10 Bulan Je Aku Dan Slim!, yep serius tak tipu, ini betul-betul, tak percaya tengok je gambar sebelum dan selepas. ehemmm bunyi macam serius je hahahaa, ini bukan saya ye, tapi Baby Irfan, godek-godek gambar lamanya, Ya Rabbi serius terkejut, banyaknya lelemak anak ku hilang, nampak susut banyak dah dia, mungkin sebab aktif sangat kot, manjat sana sini, buat itu ini, budak nak membesar kan. nak kata tak cukup makan, haishhh serba serbi semangat mak nye masakkan, hahaaha.
Ini gambarnya masa umur dalam 3-5 bulan macam tulah, belum pun mula makan lagi, tapi tengok kemain kembung pipinya hihihi.
Ada macam anak jepun tak? heheheee
yoooo!! jangan main-main dengan saya! hikhik
Bila tengok badan anak susut, jadi mula nak siasat apa yang tak kena, cukup makan ke tak?, nak kata memilih makanan tu tak juga, semua benda dia nak makan, benda tak boleh makan pun dia sumbat ke mulut, ermm…Baby Irfan juga masih menyusu susu ibu, no campur-campur ye!
Mungkin macam saya cakap tadi, dia dah makin aktif, dah pandai macam-macam, kalau sebelum ni kan kejenye melepek aje, so lemak pun naik sana sini heheeee.
ok layan gambar terkini pulak.
Slimnyeeee -..-“
Ha..takpelah slim sikit kan nakkkk…janji sihat alhamdulillah.
Perkembangan Baby Irfan 10 Bulan :-
- Dah boleh berjalan sikit
- Berdiri dan lepas tangan (ni dah berapa kali tergolek ermmm)
- walaupun dah boleh berjalan, tapi dia lagi suka merangkak wuuuu~
- Makan Biskut tanpa bantuan, alhamdulillah makan penuh tertib, habis kat mulut baru gigit lagi
- Oh ye gigi belum tumbuh lagi walaupun sebatang, tu makan gigit dengan gusi kikiki
- Dah pandai merajuk, sembam muka kat lantai tanda tak puas hati -..-“
- memanjat tangga, rak tv..
- Suka main peti sejuk, asal hilang je mesti duk depan peti sejuk
- baju saiz 18 bulan ke 2 tahun. padahal umur baru 10 bulan!
ehhhh banyak lagi, nanti listkan lain hihihi, dia pun tengah tido tu, ingat senang ke nak dapat update blog ni?? dia pun dah pandai mengacau tau, workstation pun dah tukar, bukan lagi di depan TV wahahahhaaa…
– Walaupun Baby Irfan dan pandai berjalan, tapi dia memilih untuk merangkak -..-“
Umurnya baru menginjak 10 bulan namun dah pakai pakaian bayi 18bulan – 2 tahunan berarti ini menandakan baby Irfan tumbuh dengan pesat dan sehat. Gizinya pasti terjaga ni, sukses mbak 🙂
Rina recently posted..Create Horizontal Tabbed Content Menu Using jQuery And CSS
maknanya semakin kacaklah. dah boleh berjalan danssegala benda ni, dah boleh gusti dengan abg ngah, abg long.
Denaihati recently posted..WordPress Master Class dan Insentif bulanan
Semoga baby Irfan bertambah sihat hendaknya.
walaupun irfan sudah kehilangan lemak2 namun kegebuan tetap ada…sedap digomol-gomol lagi tu..
ejam recently posted..Rindu Haq Rindu Aqil
Angah pun macam ni la Yan.. bulat
lama-lama makin membesar, bukan surut sebab sakit
dia dah aktif, tapi menyusu badan, tak perlu risau pun
Kujie recently posted..Kangen
Meh saya mahu cubit pipi2 gebu..Pipi gebu ini penangan ephyra juga ke?
eyriqazz recently posted..Restoran Marhaba – Masakan Arab Terbaik
tak sabar nak jadi irfan fazail kot. nak sepak bola. cuba bagi bola sebijik..
encik bakul recently posted..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAH
gambar last tu comel..
nufail pun makan gigit dengan gusi jugak
Mus recently posted..Kesan Khas Baru ‘HDR Scape’ Pada Aplikasi Snapseed
tahniah Irfan!!
Que recently posted..Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS | Cuti Deepavali dan Awal Muharram 2013
Susut sebab untuk ringankan badan supaya mudah berjalan. Tidak lagi chubby. 🙂
akubiomed recently posted..Makan pizza Papa John’s Pizza
Hhahahaa itulah, makin aktif manjat sana sini.
yanmie recently posted..10 Bulan Je Aku Dan Slim!
Biasa la tu kak.. depa makon aktif kan… humaira lg la… berat dr 8.8kg turun ke 7.9 dlm masa seminggu minggu lepas gara2 demam..huhu…
zie fauzi recently posted..Humaira Diserang Demam Sawan
ha’ah sebab makin aktif badan tu nampak lagi solid, pegang pun syiokkk pejal je. ni Irfan start admit hari tu badan susut, pastu mantain dah gini. makan memang kuat juga.
Moga Humaira cepat sembuh, sawan ni berulang zie, kena beringat sama tu
yanmie recently posted..10 Bulan Je Aku Dan Slim!
Kak…2 minggu lepas dmm sawan humaira demam lg.. jumpa pakar sana sini … last ambil neb baru ok…tak lalu makan sebab batuk berkahak… x lalu makan…itu yg berat turun mendadak…
zie fauzi recently posted..Humaira Diserang Demam Sawan
Oh alahaiii kesiannya dia, kalau macam tu kena beli neb, agak-agak kahak banyak buat je sendiri Zie, ada jual di Farmasi. faham sangat kalau batuk berkahak ni, penyakit yang paling akak risau, sebab baby kan tak reti nak keluarkan kahak tu. Irfan pun lately asik batuk selsema aje. naik risau juga erm…cabaran dalam membesarkan anak-anak.
Kesian Humaira, moga cepat sembuh.
yanmie recently posted..10 Bulan Je Aku Dan Slim!
terima kasih kak… dia dh makin ok dah.. makan pun dh makin berselera… tu la…terasa cabarannya masa anak2 demam ni… 🙂
zie fauzi recently posted..Humaira Diserang Demam Sawan