Kenapa Saya Suka Smartphone Lenovo S920

Assalammualaikum, alhamdulillah dah sebulan lebih kot kalau tak silap saya guna Smartphone Lenovo S920 ni, jatuh hati pun ada dengan Smartphone Lenovo ni, Kenapa Saya Suka Smartphone Lenovo S920? sudah tentunya ianya lain dari smartphone saya sebelum ini.

selfie dengan lenovo

Ciri-ciri pintar yang terdapat pada Smartphone Lenovo S920 membuatkan aktiviti online saya berjalan dengan lancar, kalau tak on laptop pun tak berapa nak risau sebab still boleh online dengan puas.

lenovo

Paparan Skrin IPS yang besar 5.3″

Mana tidak puasnya, paparan skrin besar tuuuu, blog pun exactly macam buka dari laptop, memang puas hatilah, main game candy crush pun puas hahhaa…opss saya dah level 339 hehee. Tambahan pulak 1280 x 720 Paparan Video HD, untuk kualiti video dari Smartphone Lenovo S920 boleh baca entry saya “gambar dan video dari Smartphone Lenovo S920

Nipis Dan Bergaya

Nipis dan ringan, senang dibawa kemana-mana, letak dalam poket pun selesa. Berat phone ni cuma 159gr aje, ringankan?

Android 4.2 & Quad Core Processing

Alhamdulillah sepanjang menggunakan Smartphone Lenovo S920 ni, pengunaan sangatlah lancar, super power gitu. dengan Android 4.2 dan Quad Core Processing membuatkan ianya lancar samada semasa melayari internet, bermain game mahupun menonton video. terbaiklah!

Kamera 8MP Dan Perisian Smart Kamera 

Saya kalau nak beli handphone ke mesti benda pertama saya nak tahu adalah spesifikasi kamera, untuk kamera Smartphone Lenovo S920 ini, kameranya bersaiz 8MP dan siap dengan perisian smart kamera, gambar dari smartphone ni pun cantik-cantik gitu. ermmm tapi kamera depan cuma 2MP.

awan

Ini antara gambar terbaik yang saya dapat hasilkan dari Kamera Smartphone Lenovo S920 ni, dengan setting Mood HDR, Gambar Dari Smartphone Macam Dari DSLR kan??. Banyak lagi fungsi yang terdapat dalam Kamera ni, antaranya auto focus, LED Flash, Auto Exposer, Auto Face “make up” effect, Smile Corecction..eeee banyak lagilah!

Bateri Tahan Lama

Sejujurnya sepanjang saya menggunakan Smartphone Lenovo S920 ini, masalah bateri tidak menjadi masalah, kerana bateri Lenovo S920 sangatlah tahan lama dengan Li-Ion 2250 mAh, 2G boleh tahan sehari, 3G boleh tahan sehingga 12 jam dan lebih. tapi kena buat setting sedikit macam di bawah ini.

bateri lenovo s920

Estimate power, boleh pilih setting yang korang nak untuk jimatkan penggunaan bateri, saya suka fungsi ini, sekiranya handphone tidak digunakan, secara automatik internet di offkan, bila nak guna internet slidekan aje pada menu shortcut pada phone tersebut, memang senang nak guna, phone ni user friendly.

setting bateri lenovo s920

Ini antara menu yang kita nak on offkan bagi menjimatkan penggunaan bateri. ada 3 jenis menu pilihan sebenarnya, saya menggunakan untuk coustomize sendiri.

Dual Band

Sekarang ini saya tak perlu lagi nak bawa 2 handphone, lebih mudah dengan Smartphone Lenovo S920 ini kerana ianya merupakan Smartphone Dual band.

lenovo s920

Paling bestnya, boleh guna 2 nombor dalam masa yang sama, pendek kata kedua-dua nombor tersebut dalam mood aktif, bukan kita pilih nak aktifkan no yang mana, yang ni SERENTAK AKTIF!. bestkan??, Oh ye Smartphone Lenovo S920 ini juga mempunya slot Micro SD

lenovo s920 dual band

Kannnn kedua-dua nombor saya dalam mood aktif.

dual band lenovo

Macam mana nak call kalau ada 2 simkad? caranya mudah sahaja, cari contact dan tekan Dial, semasa tekan dial tu dia akan tanya nak call guna nombor yang mana 1, senangkan??, tak pening kepala nak memikir ihihihi.

internet pada lenovo

Ini pulak tetapan data internet, pilih nombor mana yang korang nak guna untuk internet, dengan ini takdelah masalah duit ditelan tanpa menggunakan no yang lagi satu, ni setting sesiap. so boleh online dengan aman gitu, serius saya suka menu ni ^_^

Pilihan Unlock

Terdapat banyak jenis pilihan untuk lock/unlock Smartphone Lenovo S920 ni, saya memilih untuk menggunakan Pattern sahaja, sebabnya saya ni jenis pelupa hehee.

unlock lenovo

Pilihan kekunci Skrin

unlock lenovo

Jadi tak boleh nak guna nombor ataupun suara, suara kena sama, kang tetiba sakit tekak tak boleh nak unlock phone tu hehee.

Canggih kannn???

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan, untuk keterangan lanjut tentang Smartphone Lenovo S920 ini, boleh layari laman dibawah :-

– Puas Hati 😀

You may also like

49 Comments

  1. Sis saya xblh nk download fb…sbb dlm nie ada fb sedia ada mcm mana nk pdam sbb xblh nk bukak ….sya nk download dri lpay store xblh…..pls help meee

  2. Salam kak..saya baru guna lenovo 920 ni dlm sminggu,yg lain smua sya puas hati laa..tp yg sya plik tu knapa tang radio tu x leh dpt siaran lansung..da psng handsfree pun x dpt gak..caner ye kak ???

  3. salam kak. kita plan nk bli lenovo s920. so far dh berapa bulan akk pakai ok x? boleh ke apps dipindahkn ke external sd card? tq sis

  4. sis…nak mintak bntuan…semalam baru beli s920…tapi xboleh buat video call kenapa eh…line 3g ada…tapi bila call dia tulis ‘video call cannot be setup’

  5. Setting ms exchange dalam Lenovo s920. Sudah sebulan saya tak boleh set msexchange. E-mel guna pop3 ok, tetapi e-mel nak guna msexchange tak boleh. Ini menyebabkan kalender saya tidak berfungsi. Ada cadangan jalan penyelesaian

  6. Maaf bertanya. Baru pakai fon no. Bagaimana cara nya kita nak save image yang kita tengok? Puas mencuba tetapi tidak berjaya..

  7. Ada rakan sekerja saya pakai Smartphone Linovo ni.. Memang menarik… Antara ciri-ciri yang saya suka dekat Smartphone ini ialah sebab baterinya tahan lama dan boleh scan surat atau dokumen dengan menggunakan aplikasi Camera… Tetapi hasilnya sama macam kita guna mesin Scanner sebenar… Memang terbaik… Sekarang ni kalau nak scan apa-apa saya akan pinjam smartphone rakan saya.. hehehe.. muka tak malu… Maklumlah nak beli belum mampu lagi… Lagipun Smartphone HTC saya masih elok lagi… 😉
    Anuar recently posted..Akhirnya akan ku lepaskan dikau pergi buat selamanya…..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge