Icon Bisnes Online Pilihan Yanmie

Assalammualaikum, baru sempat nak mengarang, kali ni nak share dengan kengkawan, dalam pada kita berbisnes online, sudah tentu kita punya icon dalam bisnes online tersebut, seperti saya menjadikan Blog sebagai medium Bisnes Online bagi pengiklanan, jadi sudah tentu Icon Bisnes Online pilihan saya iaitu Blogger terkenal Red Mummy yang mana beliau juga menjadikan blog sebagi medium untuk menjana pendapatan online.

redmummy di berita harian

Kenapa Red Mummy?

Cuba tanya siapa tak kenal Red Mummy?? rata-rata ramai blogger yang kenal dengan Blogger Jutawan ini kan?, pernah suatu ketika dahulu beliau kena kejar dengan LHDN sehingga menggemparkan dunia blogging dan juga diluar sana bila mana terpampang muka Red Mummy sebesar-besar surat kabar heheee.

Saya kenal blog Red Mummy dah lama, sejak saya di Platform blogspot lagi, time tu guna nama lain hahahha biarlah rahsia hiks!, dah guna domain yanmieonline.com ni barulah nak menunjuk “Muka” diblog wahahaha, itu pun sebab azam nak menjana pendapatan dari blog, buat bisnes online pengiklanan diblog macam Red Mummy tu. Bukan semua orang mampu buat macam beliau.

Saya kagum dengan Beliau, walaupun di caci cerca maki hamun dengan orang yang cemburu akan kejayaan beliau, saya yakin beliau sedikit pun tidak gentar, maklumlah nak berjaya dalam satu bidang kita perluka semangat yang kental, beruntung juga beliau kerana punya keluarga yang sangat memahami, suami yang supportif.

Orang kata nak berjaya ni kita kena ada icon yang betul-betul berjaya, saya pasti dan yakin, blogger terkenal seperti Red Mummy memang patut dijadikan icon dalam bisnes pengiklanan di blog. Beliau juga sangat ramah dan disenangi oleh para pengiklan, tengok aja blog beliau, belambak advertorial tau, ok memang kagum sangat. Tahniah akak!

Bayangkan dalam pantang pun beliau boleh buat advertorial lagi, memang bersungguh betul beliau dalam hal ini, saya kagum, saya sendiri pernah buat job advertorial dan pergi meeting dengan klien di Wisma Mofaz sana semasa masih dalam pantang, hebat tak? hahaha ni pengaruh Red Mummy lah ni, rezeki jangan di tolak.

Yang bestnya, beliau berkerja, boleh lagi nak fokus ke blog, memang betullah orang kata, kalau dah minat kan, penatlah macam mana, mesti hilang penat bila mengadap benda yang kita minat.

Cuba bayangkan dengan blog boleh hidup mewah, tak semua orang boleh buat macam ni, beliau pernah memperolehi pendapatan hasil dari pengiklanan diblog melebihi RM10,000 sebulan. Malah dari pendapatan tersebut beliau mampu membeli barang-barang mewah dan melancong ke luar negara.

“Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah. – Red Mummy

Kannnn kagum tak?? kagum tak?? banyak lagi ni nak tulis, nanti jumpa Kak Red kang kita interview dia sekali hehee, saya pasti dalam apa jua bisnes online yang kita ceburi, pasti kita punya icon bisnes pilihan tersendiri kan?, anda pula bagaimana?

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan sepertiESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

10 thoughts on “Icon Bisnes Online Pilihan Yanmie

  1. yanmieonline.com pun apa kurangnya. Ranking kat Alexa pun boleh tahan dan setaraf dengan blogger luar negara. Siap masuk sinar harian dan astro awani tuu. Apa pun selamat maju jaya yan ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge