Ephyra Terbukti Berkesan

Salam, ingat lagi tak entry saya yang lepas? kalau ada yang tak baca lagi bolehlah terjah entry ini “Ephyra Serlahkan Kecantikan”, saya dah guna Produk ni dah nak masuk 1 bulan (tinggal beberapa hari lagi), Alhamdulillah Ephyra Terbukti Berkesan!, bukan cakap kosong tau!

Ephyra

banyak sebenarnya kesan positif dan manfaat saya dapat dari pengambilan Produk Ephyra ni, malah sebagai ibu yang menyusukan bayi, secara tidak langsung bayi pun akan mendapat manfaat dari pengambilan Ephyra tersebut.

Jom saya senaraikan kenapa Ephyra ini terbukti berkesan:-

Tenaga

Alhamdulillah, semasa pengambilan Ephyra ini, seawal 3 hari saya dah dapat rasa kesan yang positif dari segi Energy booster, badan terasa ringan, cergas sepanjang hari. maklumlah SUPERMAK macam saya ni kalau tak kena cara memang lembik jadinya, buat kerja serba serbi tak pernahnya habis, kerja bersambung-sambung dari siang bawa sampai ke malam, time malam je dapat rehat, penat tau!, siapa kata suri rumah duduk goyang kaki je??, jadi dengan Ephyra ini ianya dapat membantu saya bertenaga dan cergas sepanjang hari.

Lawas

Ehem…tang membuang serba serbi lawas, suka sangat!, tak perlu nak mengelamun lelama dalam tandas, hihihi memang terbaiklah!

Rambut

Bab ni tersangatlah suka, nak melompat-lompat rasa hahahahhaa, mana tidaknya sebelum ini saya mengalami masalah rambut gugur yang boleh dikategorikan “Teruk” juga sejak bersalinkan Baby Irfan. Dengan Ephyra ini, alhamdulillah masalah rambut gugur dah berkurangan, dah tak takut nak sikat rambut, kalau sebelum ni cuma sikat dengan jari aje kikiki, kesian kan??, bukan apa takut nengok rambut yang gugur tu.

Kulit Muka Licin dan Cerah

Saya sebenarnya tidaklah mempunyai masalah yang serius dengan kulit muka, muka tidak berjerawat besar-besar tu, alhamdulillah, tetapi yang menjadi masalah adalah jerawat kecil-kecil tu, ala jerawat pasir ke apatah orang panggil, rimas juga ler bila sapu muka duk terasa jerawat tu hiks!, dan alhamdulillah dengan pengambila Ephyra, masalah jerawat pasir dapat diatasi, wooooww!! serius thumbs up!, tak tipu..rasainya sendiri okeh!

yanmie

Sebelum & Selepas tanpa sebarang Makeup ^_^

Selain kulit muka jadi licin, jeragat pun semakin pudar, liang pori mengecil, mungkin tang ni hanya diri sendiri je kot yang dapat rasa perubahannya, yelah takkan nak suruh orang lain tenyeh jari kat pipi saya pulak kan? hihihi, tapi syiok sebab hero-hero dah tegur perubahan ^_^

Kulit muka menjadi cerah berbanding sebelum penggunaan, natural beauty orang kata, tak perlu tenyeh foundation ke apa ke untuk nampak lebih cantik, dengan Ephyra ni, sapu bedak je pun dah memadai, itu pun dah nampak macam pakai fondation hihihi. Oh ye sebenarnya bukan tang muka aje, tangan pun nampak cerah, kulit halus je, tak kering macam sebelum ni, alhamdulillah.

Bibir Menjadi pink

Ehemmm….nak tulis ke tak ni? hahahahaha, saya bukanlah yang berkulit cerah, so dah tentulah bibir tak warna pink macam orang lain tu, tapi dengan Ephyra ni dapatlah rasa perubahan tang bibir ni, tidak ada masalah kekeringan bibir atau menggelupas, bibir sentiasa rasa lembut dan bibir menjadi pinkish gitu.

telekung lycra

Gambar lepas solat, clean and clear ^_^

Mulanya saya pun tak perasan, anak sulung saya (Aiman) tegur, “Ibu kat rumah pun nak pakai gincu ke?”, lantas saya cari cermin heheee, saya bukan jenis yang selalu tengok cermin. ehemmm..sekali tu tengok, hihihi..yelah..pink sikit kan? kikikiki, syiok!

Susu Ibu Meriah

Ehem hihihi, nak tahu sejak ambil Ephyra ni, bukan manfaat dapat ke saya je, malah ke Baby Irfan sekali, alhamdulillah, seronok sebab Susu Ibu semakin Meriah. untuk pengetahuan Baby Irfan menyusu susu ibu sepenuhnya.

Tidak Ada Parut Chicken Pox pada Bayi Menyusu Susu Ibu

Baru-baru ini Baby Irfan kena Chicken Pox, alhamdulillah tidak ada parut chicken pox yang tinggal di badan mahupun kakinya, lega sangat. hari tu dia kena sekali dengan abang-abanya, yang abang-abang parut chicken pox ada, tapi baby Irfan kulit licin aje, takde sebarang kesan chicken pox pun.

baby irfan

Sebelum

baby irfan

Selepas

Ternyata Ephyra merangkumi keseluruhan. Yelah baby Irfan kan fully breastfeed, so dah tentulah Ephyra ini membantu untuk menghilangkan parut.

InsyaALLAH saya akan teruskan pengambilan Ephyra dengan kotak ke 2, nantikan juga hasil dari kotak ke 2, tak sabar juga ni.

testimoni ephyra

Korang, saya cadangkan untuk mencuba Ephyra ni, tak rugi sebab ianya merangkumi keseluruhan, dan yang penting ianya mempunyai sijil Halal dari Jakim dan Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dah alang-alang bercerita tentang Ephyra ini, suka saya berkongsi dengan pembaca blog ini, Ephyra akan berada di Ekspo Makanan Halal Terbesar Malaysia. Ekspo yang menghimpunkan barangan HALAL yang sebenar-benar HALAL, bukan hanya HALAL pada mulut-mulut atau logo HALAL palsu, tetapi HALAL yang diperolehi dari JAKIM. Ingat jangan tertipu dengan status halal sesuatu barangan. kita ni nak makan benda-benda gini kena tahu status HALALnya, Ingat setiap apa yang kita makan akan menjadi darah daging!

Ephyra di HALFEST

Pada 2-6 Oktober ini, kunjungi Booth 078 untuk dapatkan promosi hebat dan cabutan bertuah bersama Ephyra.

Ephyra di HALFEST

Weehhooo hadiah pun syiok ni~

Promosi untuk pembaca blog saya :-

Hanya mention nama blog : yanmieonline.com dan anda layak mendapatkan harga promosi untuk produk Ephyra ni!, 2 kotak cuma RM 380.00, harga 1 kotak RM 197.00 (mengandungi 30 sachet – 1 bulan).

Untuk maklumat lanjut, sila layari

1)website official – www.oceanlife2u.com

2)facebook- www.facebook.com/oceanlife2u

3)instagram- ephyra2u

Untuk info @ pembelian boleh email di info@oceanlife2u.com

Atau hubungi HQ : 0341417889 | sms 019 3999 238

*Gambar dalam entry ini menggunakan Kamera iPhone 4s

– Alhamdulillah suka dengan kesan positif Ephyra, korang kena cuba!

You may also like

21 Comments

  1. Salam,

    being an authorised EPHYRA dealer, im so excited to share with you the product that has giving wonders to most of the ladies out there.

    FYI, im selling EPHYRA at a very good deal! (below market price for sure!)

    let me know if you are interested 🙂

    spread the love!

    Izza (EPHYRA Authorised Dealer)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

    1. Alhamdulillah syukur seronok guna produk ni, berkesan pada diri sendiri, sebelum ni tengok testimoni orang lain dan terfikir betul ke berkesan, dah ambil dan alami sendiri barulah percaya dan yakin produk ni sangatlah baik dan berkesan, alhamdulillah.
      yanmie recently posted..Ephyra Terbukti BerkesanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge