Hi, sekarang ni kan macam jenis rupa bentuk tudung kan?, saya mana-mana pun semua boleh pakai, kalau tahap rajin bolehlah gosok tudung bawal, kalau tahap malas tu saya pakai tudung sarung tu je, lagi senang, sekarang lagilah pilihan kemain banyak, mak-mak macam saya ni teringin lah juga nak bergaya kan heheee, terbaru koleksi tudung saya, Tudung Hoodie ROSSEcouture, yang tengah ngetop sekarang ni.
Yang ni Tudung Hoodie jenama ROSSE, Awning Keras, lagi senang nak pakai tau, elok je terletak, tak jatuh pun!, yang paling best selesa sangat pakai. Ehemm…bentuk muka saya ni sesuai pakai awning keras, kalau awning lembut tu lagi ler nampak muka bulat hehee.
Material kain yang berkualiti, dijahit oleh designer yang profesional, nak pakai senang sangat, dah tak perlu nak pakai jarum ataupun pin tau!, betul-betul canggih tudung ni, heheee. Mula-mula saya terima tudung ni, terkejut juga, macam mana nak pakai? sebab unik sangat!, mulalah terfikir, macam mana nak sarungkan keatas kepala ? rupanya ada teknik, best betul tak perlu dah guna jarum lagi, tampil bergaya walaupun sibuk hiks!.
Ehemmm…corak yang lebih berani, nampak exclusif gitu, tapi jangan risau sebab harga Tudung Hoodie ROSSE ni harga mampu milik tau!, nak tau lebih lanjut lagi tentang Tudung Hoodie yang saya pakai ni, boleh ke SUEperb MaMa Online Shop.
Cara pakai Tudung Hoodie Jenama ROSSE
Senangkan?? sarungkan je kat kepala kemudian pusingkan, dah siap!
Kalau korang nak try tudung ni, boleh pergi ke kedai diorang di Carrefour Wangsa Maju, kedai no 3, berdekatan dengan tempat letak kereta.
Boleh juga Layari Facebook ROSSEcouture untuk keterangan lanjut, cantik-cantik tudung kat situ, nak juga menambah koleksi ni, cari warna orang-orang muda pulak lah heheee.
MEmang cantik tudung dengan hoodie ni.
Macam macam gaya boleh buat
Mazni Azmi recently posted..Pakai Tudung Tapi Masukkan Dalam Baju? Boleh Ke?
Tudungnya sangat cantik, bagus tu dipakai sehari2 agar lebih cantik …
Rina recently posted..How To Automatically Install WordPress In cPanel Website Hosting
manisnya senyuman baju merah itu. hehe..
encik bakul recently posted..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAH
Serius. Cantik plak fesyen tudung ni.
profhariz recently posted..Tiada Lagi Hanya Sekadar Ilusi Semuanya Sudah Realiti
bab-bab tudung ni memang fail. tak reti pakai tudung.
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 70
Fesyen tudung yang moden.. banyak pilihan untuk wanita
Mus recently posted..Promosi Malindo Air, 10,000 Tempat Duduk Dari KLIA Ke Johor Bahru Dan Penang
Fuh berbelit. Nasib baik lelaki ringkas sahaja. 🙂
akubiomed recently posted..Bateri Rechargeable Evolta Panasonic untuk Speedlite
wah…tudung hari raya aidil adha. susah jugak nak sebut nama tudung ni…
Denaihati recently posted..WordPress Master Class dan Insentif bulanan
wah, dah jadi model tudung plak. hehe
Mohd Isa recently posted..Khasiat & Kebaikan Limau Nipis
cantik dan senang nak pakai , yg tu penting .. mak skrg bukan mak dulu hahaha …
puanbee recently posted..Beg Hospital Siap ! Bila-bila je ….
macam2 jenis tudung ada yea….cantik….
syamila recently posted..Top 10 Entri September 2013