Cantik Dan Kurus Tanpa Pembedahan

Salam, baru ni saya dan beberapa orang blogger telah dijemput untuk menghadiri Taklimat berkenaan Rawatan Thermage dan juga Liposonix yang bertempat di Beverly Widshire Medical Center di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Mujurlah tak susah cari tempat ni.

beverly wilshire medical center

Memandangkan Baby Irfan masih menyusu susu ibu, saya bekalkan dia dengan susu, beri pada ayahnya, diorang semua lepak di KLCC, jadi takde masalah untuk menghadiri event macam ni, alhamdulillah masih boleh bersosial rupanya hahahahaa.

beverly wilshire medical center

Doktor Karen Po Menerangkan tentang kaedah rawatan Liposonix & Thermage

Ok cerita tentang event ini, kami diterangkan tentang rawatan Thermage dan juga Rawatan Liposonix, teruja jugalah dengar dan tengok testimoni dari dua-dua rawatan ni, Siapa yang tak nak cantik dan punya body yang cun kan? hihihi.

Rawatan Thermage

Rawatan Thermage

Untuk rawatan Thermage ni best sebab tak perlukan pembedahan pun, memang berkesan rawatan Thermage ni untuk menengangkan muka, menganjalkan kulit, kiranya nampak awet muda lah dari umur sebenar, bestkan??

Selain tu boleh juga membantu untuk menghilangkan lemak dan selulit kat badan. Ianya menggunakan tenaga frekuensi yang agak tinggi tetapi sebelum itu pelanggan akan diberitahu kesesuaian peringkat kepanasan mengikut ketahanan pelanggan.

Apa yang menariknya dengan rawatan Thermage ni, selesai sahaja menjalani rawatan ini, kesan serta merta dapat dilihat, malah kesan sampingan seperti bengkak atau merah-merah tidak kelihatan, boleh je bersolek lepas tu…

Jangan risau, rawatan ni adalah selamat, tidak menggunakan pembedahan ataupun suntikan, Sebelum proses dijalankan, terlebih dahulu muka di tandakan ditempat yang nak dibuat tu. Kejap je prosesnya, terus serta merta nampak hasil tau!

Rawatan Liposonix

mesin liposonix

Mesin Liposonix

Teruja dengan Rawatan Liposonix ni, mana tidaknya rawatan 1 jam untuk kurang 1 inci, woww…orang badan tak berapa nak cun macam saya ni mesti suka rawatan ni hihihi.

rawatan liposonix

Tempat pun selesa sangat, memang terbaiklah

Rawatan Liposonix ni selamat, tidak menggunakan kaedah pembedahan, ianya menggunakan kaedah ultrasound dengan frekuensi tenanga yang tinggi untuk menghapuskan lemak degil tersebut, memang berkesan untuk buang lemak degil, ianya tidak menyakitkan, malah lepas buat rawatan ni dah boleh balik, buat kerja rumah atau shopping macam biasa hehehee.

rawatan liposonix

Mesin Liposonix yang digunakan, merupakan kaedah rawatan yang pertama di Malaysia.

rawatan liposonix

Terlebih dahulu ukur lilit pinggang akan diambil dan ditandakan sebelum proses pemecahan lemak dilakukan, dan setelah itu barulah proses tersebut dijalankan.

rawatan liposonix

Jangan salah faham ye, Rawatan Liposonix ini untuk membuang lemak degil, terutamanya inci-inci terakhir yang sangat degil untuk dihapuskan. so dengan kaedah ini, lemak degil tersebut dapat dihapuskan dalam masa yang singkat, ianya tidak memerlukan rawatan yang berulang, hanya dengan sekali rawatan sahaja, hasil serta merta dapat dilihat, seluar yang sebelum ini tak boleh pakai pun boleh pakai lepas tu..kiranya dia kurangkan dalam 1 inci gitu (2.5cm), banyak tu!, dan kesan sepenuhnya dapat dilihat dalam masa 8-12 minggu!

beverly wilshire medical center

Untuk keterangan lanjut berkenaan 2 kaedah rawatan ini, boleh layari laman web www.solta.com ataupun menghubungi mereka seperti dibawah ini :-

Beverly Wilshire Medical Centre

Level 8 & 9, Dijaya Plaza, No. 237 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Tel: +603 2118 2888 / +6018 238 2888

Email: enquiries@beverlywilshiremedical.com

Business hours: Monday-Friday 8am-2am / Saturday 8am-3am

Enhanze Medical Aesthetics Centre

Suite 206, Level 2, Block D, Phileo Damansara 1, No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350

Petaling Jaya, Selangor

Tel: +603 7960 1788 Fax: +603 7960 2788

Email: customercare@en-hanze.com

Business hours: Tuesday – Friday 10am-2pm / Saturday 10 am-5pm

Dr Alice Total Wellness Specialist

No 62-1, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

Tel: +603 2282 0994 (Bangsar) / +603 3324 6994 (Klang)

Email: info@alice2u.com

Business Hours: Monday-Saturday 10am to 8pm

Klinik Ko (Puchong)

52A, 2nd Floor, Pusat Perdagangan 1 Puchong, Jalan OP 1/5, Off Jalan Puchong, 47160 Puchong,

Selangor

Tel: +603-8076 4713 / +603 8076 4715

Business Hours: Monday-Friday 10.30am-7pm / Saturday 10.30am-6pm

Sands’ End Aesthetics @ Klink Ujong Pasir

71E & 71F, Jalan Ujong Pasir, Ujong Pasir, 75050 Melaka

Tel: +606-2862988 / +606-2838388

Email: sandsend@sands-end.com

Business Hours: Tuesdays-Saturdays 9am-1pm, 3pm-5pm / Sundays and Public Holidays: 9am-1pm

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge