Kicap Bukan Punca Luka Hitam

Salam, amboiii kemain sibuk benar sampai tak menyempat nak update blog hihihi, cuti maa…so saya pun nak cuti juga hikhik, sebenarnya gini lah kalau time cuti memang saya tak on laptop/jarang depan laptop, perhatian sepenuhnya pada family tercinta, melainkan ada job urgent yang perlu dibuat time tu.

Hari ni alhamdulillah anak-anak nampaknya semua dah semakin sembuh dari Demam Chicken Pox, tinggal lagi kesan-kesan parut tak hilang lagi, ambil masa juga tu nak hilang, takpe janji badan dah sihat, takde panas-panas lagi.

Anak-anak pun dah mula bersekolah macam biasa, alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH memberikan kesihatan kepada anak-anakku.

Dalam pada anak demam chiken pox hari tu, ada jugalah berpantang antaranya :-

  • Tak boleh makan telur
  • Tak boleh makan udang, sotong
  • Tak boleh mandi – tapi saya mandikan juga huhuuu, sian badan tak selesa
  • Tak boleh kena hujan
  • Tak boleh makan kicap – ni duk terikut petua orang kehkeh

Tapi korang tau tak yang sebenarnya kicap bukanlah punca luka menjadi hitam!, boleh baca keratan surat khabar yang telah dikongsikan oleh Saudara Mustaffa Yasin dalam laman Instagram beliau.

Terima kasih Tag saya di Instagram.
 

Jadinya tidak ada masalah untuk makan kicap lepas ni ye, bukan apa saya yang tak kena chicken pox ni pun kena berpantang juga, sebab Baby Irfan menyusu susu ibu, jadi apa yang saya makan, itu yang Baby Irfan dapat, saya menitik beratkan apa yang saya makan sejak saya mula menyusukan Baby Irfan ni, kena jaga makan untuk beri dia makanan yang berkhasiat ^_^

So ingat, kicap bukan punca luka jadi hitam, tapi apa pun terserah pada pandangan masing-masing, kalau saya ni pantang-pantang gini memang selalu gak ler langgar hahahaa (teruk betul!)

 – Ada tips tak untuk hilangkan parut chicken pox ni?

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

20 Replies to “Kicap Bukan Punca Luka Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge