Blog SuperMak


Salam, alhamdulillah rezeki blogging lagi, saya Menang L4Grande – Peti Ais 4 Pintu Ala Perancis Dari Mitsubishi Elektrik. terima kasih pada Adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara, rakan-rakan yang turut menyokong saya dalam memenangi Peti Sejuk L4Grande ini. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih juga pada Advertlets kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi top 20 Blogger Malaysia menerima undangan untuk pelancaran Produk terbaru dari Mitsubishi Electrik ini pada April yang lalu.

mitsubishi electric showroom

Dan pada jumaat yang lalu, saya bersama suami serta anak-anak pergi ke Showroom Mitsubishi Elektrik untuk mengambil hadiah tersebut…ehem…

Seperti dijanjikan, pukul 10.30 kami tiba ditempat tersebut, kami disambut mesra oleh Ms. Kenix Kok, Produk Manager Mitsubishi.

mitsubishi electric showroom

Tepat pukul 10.30 acara penyampaian hadiah dimulakan, Hadiah di sampaikan oleh Managing Director Mitsubishi Electrik iaitu Mr. Soichi Suwa, berserta General Manager Mr. Voon dan Product Manager Ms Kenix.

mitsubishi electric showroom

Kami ^_^

mitsubishi electric showroom

Muka Happy hehee

mitsubishi electric showroom

Alhamdulilla…

Dan petang itu juga Peti Ais L4Grande ni dihantar ke rumah, memang pantas sungguh kan? hati berbunga-bunga nunggu hihihi, pukul 4 petang macam tu peti sejuk ni sampai, layan~

peti sejuk l4grande

Yeayyy dah sampai ^_^

peti sejuk l4grande

Dah nak sama tinggi dengan Sliding Door

peti sejuk l4grande

Gini lah gaya peti sejuk ni dimasukkan kedalam rumah heheee

peti sejuk l4grande

Mujurlah tak duk kat rumah flat ke apartment ke kan, kalau tak jenuh gak ler

peti sejuk l4grande

Ehem…hheee, video unboxing ada kat Instagram sana, pi godek IG saya ^_^

peti sejuk l4grande

Amboiii sakan 2 bradik ni hehee

peti sejuk l4grande

Peti dah di rasmi, tapi tak amik gambar lagi, layan jelah gambar dorang tu ye, pandangan keseluruhan. Risau tempek gambar banyak sangat, takut dikatakan “Riak”.

mitsubishi l4grande

Ginilah dia pandangan dalam Peti Sejuk L4Grande ni, memang besar dan luas, banyak compartment, senang nak guna, tak serabut. nak baca detail pasal peti sejuk ni boleh baca entry saya yang ini - Peti Ais L4Grande Terbaru Dari Mitsubishi Electric.

Dah berjela-jelah ni, nampaknya kena stop dulu hihihi, Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menyokong.

- Alhamdulillah..ni kalau beli RM5499.00 juga ni ^_^

42 Thoughts on “Menang L4Grande – Peti Ais 4 Pintu Ala Perancis Dari Mitsubishi Elektrik

  1. Untunglah …
    hasrulhassan recently posted..Mengapa Tiada Orang Baca Blog Aku?My Profile

  2. Lama dah nak ucap tahniah, cuma tak berkesempatan…dah tahu Kak Yanmie menang peti ais tu. Besar tu peti ais, boleh letak pelbagai barang….bagaimana peti ais yang lama. Kalau kedua-duanya digunakan, banyak tu elektrik yang digunakan. Nanti tak larat nak bayar bil elektrik pula. Nak senang letak di dalam bilo yang lama tu…tak suash-susah nak pergi ke dapur.
    sensasi2020 recently posted..Harga Minyak Naik, Kerajaan Juga Perlu JimatMy Profile

  3. Bestnya kak…besar sungguh…saya pun boleh masuk dalam tu…tahniah..tahniah :D
    AkmaOmar recently posted..Destinasi Honeymoon Impian Yang RomantikMy Profile

  4. peti besar daripada orang maknanya leh masukkan orang lam tu huhu :)
    Khairul Zamri recently posted..Wordless Wednesday 85 : Bottle That Glows In The DarkMy Profile

  5. Tahniah kak yan. Memang hadiah yang tidak ternilai ni. Fuh.. Bukan calang-calang hadiah ni.
    Hazmin Hamudin recently posted..Chicken McRib McDonald’sMy Profile

  6. tahniah puan…
    daddydee recently posted..Nyanyi Lagu Negaraku Dalam PawagamMy Profile

  7. wahh..best ni.Tahniah cik Yanmie, nengoknya pun dah gumbirakan semua orang, apatah lagi org yg mendpatnya, semoga terus murah rezeki,,:)
    cik matahariku recently posted..Cara Atasi Mood ke Laut : Buat Apa Yang Kita SukaMy Profile

  8. bestnyeee…. nis pun baru tukar peti sejuk.. yg lama bagi ke mak mertua di kampung.. suka juga dia ;)

    nis mmg mengidam yg besor2 mcm ni… tp masalahnya rumah kami kabinetnya terbina cukup2 makan je (tak boleh peti sejuk tinggi/besor sgt sbb nnti tak muat).. tukang kabinet tu lupe bab tu… haha…

    so… beli yg besar sikit je dari yg sebelum ni… jadilahh.. syukur jugalah… ada org sudi sponsor kan ;)
    Ummi Hanie @ Nis Azmier recently posted..Surirumah juga boleh mencarum di KWSPMy Profile

  9. perghh..besaqnya kak…bukan takat makanan… dgn org2 sekali boleh masuk…erkk…mintak simpang la… btw,tahniah kak…
    zie fauzi recently posted..Aksi Lucu Humaira Ketika MenyusuMy Profile

  10. Memang puas hati la dapat peti ais besar macam nie…. lepas nei dah boleh start bisnes aiskrim potong + aiskrim malaysia… hehehehe
    hazman aka species1980 recently posted..Saya Layak ke FINALE Smashies Baby Burger Eating ContestMy Profile

  11. Tahniah mbak dapat peti ais 4 pintu,,,
    semoga makin sukses nie dengan bloggingnya
    Rina recently posted..PHP Script To Detect And Show IP Address LookupMy Profile

  12. Tahniah kak yanmie.. Besarnya perti ais tu… Peti ais yang lagi satu tu tak ganggu ruang ker? Kalau rasa tak muat tempat, boleh letak yang lama tu dekat rumah saya… hehehe.. Gurau jer…
    Anuar recently posted..10 Entri Popular Blog Coretan Anuar Bulan Ogos 2013My Profile

  13. Tahniah buat Kak Yan..rezeki besar ni..
    Hairul Azni recently posted..Selipar TerbalikMy Profile

  14. Tanniah, besar gila peti air baru ini. Boleh kurang perbelanjaan duit minyak kerana kemampuan simpan lauk pauk lebih lama dengan peti ais baru.:-)
    akubiomed recently posted..Bermandi manda di air terjun Serendah Hulu SelangorMy Profile

  15. Perghhh murah sangat rezeki blogging tu..hahahaha..tahniah kak yan..
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #67 – Aku Rindu Saat Gembira IniMy Profile

  16. tahniah kak yan. eh dah tukar template :) peti lama tu tak nak let go ker?
    eliss recently posted..Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur , UiTM Shah AlamMy Profile

  17. Tahniah kak yan. peti ais lama dah boleh lelong…heee
    Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPressMy Profile

  18. wow…bestnya dapat peti ais besar…macam-macam boleh isi….
    sukma recently posted..Madah Harga Minyak NaikMy Profile

  19. wow wee tahniah yer Kak Yan , besar sungguh peti ais tuh!!! boleh simpan banyak stock makanan nampaknya….:)
    papa mifz recently posted..Wordless Wednesday – Header BaruMy Profile

  20. wow! menang peti ais besar… mcm mana dengan peti ais yg lama? kena ‘let go’ lah yerk? huhu~
    Akuro San recently posted..Tempahan Kek Red Velvet dan Muffin BlueberryMy Profile

  21. Tahniah Yanmie .. memag best kalau ada peti ais besar tu :D
    anastaayea recently posted..Daftar Syarikat EnterpriseMy Profile

  22. tahniah Yan. macam2 boleh isi dalam peti sejuk tu.
    ciklaili.com recently posted..Bloglist Setahun Dari ciklaili.comMy Profile

  23. wah..besarnya peti ais

    jeles saya..
    tahniah kak yan
    lisa recently posted..Jodoh itu Milik Kita episode 8My Profile

  24. Besarnya peti ais.. Kalau duduk rumah flat memang kesian kat orang tu nak angkat naik peti ais besar macam ni..
    Anarm recently posted..Harga Domain 20 SenMy Profile

  25. besarnya peti ais tu..boleh simpan banyak makanan….tahniah….
    ema recently posted..Mee Udang Kuala SepetangMy Profile

  26. puas hati.. memang besar punya!
    Mus recently posted..Kategori-Kategori Kamera DSLR Keluaran NikonMy Profile

  27. siap dengan isi dalam kah? hehe
    encik bakul recently posted..Apa itu MyKad Smart Shopper?My Profile

  28. besaunya…
    memang bestlah irfan dan abang2nya boleh main sorok2 lepas ni..hehe
    tunggu sikit hari lagi irfan bleh capai dan buka pintu peti sendiri jawabnya main air batu jeler…hehe
    ejam recently posted..Hanya Kerana Skru Buangan.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation