Salam, Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013 – Penetapan Awal Puasa dah pun ditetapkan dan telahpun diumumkan iaitu pada 8 Julai 2013 isnin, tak sabar rasanya nak menyambut bulan puasa ni, macam manalah agaknya puasa kali ni dengan menyusukan Baby Irfan ye?? moga tidak ada masalah dan ALLAH permudahkan, amin…

tarikh melihat anak bulan ramadhan 2013

Apapun jangan lupa bayar Zakat tahun ini, bayar awal-awal ramadhan jadi wang zakat tersebut sempat diagihkan dalam bulan Ramadhan.

Tempat melihat anak bulan puasa 8 Julai 2013

Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

– Tak sabarnya nak puasa, Raya kali ni insyaALLAH berlima ^_^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

17 thoughts on “Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2013 – Penetapan Awal Puasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge