Salam, Ehem baca dah ke entry Teaser saya? gi baca dulu kalau belum hihihi “Gambar Dari Smartphone Macam Dari DSLR“, saya baru saja dapat Smartphone comel ni dari Lenovo Malaysia, jangan tak tahu yang Lenovo juga ada Smartphone tau, saya pun baru je tahu ni. Tak sangka Lenovo ada Smartphone yang sangat canggih. Serius dapat je kat tangan terus jatuh cinta, skrin yang besar, ringan, nipis, banyak lagi yang istimewanya Smartphone ni. So jommm kita Unboxing Smartphone Lenovo S920 ni sama-sama yuk!! hihihi.

unboxing lenovo s920

Sebelum itu terima kasih kepada Text100 dan Lenovo Malaysia kerana memilih Blog saya satu-satunya blog di Malaysia ini untuk “Lenovo Malaysia Exclusive Influencer Programme”. Oklah tak nak bebel banyak dulu, jom kita unboxing dulu yeayyy~, ermmm tapi kan sebenarnya frust juga ni sebab tak dapat nak letak video Unboxing, ada masalah time nak upload tu tak lepas-lepas, alahaiii takpelah nak buat macam mana kan?

lenovo s920

Ohhhh pertama kali kat tangan terus rasa suka, “Wowwww bestnyaaa besar, panjang, ringan dan nipis pulak tu”, suka sangatlah, baca blog dan layan Facebook sampai lebam pun tak pe hehee.

lenovo s920

Pandangan dari belakang

lenovo

Pandangan dari tepi, yang tu bahagian speaker ye.

lenovo

Pandangan dari atas, tempat cas, power on off dan juga untuk earphone

lenovo s920

Wowww yang ni confirm ramai suka ni, saya sendiri dah terlebih suka ni hahahhaa, lama dah kot cari Smartphone Dual Band macam ni, yang boleh guna kedua-dua nombor dalam 1 masa, terbaiklah!!, bukan apa saya sekarang ini guna 2 handphone iaitu iPhone 4S dan juga Blackberry (sebab ada 2 nombor), jadi bila dapat Smartphone Lenovo S920 ni, memang terbaiklah, guna je smartphone ni. tak perlu dah nak usung 2 handphone. ciri-cirinya pun saya suka, ni nanti saya entry kemudian.

charger lenovo

Ianya di datangkan dengan :-

  • Bateri Li-lon (2250mAh)
  • Charger
  • Usb Cable
  • User Manual & Warranty
  • Ear phone

lenovo

Kamera, untuk kamera belakang ianya 8MP dan Kamera depan 2MP. kamera depan tu tak kisah sangat sebab bukan selalupun nak bergambar Selfie ni heehee.

lenovo

Paparan Blog saya pada Smartphone Lenovo S920 ^_^

Banyak yang saya ingin kongsikan dengan pembaca blog ini, takpe slow-slow ye, insyaALLAH saya akan kongsikan pengalaman saya menggunakan Smartphone Lenovo S920, jangan risau saya tulis dengan Ikhlas dan Jujur, kalau bagus saya cakap bagus, kalau tak saya cakap tak. So nantikan entry saya tentang Smartphone Lenovo S920 ini lagi ye, tapi setakat ini Smartphone Lenovo S920 ni memang BEST!

Ehemmmm….up 2 keping gambar dari Smartphone Lenovo S920, gambar Ori dan NO FILTER ye!

awan

haziq

Tona warna yang cantik, gambar yang sharp, amacammm??, tu tak edit lagi tau!

– Nanti saya update lagi ye, tak abis godek lagi ni hihihi ^_^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

27 thoughts on “Unboxing Smartphone Lenovo S920”
  1. Have you ever thought about writing an ebook or guest authoring on other sites?
    I have a blog based upon on the same topics you discuss and would love to have you share some
    stories/information. I know my readers would
    appreciate your work. If you’re even remotely interested, feel free to shoot me an email.
    Milla recently posted..MillaMy Profile

  2. Hiya! I know this is kinda off topic however I’d
    figured I’d ask. Would you be interested in exchanging links or maybe
    guest writing a blog article or vice-versa?
    My blog addresses a lot of the same topics as yours and I believe we could greatly benefit from each
    other. If you’re interested feel free to shoot me an email.
    I look forward to hearing from you! Superb blog by the way!
    youtube.com recently posted..youtube.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge