Hujan Meteor Perseids Di Malaysia Malam Isnin 12.8.2013

Salam, Hujan Meteor Perseids Di Ruang Angkasa Malaysia Malam Isnin 12.8.2013, Fenomena pancuran/hujan meteor ini dijangka akan dapat dilihat diruang angkasa Malaysia pada malam Isnin nanti sehingga subuh selasa ini. Dikatakan pancuran meteor Perseid ini adalah antara yang paling menarik kerana cahayanya terang dan ianya juga boleh dilihat dengan mata kasar kita di kawasan lapang.

meteor perseids di malaysia

Jadinya bagi anda yang ingin mencerap Meteor Perseids ini,  pastikan anda berada dalam keadaan gelap untuk memudahkan anda melihat Pancuran Meteor tersebut tanpa gangguan dari cahaya lain. Waktu terbaik untuk menyaksikan hujan meteor ini iaitu selepas bulan terbenam bermula pada pukul 11 malam isnin.

meteor perseids di malaysia

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer, oh ye kebetulan ianya berlaku setiap bulan Ogos tiap tahun.

Menurut Bill Cooke dari NASA Meteroid Office melalui laman webnya, dijangka 1 meteor akan muncul pada setiap minit ketika ianya mencapai waktu puncak meteor.

– Berharap sangat dapat menyaksikan fenomena Hujan/Pancuran Meteor ini, insyaALLAH.

You may also like

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge