Salam, nak kongsi Makanan Bayi, Baby Irfan dah pun 8 Bulan, Alhamdulillah, setakat ini saya dah pun mengenal pasti apakan Makanan Kegemaran Baby Irfan, banyak juga try and error yang saya lakukan, setakat ini semua makanan yang saya berikan semua boleh Irfan makan, Alhamdulillah.

bubur labu dan kurma

Makanan yang paling top sekali dia suka iaitu makanan Sunnah Nabi, Kurma. Alhamdulillah. Makan gitu je pun memang dia suka, lagi dicampur dalam bubur nasi lagilah bertambah Ummmppp.

Dah suka makan kurma tu, up pulak dengan Labu, memang ngam sungguh-sungguh kat tekaknye, bagi 1 mangkuk pun boleh habis rasanya, tapi saya tak bagi makan sampai 1 mangkuk, takut sebab ruang perut Irfan masih kecil, tak macam kanak-kanak lain, Baby Irfan baru 8 bulan, so slow-slow, jangan layankan sangat nafsu korang yang ghairah nengok anak makan sampai buncit, risau saya! heheee, makan ala kadar sudah, dia lapar lagi bagi lagi. itu cara saya, tapi setakat ini Baby Irfan cuma makan 3x sehari. selebihnya macam biasa menyusu susu ibu.

kurma

Saya pilih jenis Kurma Hadis, lembut dan sedap

pumpkin

Untuk sekali masak, 3x makan, saya hanya gunaka 1 slice sahaja

pumpkin and dates

Ok inilah dia bahan untuk sekali masak (untuk 1 hari), saya dah tak buat stok, coz rasa enjoy masak hari-hari untuk Baby Irfan ^_^

Resepi Bubur Nasi Campur Labu Dan Kurma :-

(Untuk 3x makan)

  • Beras 3 sudu
  • Labu 1 Slice
  • Kurma 5 biji
  • Air

Cara Memasak :-

  • Basuh beras, masak macam nasi cuma air kena banyak, masak sampai kembang, agak-agak nak kering tambahkan lagi air.
  • Masukkan Labu dan Kurma
  • Masak hingga semua bahan bersatu.
  • Sedia untuk dihidang.

bubur labu dan kurma

Sekarang ni Baby Irfan makan bubur dah tak perlu blender lagi dah, yang ni gambar bubur yang dah diblender, tak ambil lagi gambar yang baru, tak ingat sungguh hihihi. ni makan bertambah-tambah juga.

Baby Irfan

Baby Irfan

Gambar seksi, masa kena Demam Campak baru ni

Nanti saya share lagi menu apa yang menarik untuk makanan bayi ni, banyak sebenarnya, mak pak kena kreatif dalam mempelbagaikan menu makanan mereka.

- Mak datukkkkk sibuk betul sampai takde masa ngadap blog -..-”

21 Thoughts on “Makanan Bayi – Resepi Bubur Nasi Campur Labu Dan Kurma

  1. Seleranya tgk baby Irfan makan…Bukan main berketak lagi tangan die…Bam bam….

  2. Amboi selera makan. habis baby irfan makan.

    Seakarang irfan dah pandai makan kentang
    Mazni Azmi recently posted..Tudung Bawal Labuh Ombre Dari Puan JunaidaMy Profile

  3. Terima kasih dgn perkongsian…boleh dijadikn panduan

  4. umi mikhail on April 30, 2014 at 4:34 pm said:

    terima kasih di atas perkongsian…
    akan jadikan resepi utk anak nnti..
    tq

  5. Anonymous on April 29, 2014 at 9:40 am said:

    assalammualaikum,

    mohon share yer ..

  6. rohayati on March 25, 2014 at 2:40 pm said:

    salam…mohon copy resepi. tq in advance

  7. tatypikirkandye on February 10, 2014 at 10:53 pm said:

    nampak sedap.. nak try buat for our assisment.. thanks sebab share makanan ney.. hehe.. :)

  8. terliur pulak bukan baby nengok :p hehehehe. boleh cuba utk my nayla nanti. skang paling dia suka makan bubur nasi letak carrot. buah lak buah pear no 1.
    eliss recently posted..Tersalah terjemah, tersalah ejaan, bukan hanya di negara China sahajaMy Profile

  9. Amboi… berketak2 tangan si irfan.. geram!
    SYANI recently posted..WW 2013 # 35My Profile

  10. Farhan on August 28, 2013 at 11:15 am said:

    Labu tak menyebabkan baby kembung ke?

  11. labu memang dah lemak , tambah pula kurma manis , memang sedap laaa …. bagus irfan ..
    puanbee recently posted..Kenali Rawatan Liposonix Untuk Kembali Kurus Dan LangsingMy Profile

  12. Berselera anak kak Yan makan. Tapi kalau saya makan labu tu memang tak la..hehe. Kurang gemar sikit..
    amirnawawi recently posted..Beraya Bersama Kawan-kawan MRSM JeliMy Profile

  13. mudah betol nk masak bubur tu..nak try utk diri sendiri la..heheh
    Repain recently posted..PERKARA YANG GOOGLE RAHSIAKAN TENTANG ANDROID OSMy Profile

  14. rajinnn kak irfan melayan bby irfan makan ;)

    poo2 dia dah mula berbau mucuk tak? hihii… klu bby belum mkn ni poo2 dia masyem2 jer kan…
    Ummi Hanie @ Nis Azmier recently posted..Paku Pontianak – sinopsis dan trailerMy Profile

  15. Sukanya dia makan sampai licin. :-)
    akubiomed recently posted..Tapau Ayam Goreng Wendy’sMy Profile

  16. wah…baby irfan dah pandai suap sendiri.
    Denaihati recently posted..Merdeka Merdeka @ MaTiCMy Profile

  17. memang sedap sangat2. pernah rasa sesudu pun dah sedap heheheh.
    Azie recently posted..Makanan Kucing Jenama Pro DietMy Profile

  18. fuhh..mesti irfan suka nih..
    encik bakul recently posted..MyKad Smart ShopperMy Profile

  19. Terima kasih di atas perkongsian resepi bubur nasi labu dan kurma. .bolehlah saya gunakan resepi untuk anak ke 3 yang akan lahir tak lama lagi. ..
    anuar recently posted..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Telah Di Buka JualannyaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation