Tampil Bergaya Dengan Tudung Hoodie Koleksi ROSSEcouture

Hi, sekarang ni kan macam jenis rupa bentuk tudung kan?, saya mana-mana pun semua boleh pakai, kalau tahap rajin bolehlah gosok tudung bawal, kalau tahap malas tu saya pakai tudung sarung tu je, lagi senang, sekarang lagilah pilihan kemain banyak, mak-mak macam saya ni teringin lah juga nak bergaya kan heheee, terbaru koleksi tudung saya, Tudung Hoodie ROSSEcouture, yang tengah ngetop sekarang ni.

tudung hoodie rosse

Yang ni Tudung Hoodie jenama ROSSE, Awning Keras, lagi senang nak pakai tau, elok je terletak, tak jatuh pun!, yang paling best selesa sangat pakai. Ehemm…bentuk muka saya ni sesuai pakai awning keras, kalau awning lembut tu lagi ler nampak muka bulat hehee.

Material kain yang berkualiti, dijahit oleh designer yang profesional, nak pakai senang sangat, dah tak perlu nak pakai jarum ataupun pin tau!, betul-betul canggih tudung ni, heheee. Mula-mula saya terima tudung ni, terkejut juga, macam mana nak pakai? sebab unik sangat!, mulalah terfikir, macam mana nak sarungkan keatas kepala ? rupanya ada teknik, best betul tak perlu dah guna jarum lagi, tampil bergaya walaupun sibuk hiks!.

tudung hoodie rosse

Ehemmm…corak yang lebih berani, nampak exclusif gitu, tapi jangan risau sebab harga Tudung Hoodie ROSSE ni harga mampu milik tau!, nak tau lebih lanjut lagi tentang Tudung Hoodie yang saya pakai ni, boleh ke SUEperb MaMa Online Shop.

Cara pakai Tudung Hoodie Jenama ROSSE

cara pakai tudung hoodie rosse

Senangkan?? sarungkan je kat kepala kemudian pusingkan, dah siap!

tudung hoodie

tudung hoodie

Kalau korang nak try tudung ni, boleh pergi ke kedai diorang di Carrefour Wangsa Maju, kedai no 3, berdekatan dengan tempat letak kereta.

SUEperb mama b.card

Boleh juga Layari Facebook ROSSEcouture untuk keterangan lanjut, cantik-cantik tudung kat situ, nak juga menambah koleksi ni, cari warna orang-orang muda pulak lah heheee.

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge