Salam, ingat tak entry saya sebelum ini yang bertajuk “Suka Dengan Beras Jasmine Basmathi King?”, hihihi ok sebenarnya saya masak Nasi Jagung Hujan Panas Beras Jasmine Basmathi King untuk jamuan raya. 3 malam berturut-turut rumah kami kena serbu, so apa lagi memang sibuk bebenarlah raya ni.
Nak masak Nasi Jagung Hujan Panas ni tak ada lah susah mana pun, senang je, yang penting pemilihan beras tu kenalah sesuai, masak guna beras Basmati barulah sedap, lagi guna beras super panjang Beras Jasmine Basmathi King ni, memang sedap tau!, aroma dari beras tu sendiri dah membangkitkan selera.
Jom saya kongsi resepi Nasi Jagung Hujan Panas
Bahan-bahan :-
- Beras Jasmine Basmathi King 5 Pot (yang atas ni anggaran untuk 7 orang), rendam dahulu 30 minit
- Bawang Besar 1 Ulas
- Halia besar 2 ibu jari
- Serai 2 batang di titik
- Bunga Cengkih 3
- Kulit kayu manis 2 batang
- Buah pelaga 5
- Pewarna Hijau, Kuning & Merah
- Mentega 3 Sudu Besar
- Jagung Manis 1 Cawan
- Kismis 3/4 Cawan
- Susu Cair 1 tin
- Stok Ayam pekat 4 sudu
- Sedikit garam
Cara Memasak :-
- Panaskan Mentega dan tumis bawang, halia, serai, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga naik bau.
- Masukkan beras
- Masukkan susu cair 1 tin
- Stok Ayam
- Air mengikut sukatan anda
- Masak macam nasi biasa
- Bila nasi dah mula kering sedikit, masukkan jagung dan kismis, gaul rata
- tutup periuk dan kecilkan api, biar sampai masak
- Buka penutup periuk dan buatkan beberapa lubang dan letak pewarna dalam lubang tersebut
- biar seketika, kemudian gembur-gemburkan menggunakan garpu.
- Sedia untuk dihidang.
Nasi ni sesuai makan dengan lauk apa pun, semuanya sedap, makan nasi gitu je pun dah terangkat sedapnye hihihi.
Cubalah Resepi Nasi Jagung Hujan Panas Beras Jasmine Basmathi King ni, sedap tau, nasinya panjang-panjang, aroma nasi tu memang wangi, tambah pulak dengan bahan-bahan dalam menu nasi ni, memang ngam betullah.
*Frust upload video masak tapi tak boleh pulak 🙁
– Selamat mencuba ye ^_^
jalan-jalan cari resepi nasi jagung.. nak gi cari beras basmathi ni..dah terliut tengok untuk masak berbuka puasa
tutyrahiza recently posted..Atasi Masalah Susu Merudum Ketika Puasa
Nak cuba juga ni Yan.
Kak Long Mawar Merah recently posted..De Palma Ampang
Wah kak dah boleh buat blog resepi ni.
profhariz recently posted..MyKad Smart Shopper – Daftar, Diskaun, Point, Tebus
sepinggan insyaAllah kenyang 😉
lama giler tak buat nasi hujan panas
macam2 kaler ni..yummy..nampak sedap..open house kak..hehehe
Banyak bahan-bahan yang diperlukan. Puas hati makan beras panjang. 🙂
akubiomed recently posted..Membidik Silvery Lutung di Bukit Melawati
iyeee confirm sedap…makan nasi gitu pun dah sedap, plus pulak dengan lauk-lauk memang tak nak berhenti makan 😀
yanmie recently posted..Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3
melihat gambarnya saja sudah membuat saya jadi pengen makan, kalau pakai beraas biasa kira2 bisa tidak ya…
Rina recently posted..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPress
Boleh juga guna beras biasa, tapi guna beras basmathi untuk menu seperti ini lagi sedap
yanmie recently posted..Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3
saya pon pekena juga nasi hujan panas ni, tp xda la jagung dan guna beras basmathi nih
Juan recently posted..Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Batang Keladi
Try letak jagung dan kismis sedap tau.
yanmie recently posted..Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3
kak yan, kak jie, dengan puan bee ni mmg duta beras jasmine basmathi king ea???hehe
Repain recently posted..SEKILAS PANDANG PROTON SUPRIMA S
Kebetulan kot hihihi
yanmie recently posted..Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3
heheh..nmpk mcm dah berpakat la pulak..
Repain recently posted..KELEBIHAN PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL
tengok gambar pun dah terangkatlah kak yan….
Denaihati recently posted..Ninetology Memperkenalkan Tiga Telefon Pintar Baru Siri U9
Tu baru gambar, belum try lagi hehee
yanmie recently posted..Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3
Perghh…makan ngan sambal telur pun sedap dah nie… tapi kalau makan ngan MAK TEH confirm saya tambah 3,4 kali…heheheheh
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Pulut Kuning MALAM JUMAAT
Tudiaaaa melantak namanya tu hihihi, nasi ni sesuai makan dengan lauk apa pun, memang sedap 🙂
yanmie recently posted..Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3
Sedapnya nasi jagung. Macam nasi hujan panas pun ada.
rozuan recently posted..LUNCH @ LEVAIN BUKIT BINTANG
Memang nasi jagung hujan panas pun 😀
yanmie recently posted..Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3