8 Bulan, Alamak Dah Melekat

Salam, Sori tajuk saje bikin korang suspen hahahahhahaa, alhamdulillah 21hb yang lalu Baby Irfan genap umurnya 8 bulan, hari yang sama kongsi tarikh lahir dengan En.Suami, hihihi celebrate kat luar, makan-makan je, “hadiah” bagi dah awal tu. Ok citer pasal Baby Irfan ye, sejak lepas Baby Irfan Pertama Kali Demam hari tu, dia punya manja Ya Rabbi..melampau sungguh!

irfan

Tapi dalam melampau tu seronok juga, macam-macam akal dia dapat, dah pandai duduk, dah pandai lepas tangan masa memanjat (risau jatuh je), mulut bunyi je bercakap bahasa dia dan macam-macam lagi lah, seronok pulak melayan dia.

irfan

Cuma yang tak menahannya bila dia buat “perangai” semua benda kena ibu, nak melekat je 24jam dengan Ibu, nak menatap muka ibu 24jam, hah..mana nak tahan!, nak ke tandas pun terbantut -..-“

irfan

Tak pakai baju, masa kena demam campak ni -..-“

irfan

Ni mesti gara-gara lepas demam hari tu, maklumlah time demam dapat layanan istimewa kan hahaha, jadiknya sekarang ni dia dah rasa syiok dapat layanan macam tu , itu yang dia seronok tu uhukk..

Ibu pulak yang susah, tak boleh nak buat kerja rumah, tak boleh nak mandi, buang air, sidai kain..masak..ehh..banyak lagilah kerja yang tak boleh nak dibuat, asal bangun je, mulalah dia meraung macam kena pukul erm…macam mana nak buat ni??

Ada tips tak nak bagi Baby Irfan ni tak macam ni? kehkeh, kot ler ada kan..jomlah share ^_^

You may also like

25 Comments

  1. Each new age brought the criminal element forward with it.
    Advertisers all over the place, advertising everything underneath the sun. Make certain that the
    payment gateway you are making use of, permits similar languages as
    the remaining of the web pages so that they can match well together.
    altorosconsulting.com recently posted..altorosconsulting.comMy Profile

  2. saspennya tajuk hahah..
    anak buah saya pon gitu kak yan sejak demam campak ms umur 7 bulan,sekarang masuk 9 bulan. mmg nk melekat ngan mama dia jek. kalau mama dia g keje, tak pulak dia but perangai, tp time mama dia balik keje siaplahhh melalak kalau org lain pegang dia. huuuu knp entah kan. saya pon xtau. sabo jek laa

    1. Hahahaa, sebab tajuk saspen ni lah baru nampak komen Ida kat sini heheee.

      Itulah sama Irfan ni, dia tak boleh nampak akak, mesti meraung macam kesakitan, tapi kalau tak nampak akak ok je dia, Abang Ngah dia cakap, Adik ni pandai berlakon. heheee
      yanmie recently posted..8 Bulan, Alamak Dah MelekatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge