Anak Demam Campak – Cara Merawat Demam Campak

Salam, Anak Demam Campak – Cara Merawat Demam Campak, ingat lagi tak sebelum ni saya entry Baby Irfan Pertama Kali Demam – Admit Hospital, rupanya Baby Irfan Demam Campak, bukan setakat demam panas biasa, tapi hari ini alhamdulillah Baby Irfan dah sembuh sepenuhnya, merah-merah dibadan dah pun hilang, lega rasanya. So Ibu dah tak perlu nak berpantang hihihi, ni sebab Baby Irfan menyusu susu ibu, so makan kena berpantang, tak boleh makan makanan yang gatal.

anak demam campak

Tengoklah banyakkan ruam campak kat badannya, keseluruhan badan merah, sampai ke alat sulitnya, memang kesian, Baby Irfan tak selesa, merengek 24jam, dan 24jam tu jugalah harus berkepit dengan Ibu, taknak kat sapa-sapa langsung, hinggalah sekarang alhamdulillah dah sembuh pun masih nak kat ibu lagi, hemmm…adakah disebabkan dapat layanan istimewa sebelum ini terus menerus nak kat ibu saja??

anak demam campak

Seluruh badan tau, memang mak pak kena tahan lah sikit dengan karenah anak kalau tengah tak sihat macam ni, 24jam merengek, serba serbi tak kena.

anak demam campak

Dah naik ke bahagian kaki ok sikitlah, kalau kat tapak kaki pun dah naik juga tu maknanya campak tu dah keluar habis, tinggal je lagi ruam campak tu hilang, untuk baby Irfan dekat 4 hari juga kot baru elok semula kulitnya.

lotion calamine

Untuk mengurangkan rasa gatal, saya sapukan Lotion Calamine, alhamdulillah nampak serasi dengan Baby Irfan, sehari 4-5 kali juga saya sapu keseluruhan badannya.

Ok jom saya kongsi cara saya merawat demam campak Baby Irfan :-

1. Jangan pakaikan anak baju, biar berlengging hihii sebab kalau pakai baju nanti badan makin bertambah rasa gatal dan panas

2. Sebaiknya jangan pakaikan pampers sebab kencing baby boleh buat ruam lagi bertambah gatal, tapi saya pakaikan juga sebab guna CD time macam ni tidak berapa nak sesuai rasanya. so dengan pampers ni saya kerap tukarkan bila perlu.

3. Kerap menyapu Lotion Calamine (gambar diatas), bagi mengurangkan rasa gatal

4. Memangdangkan Baby Irfan menyusu susu ibu, saya berpantang makan, tidak memaka makanan yang gatal seperti udang, sotong, or apa-apa sahaja yang gatal dan makanan bergetah, perlu dielakkan ye.

5. Beri Baby Irfan minum air kelapa 1 oz, itupun setelah bertanya pada Biras, sebab anaknya baru je kena demam campak, bukan apa risau takut tak sesuai untuk Baby kan, so kena make sure bebetul.

*Daun semambu tak guna sebab hujan je sini, nak cari payah.

Itu jelah kot, takdelah susah mana nak berhadapan dengan hal macam ni, kena rajin buat research dan tanya orang, walaupun anak dah 3 orang ni tapi rasa ilmu keibubapaan tu masih lagi kurang.

Oh ye ramai sebenarnya keliru demam campak dan cacar ni, campak tak berjangkit dan campak dialami oleh bayi serta kanak-kanak, cacar / chicken pox yang berjangkit, lazimnya terjadi pada kanak-kanak dan orang dewasa, tetapi bukannya bayi. boleh try google untuk maklumat selanjutnya.

- Alhamdulillah lega bila anak dah sihat, syukur sangat.

20 Comments on Anak Demam Campak – Cara Merawat Demam Campak

  1. syamila
    August 24, 2013 at 10:37 am (1 year ago)

    cian irfan….takpe…antibodi tambah kuat…

    k sya pula biasa dulu2 kalau demam campak & chicken pox…ahmad & ira akan bersaing….mmg penat nk jaga…tp demi anak2…biasa ambil air penawar je…tanpa sapu lotion….tp air kelapa tu mmg wajib….utk bg semua bintik keluar…nanti cepat la baik….
    syamila recently posted..Kuuuu….chak….My Profile

    Reply
  2. Kimi Jamai
    August 23, 2013 at 11:37 am (1 year ago)

    Cepat2 sembuh yer.. kesian abeh badan merah2..

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge