Bestnya Guna Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB

Salam, ehem seronok dapat gadget baru, lagi gadget yang memang sangat diperlukan macam Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB, 3.0 USB ni, hati berbunga-bunga seronoknya hihihi, makasih Toshiba Malaysia sebab bagi kita gadget comel ni. Nak tahu, Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB, 3.0 USB ni belum berada dipasaran Malaysia tau, kalau tak silap saya mungkin pertengahan bulan ni, jadinya bertuah rasa jadi antara orang terawal guna di Malaysia ni heheee.

toshiba external hdd

1st impression tengok Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB ni, perghhhh~ mengancam betul, kecil, slim dan ringan pulak tu, dapat pulak warna Silver ni, comel sangat!. untuk Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB ni ada 2 pilihan warna iaitu warna silver dan juga hitam tau.

ehemm…meh kita unboxing dulu yeee~

toshiba external hdd canvio slim 11

Tapak tangan saya lagi besar ^_^

toshiba external hdd canvio slim 11-e

Nak pegang pun senang, macam pegang handphone aje

toshiba external hdd canvio slim 11

Slim, memang menggoda!

toshiba external hdd canvio slim 11

Usb Port, yang tepi tu lampu

toshiba external hdd canvio slim 11

Belakang

Sebagai blogger tegar macam saya ni (eh tegar ke? hahaha), laptop sangatlah penting untuk membuat kerja-kerja blogging cum secretary kepada suami hihihi, nak pulak macam-macam gambar dan dokumen dalam laptop ni, pulak tu takde buat backup, kalau laptop rosak ke apa ke memang boleh menangis darah, tapi sekarang ni dengan adanya Toshiba External HDD Canvio Slim II ni kerja-kerja membackup sangat mudah dilakukan

Ianya di datangkan dengan Perisian NTI Backup Now Ez

NTI Backup now

  • Perisian NTI Backup Now Ez boleh mengklon komputer seperti sedia ada, jadi sekiranya ada masalah komputer crash ke dah tak perlu risau sebab boleh dapat balik sistem, data or apa-apa kat komputer tu tadi dengan NTI Backup Now Ez ni,  menarik kan??
  • Kita boleh pilih nak folder mana yang nak dibackup, dan boleh tetapkan masa untuk proses backup tadi, cukup masa dia atau auto backup, memang bestlah, semuanya berjalan dengan lancar!.
  • Apa yang menariknya, kita siap boleh letak password lagi tau!, orang lain tak boleh nak akses hihihihi
  • ianya juga didatangkan bersama software Pogoplug bernilai USD $29.25 untuk PC/Mac, (Free 10GB Cloud Storage), dengan itu kita boleh mengakses hard drive dimana-mana sahaja menggunakan Smartphone ataupun Tablet, hanya perlu install aplikasi Pogoplug di App Store dan Google Play Store, canggihkan??

Untuk makluman, NTI Backup Now Ez hanya menyokong platform Windows sahaja untuk full system backup.

 

detail spesifikasi toshiba hdd canvio slim ll

Spesifikasi Toshiba External HDD Canvio Slim II, Speed 5400 RPM, dengan USB 3.0 memang laju!, saya transfer gambar yang beratus pun kejap je, thumbs up lah~

Berminat dengan Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB ni bolehlah dapatkannya nanti pada pertengahan bulan ini, harga RM279.00 aje ^_^

– Sekarang Laptop dan Smartphone dah slim sikit sebab gambar transfer masuk HDD comel ni hikhik~

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

14 thoughts on “Bestnya Guna Toshiba External HDD Canvio Slim II 1TB

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge