Lelaki Fahaman Syiah Solat Di Harbour Mall Sandakan Sabah

Salam, Lelaki Fahaman Syiah Solat Di Harbour Mall Sandakan Sabah, itulah yang rakan saya kongsikan semalam melalui Facebook. Terkejut juga tengok video yang telah dikongsikan oleh orang awam, yang mana sempat merakamkan video lelaki tersebut secara terang-terangan mengerjakan solat Asar di Surau HARBOUR MALL Sandakan Sabah.

Lelaki Fahaman Syiah Solat Di Harbour Mall Sandakan Sabah telah di muat naik petang semalam dan mendapat pelbagai respon dari rakan-rakan yang lain.

Sejujurnya sebagai anak jati Sandakan, Sabah, saya terkejut sangat tengok Video tersebut, terus saya meng”youtube” video cara orang Syiah Sembahyang, cara lelaki tersebut sembahyang menyerupai fahaman Syiah, kalau betul-betul lah ini terjadi, berharap sangat pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang seterusnya, kita tak nak ajaran sesat ini ini semakin berkembang, nauzubilla…

Terkini baca di Mstar tadi, dilaporkan, JAIP Pantau Fahaman Syiah di Pahang, harap sangat fahaman ini tidak terus berkembang di Malaysia.

*Sengaja saya tidak mahu meletakkan video tersebut disini.

9 Comments on Lelaki Fahaman Syiah Solat Di Harbour Mall Sandakan Sabah

  1. Mohd Shubhi
    August 23, 2013 at 11:13 pm (1 year ago)

    Sebenarnya dah lama fahaman Syiah ni merebak masuk hinggap pada orang Melayu. Ada beberapa kawan saya juga turut terjebak…susuh nak berhujah dengan mereka
    Mohd Shubhi recently posted..Suka cari masalah – baik untuk andaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge