Gambar Dan Video Dari Smartphone Lenovo S920

Assalammualaikum, semalam lagi nak up entry ni, tapi Baby Irfan tak bagi peluang ibu nak online hahaha, sabar jelah, ok saya nak share Gambar Dan Video Dari Smartphone Lenovo S920, kualiti gambar dan video dari Smartphone Lenovo S920 ni jauh lebih baik dari iPhone 4S saya. Betul serius tak tipu!.

yanmie

Gambar tanpa sebarang editing, saya cuma resize sahaja.

Baru-baru ni kami jalan-jalan ke Genting Highland, bergaya sekali dengan Smartphone Lenovo S920, hehee puas hati betul snap gambar, rekod video, live blogging, fb, instagram…haissshhh puas sungguhlah heheeee, bateri Lenovo ni best, boleh tahan hampir sehari, saya dah ler heavy usage, kalau phone lain gamaknye kena bawa powerbank. pasal bateri nanti kita citer, nak citer pasal gambar dan video je dulu kikiki, syiok~

cable car genting highland

Cable car, gambar yang sharp!, erm..cuma cermin cable car ni kelabu asap jadi macam kurang pencahayaan

genting highland

Gambar dari jauuuuuuuuuuhhhhhhh…terangkan??

yanmie

Baby Irfan kelakar pulak pakai seluar jeans hahaha

Ok gambar outdor tak banyak sebab hujan renyai, takut Baby Irfan dan abang-abangnya demam nanti, so jooommm tengok gambar indoor pulak, tempat gelap-gelap sikit ni.

baby irfan

Gambar indoor, serius jauh lebih baik dari iphone 4s punya kualiti gambar indoor, sebabnya gambar cun dan tak noise, kalau snap dari iphone 4s saya ni nangis jelah sebab gambar indoor macam ni biasanya tak cun, gambar noise, lainlah kalau iphone 5s kan? heheheee…

genting highland indoor

Kereta Rusa tengah bergerak di atas, gambar sharp dan terang!, puas hati!

patung liberty

Sejujurnya saya tidak suka ambil gambar di bawah cahaya lampu lagi kat tempat macam ni sebab tak reti nak ambil gambar yang cun, mungkin sebab itu juga saya jarang bawa DSLR saya bila time malam ataupun ada function-function kat tempat gelap ni, sebab tak reti nak guna hehee, tapi dengan Smartphone Lenovo S920 ni memang terbaiklah, gambar tempat gelap macam ni pun boleh terang, tak noise pun, terbaiklah!

Gambar semua setting dalam Auto mood, boleh je kita setting manual, tapi saya malas, suka lagi auto sebab auto pun gambar dah cun heheee.

Ok layan Video pulakkkkk!!!, perghhh serius mantap!!, tengok sendiri video ni!

Woww…woww..heheee cun kannnnn??? Video HD

Saya rekod video ni dari jarak jauh, kualiti video masih lagi cun, ton warna yang menarik, sharp, terang benderang di tempat yang agak kurang pencahayaan macam ni. Serius puas hati.

So apa pendapat korang tentang Gambar Dan Video Dari Smartphone Lenovo S920? jom kongsikan bersama saya, nak juga tahu pendapat dari korang, macehhhhh ^_^

selfie dengan lenovo

Eheemmm..,selfie dengan Smartphone Lenovo S920 hihihi

– Semua gambar dan video adalah ASLI, tanpa sebarang Editing, saya cuma resize gambar sahaja!

You may also like

15 Comments

  1. Lenovo S920… apa beza 1.2GHz Quad Core MTK 6589 Processor dengan Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7??
    Saya nak beli S920 tapi spec dua tu berbeza… mana yg better yer??

  2. Salam…sgt infiosharing…saya guna lenovo s890…tapi gambar x cantik…saya beli sebab harga yg murah dapat spec yg tinggi..tapi tulah gamba x cantik..akak beli berapa rm? Sya beli dlm 760++ mcm tu di pc depot..harap dapat share harga nya,tempat belu dan spec…. :)….thanks
    farah_ikin recently posted..Medina check up 1+2+3 bulanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge