Blog SuperMak


Assalammualaikum, baru ni Celebrate Birthday Ibu Dan Baby Irfan, ehemmm saya umur makin tua hahaha macam tak percaya je, rasa macam baru semalam kahwin dengan en.suami heheee, sehari selepas saya menyambut ulang tahun kelahiran, besoknya pulak ulang tahun kelahiran Baby Irfan yang pertama (1 tahun), alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH atas nikmat kehidupan ini.

ibu dan irfan

Ibu 20.12, irfan 21.12 untung boleh celebrate sesama heheee

Pagi tu en.suami ajak turun KL untuk celebrate Birthday hikhik, apa lagi bab berjalan memang laju, kalau time tu tak sihat pun mesti jadi sihat kot hahahahaa, jadinya ubat saya kalau nak cepat sembuh, ajaklah saya jenjalan shopping bagai, confirm sihat (ok gurau!).

irfan dan ayah

Kami ke Berjaya Times Square, lama betul tak kesini, kali pertama pergi sini masa mula-mula buka, dating dengan en.suami hehehee siap ada kenangan tu ahaks!.

aiman haziq

Abang dan angah, lama tak jenjalan dengan diorang, 2 minggu juga diorang kat kampung habiskan cuti sekolah disana.

kenny rogers

Tunggu order sampai, amboiii abang bergayanya duduk hehee

Kami Celebrate Birthday di Restoran Kenny Rogers aje, makan-makan kenyangkan perut, tak reti nak celebrate meriah-meriah macam orang lain tu, nak kena jemput orang bagai, kami punya style celebrate makan kat luar and bershoppingan. Tak ajar anak celebrate Birthday meriah-meriah ni, cukup dapat berkumpul bersama.

spaghetti di kenny rogers

Ikutkan banyak lagi nak order ni, mujurlah masing-masing kekenyangan, sampaikan plan asal nak order kek untuk birthday girl (gelak hahaa) dengan birthday boy tapi kensel sebab dah kenyang sangat.

makanan di kenny rogers

comotnya angah!

golden pumpkin soup kenny rogers

golden pumpkin soup, fevret Baby Irfan ni.

ayam kenny rogers

En.suami potongkan ayam untuk kita ehemm…hihihi, tak boleh makan bersuap, malu ke orang kang orang cakap buat tebiat orang tua ni hahahaa.

Lepas celebrate birthday kat sini, kami jenjalan di Cosmos World Times Square pulak, saja tunjuk roller coaster kat Baby Irfan hahaha.

cosmos world times square1

Khusyuknya nengok roller coaster hikhik, teringin ke dik???

cosmos world times square

Pernah naik sekali, taubat tak nak naik lagi!!

family

my heart, love my & my soul ^_^

Ada banyak lagi nak kongsi tetapi tak semua benda kita boleh kongsi untuk tatapan umum, cukup sebahagian sahaja untuk dijadikan kenang-kenangan disini, malu nak cerita lebih-lebih nanti orang cakap menunjuk kehkeh.

Apapun tarikh 21.december yang lalu, tarikh yang penuh bermakna dalam hidupku bila mana sehari lepas menyambut ulang tahun kelahiran, saya pula melahirkan Baby Irfan, dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya, saya dibedah untuk melahirkan Baby Irfan, tidak pernah terfikir akan proses bersalin secara pembedahan. Baby Irfan time tu dah lemah sangat. saya tidak sempat memaklumkan kepada suami yang saya harus dibedah waktu itu juga bagi menyelamatkan Baby Irfan. Semuanya berlaku dengan pantas sekali. Syukur juga semuanya selamat…

Alhamdulillah sekarang Baby Irfan pun dah setahun, syukur Ya ALLAH atas nikmat kehidupan yang indah ini bersama en.suami serta anak-anak tersayang.

12 Thoughts on “Celebrate Birthday Ibu Dan Baby Irfan

  1. best je kan dapat sambut birthday ngan anak…
    RinnAzrinah recently posted..Teratakarmoo..My Profile

  2. HB buat irfan dan ibunya. Rasanya belum terlambat lagi kot hehe.

  3. Ehh ibu dan irfan ni tarikh yang sama ke??
    Hafizul recently posted..Sayonara 2013My Profile

  4. Sepertinya baby Irfan senang dan terpukau saat jalan2 di Cosmos World Times Square
    NIce share :)
    Rina recently posted..List Of CSS & jQuery Animation Effect Website For Design InspirationMy Profile

  5. Rasanya dah ucap Birthday di Facebook, tak apalah ucap sekali lagi kat sini. Ucap selamat byk2 tak salahkan. Semoga Kak YanMie, suami dan anak2 sekeluarga dilindungi Allah Taala. Semoga pjg umur dan murah rezeki dgn berblog.
    Kamil Salleh recently posted..Template Baru Untuk Tahun Baru 2014My Profile

  6. celebrate kt luar lg bes dr wat kt umah
    Que recently posted..Jadual & Kalendar Hari Cuti Am 2014 | Seluruh Negeri di MalaysiaMy Profile

  7. eleh ibu irfan malu2 plak nak makan bersuap, pedulikan orang tgk…kami pun kadang2 datang buang tebiatnya memang akan makan suap2…best tau…hehe

    semoga yan dan famili akan bertambah bahagia selepas ini, semoga diberikan rezeki baby girl pula lepas ini. :)
    ejam recently posted..Homestay Regalia Studio – Macam Best Jer.My Profile

  8. wahhh best nyer jalan jalan makan makan nih kan, nyum nyum
    Juan recently posted..Tips Beli Saham Dengan Kaedah Yang BetulMy Profile

  9. Makan beradap anak-anak beranak sempena sambutan Hari Lahir. :-)
    akubiomed recently posted..Bunga-bunga cinta di Lavender Garden GentingMy Profile

  10. Sememangnya kalau makan KRR nie dah cukup mengenyangkan tambah pulak ending dengan diorang punya muffin….
    hazman aka species1980 recently posted..(GAMBAR ) FoodBlogger jadi WEDDING PHOTOGRAPHERMy Profile

  11. ohh..dah setahun rupanya umur irfan yek.
    encik bakul recently posted..Bagaimana cara nak buat duit dengan Jobdirumah?My Profile

  12. happy bday ibu irfan n irfan… :) bestnye besday dekat2… mcm nis dgn ank sulung, beza 2 hari. anak dulu lah tapi nye…

    style kita sama kakyan, takde celebrate buat majlis bagai, panggil2 org… paling2 pun celebrate makan2 kat luar gitu…

    rindu la nk g Cosmos World lg tp tamau naik roller coaster dah! peninggg
    Ummi Hanie @ Nis Azmier recently posted..Pendaftaran online BR1M 2014 dan link muatturunMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation