ni..
    tapi ade terbaca yg electronic is considered export prohibited item..
    betul ke? so x bole la nk order power bank?

  6. komen lagi , tengok kasut pula dengan adik ..

    laa jadi gila sekejap .. RMB18 bersamaan 9.78589 MYR memang best lah shopping.

    ” taobao harus berikan saya RMB 500 untuk saya merasai pengalaman shopping di website anda !!! ”
    puanbee recently posted..Kami di PutrajayaMy Profile

  7. salam dan hi buat sea taobao shopping online di china ..

    saya dah membelek website taobao ..

    saya berminat nak beli sebuah smartphone dual sim , dah tengok jenama lenovo menjadi pilihan saya. Jika dapat kupum RMB 500 tu dah tentu saya akan membeli di sana.

    sebiji smartphone dual sim jenama lenovo , mana2 pun takpe .. asalkan sesuai untuk blogger dan ibu.

    Taobao perlu berikan RM500 itu kepada saya kerana sejak akhir-akhir ni saya amat perlukan smartphone kecil , dual sim dan dapat online. dan saya dapat mejimatkan wang sendiri.

    TERIMA KASIH ..
    puanbee recently posted..Kami di PutrajayaMy Profile

  8. Power Kak Yan. Berkerjasama dgn online shopping China!

    Sekarang ni, takde benda lain yg saya nak melainkan iPhone 5s. Over tak? Tihihi!

    Dah lama sangat guna Sony Ericsson ni, dah lebih 3 tahun. Duit belum cukup nak beli, harap2 Sea Taobao dan Yanmie Online realisasikan impian saya untuk miliki smartphone.

    Kalau la dapat iPhone tu, nak beli iPhone case dari Sea Taobao. Dah aim dah satu! Comel! Lagi pun nampak Kak Yan shopping mcm senang je. Boleh la cuba nanti. Tq! 🙂
    nikkhazami recently posted..Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014My Profile

  9. Salam Sejahtera.
    First of all, pertama kali saya lawati website shopping online Taoboa Sea ialah saya ternampak wall stickers dan saya teringat dengan keadaan dinding rumah saya yang tidak ber”dekorasi”. So, saya teringin sangat wall stickers di website taobao itu.
    Yang kedua , sempena hari kelahiran Ummi saya yang akan datang, saya juga ada melihat barangan wanita. Saya berminat dengan Bridal Gown. Bukan apa, nak bagi Ummi saya feeling “pengantin baru” hehehehe. Saya melihat gaun gaunnya sangat cantik sekali! Sesuai sekali dengan Ummi saya yang cantik dan ayu itu. 🙂
    Si Galah Panjang recently posted..Contest SEO EridyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge