Salam, baru ni buat menu Telur Bungkus, kali ke 2 buat, kali pertama buat tak ingat resepi hehee, kali ni buat ikut suka, resepi sendiri, guna benda apa yang ada dalam peti, alhamdulillah abis licin tanpa saya sendiri dapat merasainya wahahahhaaa, suka sangat! sebab hero-hero suka.
Asyik buat telur dadar, telur goreng, telur rebus je kan??, haahhh kalau rajin boleh cuba buat Resepi Telur Bungkus ni, ehemm nak share resepi coz rasa Telur bungkus ni sedap, hero-hero lah yang cakap gitu hehee, anak-anak cakap memang tak tipu tau!, suami sengih aje kikiki (suami cakap, saya pantang dipuji, nantikan seminggu berderet saya buat menu tu hahaha). ok jom tengok bahan-bahannya~
Resepi Telur Bungkus
- Ayam kisar ramly (basuh guna jaring)
- Sayur campur
- Bawang merah dihiris
- Sos Mae Pranom
- Garam & Ajinomoto sikit
- Sos cili, agak-agak lah ye
- Daun ketumbar
Cara Memasak
- Panaskan minyak sedikit
- Masukkan bawang merah, sampai naik bau
- masukkan isi ayam kisar, sayur campur, masak hingga lembut
- Masukkan sos mae pranom
- masukkan sos cili
- masukkan Garam, ajinomoto dan daun ketumbar
- Sedia untuk dihidangkan!
Cara menyediakan
- Letakkan inti tersebut diatas telur dadar, dah bungkus ler, untuk hasil yang comel, tekap pinggan sesiap kat kuali then terbalikkan.
- hiaslah telur tadi mengikut kreativiti anda.
Telur bungkus saya kat atas tu versi terbuka hehee, saje nak tayang inti tu kat anak-anak, barulah diorang minat nak makan, padahal kat dalam tu ada je benda-benda yang diorang tak makan macam sayur campur tu, tapi bila dibuat macam ni, tak sangka betul…diorang makan tanpa banyak songeh hahahahahhaaa.
– Selamat mencuba
Wah bestnyee telur bungkus ni. Lama xmakan masakan ni. Perut pun tgh lapar nie.
Memang sangat gigih la akak nie…. masak sambil nak ambik shot kan…. ni dah level telur bungkus restoran besar…..
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Restoran TONY ROMA’S MIDVALLEY
Dilihat dari gambarnya nampak menggugah selera, pintar sekali ni mbak Yanmie memasak telur bungkus …
Fauzie recently posted..Codilight : Free Download Responsive Magazine Premium WordPress Themes
terliur jap…
sama x macam kat kedai?
atau lagi sedap?
hahahhaa
mie recently posted..Bercuti Di Bali Bersama Malaysia Airlines
saya sendiri yang tgk pon rasa suka sebab nampak sedap
Juan recently posted..Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat 19 Oktober 2013
nak minta org rumah buatkan..
mcm sedap jer ni..
p/s: ada iklan seksilah kat blog ni.. goofthaigirl.com
Mus recently posted..Tempat Duduk Percuma AirAsia Sempena 2 Juta Like Facebook
* goodthaigirl.com
Mus recently posted..Adakah Kamera Saya Grey Set Nikon?
Memang sedap dan nampak terliur dibuatnya.
akubiomed recently posted..Nuffnang FoodFest 2013 Tw(eat) untuk makan dan minum
versi terbuka ni gerenti takde jual kat kedai…memang terbuka selera terus.
Denaihati recently posted..WordPress Master Class dan Insentif bulanan
Salam, kami student Universiti Malaysia Pahang, buat satu campaign awareness so that Malaysian will inspect their car regularly, mohon follow dan bantu kami sebarkan maklumat mengenai kempen ini 😀 http://umpautoinspector.blogspot.com/
UMP Auto Inspector recently posted..#fit2drive : Thank you Malaysian ! #umpinspector
Rasanya ni salah satu jalan penyelesaian untuk anak2 yang selalu tak makan sayur..
Hairul Azni recently posted..Keputusan Giveaway Mudah : Teka Gambar Dan Saya Kongsikan Komisen JDR Dengan Anda
fuhh..feveret tu..kalau makan kat luar, mesti order gak..
encik bakul recently posted..Jobdirumah tips – Kita kena terus berusaha.
Basuh guna jaring tu camna kak?
Ke basuh ayam tu dalam penapis?
Cikgu Hairul recently posted..Saya, Hotlink dan Twitter
nak masak untuk anak-anak memang kena kreatif kan.. utk bagi anak minat nak makan sayur.. huhu~
Akuro San recently posted..Bila JDT Kalah Dengan Kelantan